26 May 2025

Tidakkah ini terlalu terburu buru?

 Bagaimana dengan kata kata dapat menggambarkan

bertapa kuatnya wanita itu menghadapi laluan

hidup yang dipilihkan


Yang entah bila akan pulih luka luka itu

Tanpa perlu memaparkan pada dunia


Wanita yang punya suara yang melalaikan

Membunuh rasa kesal kecewa takut 

Malah rindu

Menolak dipijak realiti

Demi ilusi dan masa depan yang 

Wangi

Asahan

 Mencarik carik puisi lama

Berharap emas timbul di permuka

Kerna hadirnya sang celaka 

Menyerigai ngilai seluruh angkasa


Entah berapa jari

Yang menunding diri

Tanpa berkecuali


Sekalian kudrat dicabar

Akan selumbar hina berbisa

Memeluk siaga berbagi calar

Terpuruk sayu ajal terjaja




25 May 2025

Kerana saya mahu meluahkan tetapi saya tahan kerana saya celaka.

 Sudah biasa membiasakan

Memagar rapi ruang hati

Suara yang hadir merempuh perasaan

Terbuai saya separuh mati

Rindu kenangan kini bangkit

Akal yang waras dibalut mimpi

Berlumba lumba suka dan sakit

Hampir lupa posisi diri

Tidaklah ingin saya melepaskan

Tidaklah jua mahu memaksa

Sedar manusia punya tujuan

Mencipta rela walau terluka


Suara itu tidak pernah gagal

Kelemahan mutlak mencair hati

Tetapi saya yang penuh sial

Lantas segara sedarkan diri

Nikmati

Tanpa peduli

Sampai bila keadaan ini

Nikmati

Mungkin nanti

Tetap jua pergi

Menjadi kenangan lagi


04 November 2023

Serom 8.

Ana kahwin.

Antara kawan yang paling tinggi kedudukannya dalam hidup saya.

Ibu bapanya masih kenal seperti keluarga kedua. Walau sudah lama tidak melawat.

Harapnya hubungan dengan mereka tidak putus. Saya tidak mahukan hubungan ini putus!

Tahnia, Ana. Selamat memulakan kisah baru. Saya tetap ada. Kerana kita dah macam keluarga.

08 August 2022

11 Jun 2022

Perginya kawan terbaik yang pernah wujud.

Sampai ketemu lagi, Azhar.


Wanita yang aku mula suka.

Engkau bunga yang aku mula suka

Yang memiliki kelopak berwarna warni

Yang diselimuti duri berbisa

Yang bisa melumpuh suara hati


Tersedar aku dari gelapnya dunia

Sedangkan engkau bercambah mulia

Risaukan aku meracun bunga

Jemari digari rapi

Mulut dikunci sepi

Mata redup perhati


Hanya dengan melihat bunga

Bahagia


Aku kaku kata 

Aku bukan sengaja

Aku rindu 

Selalu