30 July 2014
Nilai.
Ruang yang patutnya penuh
Kosong dihuni nafas
Perlakukan jalan cerita ini
Biar tidak tergelincir zalim
Kerana rawan itu anti mati
Selaput ego membentuk sarang
Duduknya jaka di dalam bersabung tangis
Bila saja ia akan retak diketuk bayang tersayang
23 July 2014
Diulang-ulang.
Tentang rencana
Tentang pelaksana
Tentang masa dan erti setia
Kadang aku lupa
Kadang alpa seorang hamba
Jalankan apa tugas untuk pencipta
Relakan raga dan jiwa diatur cerita
Kerana Dia pemilik cinta
22 July 2014
Menunggu D.
Menunggu bulan jatuh ke riba
Bergolek sama pelangi tujuh warna
Persetankan kiasan
Misi mudah tapi mustahil bagi tuhan
Tujukan pada kalian
Yang rata rata mencermat peluh
Manjakan tubuh
Siaga tenaga untuk bersetubuh
Tunggu sajalah
Dengar baik baik ini patah
Jika menunggu itu satu usaha
Para kapital yang dapat habuannya
Yang papa lingkup kedana
Selamanya
20 July 2014
Tiada tajuk.
Mengigil jemari kiri
Mahu merungkap susun kata
Sedangkan akal kaku tak sedar diri
Berhenti menjana maginasi
19 July 2014
Harta.
Sampai masa untuk aku
Jolok dalam dalam laju laju
Muntahkan apa yang terbuku
Apa yang lama layu dek lemaskan sendu
Bukanlah ini yang terbaik
Cuma daya pada tubuh sudah lama
tidak naik
Platfom ini anjung sutera
Wanginya melilit relung hati
Luah curah rojakkan rasa
Sampai masa
Persembahan jiwa
Buat aku hidup dalam hidupmu
Walau pada zahirnya
Ajalku diseru
16 July 2014
Tuju yang hilang bucu.
Kemana rasa ingin itu pergi
Aku perlukan sumbu
Biar aku menyala terus tumpu
Pada apa yang dibilang impian
Sedangkan mimpi-mimpi depan
Tidak pernah tidak
Benak rasa ini mencorak
15 July 2014
Kitaran.
13 July 2014
Potongan jiwa jiwang.
Aku mati dibunuh masa
Kita berpisah dimensi
Kau terus diam
Aku yang kembali bernyawa
Mendung sepi
Kau tetap diam
Aku sedar akhirnya
Ucap kata kelmarin menyapa
Aku sudah ingat
Kau masih senyap ketat
Kita ke hujung hayat.
11 July 2014
Pelepah sutera.
09 July 2014
Engkau.
08 July 2014
Meringkuk dingin kala kemarau.
Tempat kalian di neraka
Didiklah penghuni sana
Dengan idea-idea luar norma
Yang tidak pernah kalah berbahas
Yang melentur jiwa-jiwa yang keras
Yang mengajak minda bersenggama deras
Sesungguhnya kalian tidak pernah menjejak bumi
Terapung di antara fiksyen dan realiti
Itu bukanlah alasan yang kalian tidak akan mati
Diadili oleh Pencipta sendiri.
06 July 2014
Alpa.
Tidak untuk semua tetapi rapat untuk saya
Lemas dalam detik waktu merentas ego kuasa
Selari mahkota suci terapung di udara
Ditarik graviti lebih kuasa dari segala
Terkapai tumpas dijamah bara
Segera saya sedar
Alpa saya sudah di angkasa
Mencari kudrat tersisa
Saya jatuh tanpa rela
Terpisah jasad dari nyawa
Saya kini tiada.
03 July 2014
Arus.
Akur.
Acara tuhan penuh kejutan.
Ikut aliran.
Rindu menghantu.
Sayu.
Petaka yang semi jenaka.
Tapi hari ini dungu seribu dungu
Entah apa dalam fikiran itu
Entah kali keberapa engkau begitu
Sudah-sudahlah melulu
Beri masa untuk akal memandu
Diri dan hati yang kian mati
Diracun kroni pentingkan diri
02 July 2014
Jiwa 1 - 0 Jiwa
Kelopak-kelopak bunga curang
Berpisah tangkai ke tanah tabur
Harumnya tinggal sisa kian berkurang
Pada landasan ini
Tumpahnya drama-drama diri
Tentang rawan tentang hati
Yang mana paksinya beralih lagi
Ego yang tertimbus dalam
Kini di permukaan babak
Mudah terguris dek tajam-tajam silam
Tiada henti likat darah membuak
Biarkan aku
Biarkan aku
Biarkan aku
01 July 2014
Bekas pemadam.
Bersemayam pada legam bayang tubuh kujur
Tidak satu pun kuasa terzahir lahir
Menuduhmu seperti mengundang petaka hadir
Detik masa berlalu selaputi nafas nafas sendu
Babak kau aku sudah terencana melagu melodi rindu
Pada hari hari seterusnya tidak dijangka
Masih dengan perihal kelmarin kau bertanya
Apa sudah kau buang rakaman semalam?
Terlalu cepat untuk padam
Atau kau mahu ulang tayang sampai lebam?
Kau tipu aku tahu
Aku tahu kau tahu