30 May 2013

Jalan.

Sedang kita berjalan melintasi masa samada dalam sedar atau tidak, kita akan dan bakal temui beberapa bulatan yang menghulurkan beberapa batang jalan di hadapan. Sebelum kita temui bulatan itu, kita sudah dibekalkan pengajaran dan peringatan yang segar. 
Beratapkan pengajaran dan peringatan itu, salah satu jalan yang mengelilingi bulatan di hadapan adalah jawapan atau rumusan awal sebelum melintasi masa seterusnya. akan tetapi, masa tidak akan berhenti. Jadi percaturan sempurna mesti dilaksanakan bagi mendapat rumusan awal sebelum tiba di bulatan. Jika kita terlambat, rumusan tidak sempurna, maka berjalanlah dengan mata yang tertutup dengan nasib yang menjadi tongkat. 
Tetapi ingat, jalan yang bercantum pada bulatan yang  bakal kita lalui hanya membawa kita ke hadapan. Tidak ada satu jalan yang menghala ke masa silam.

27 May 2013

Nak tunjuk layout baru sebenarnya.

Apa yang membuatkan persoalan itu tiada jawapan adalah kerana ia tidak ditanyakan pada pihak yang layak dipertanyakan. Ada juga yang rela menjahit mulut di depan mereka dan menjadi penggebang cerita di balik birai. Kasihan betul. Semakin lama persoalan itu akan bertambah kerana manusia itu sendiri yang menciptanya. Betul betul kasihan. Benar kata pujangga, hendak seribu daya. Sememangnya setiap persoalan pasti ada jawapan.

25 May 2013

Bukan untuk sepupu.

Bertunang dan berhutang.
Ada orang berhutang sebab nak bertunang.
Ada orang bertunang sebab nak langsai hutang.
Banyak yang berhutang tapi belum bertunang.
Bila nak bertunang kena lagi berhutang.
Ada tunang  yang sanggup bayarkan hutang.
Ada hutang yang buat putus tunang.
Tunang dan hutang.
Besar jurang.
Sama bendang.

24 May 2013

Dia hilang dibalik kabus sebelum berkata,

Yang samanya banyak, kasihan tiada waktu termampu bersama.
Yang waktunya senantiasa punya untuk bersama walau bedanya tak terkira.

Bagaimana yang dulunya beda agama kini bernikah dan
yang sekian lama berkongsi kiblat terima musibat ?

Waktu.
Teruslah bersama walau tidak banyak yang sama.



22 May 2013

Ukuran bahagia.

makin kau kuat menjangka
makin cekat kau merana
ironi manusia
makin dibenci makin suka jadinya
kala jalan mencium rupa
kesal dan hiba berlenggang tiba

harapan bagai bulan dikantung awan
tidak boleh tidak hanya mata mampu menawan.

20 May 2013

Apabila pistol dihalaljualbeli.

Hari itu adalah hari pertama selepas penubuhan kerajaan baru. Walaupun puak2 dari pihak pembangkang tidak jemu2 turun jalanraya luah rasa teraniaya, mereka masing2 punya satu corak seyuman dalam hati. Dalam manifesto sebelum hari mengundi, parti-yang-menang sekarang mengumumkan bahawa jika mereka kekal mentadbir negara, penjualan senjata akan dihalalkan berpautkan syarat2 yang ditetapkan. Ternyata syarat2 itu tidaklah menyakitkan hati rakyat yang berpusu pusu memenuhi kedai2 menjual senjata api. Pada peringkat permulaan ini, hanya pistol yang dijual tetapi kadang2 ia mengelirukan kerana penjualannya seperti pisang goreng panas tetapi ia sebenarnya pistol.

Aku antara orang yang terawal memiliki pistol. Disisip rapi pada pinggang sebelah kiri, aku tutup fizikalnya separuh lagi dengan mengenakan jaket jeans biru muda. Berjalan dengan penuh angkuh disekitar bandar. Hari isnin untuk orang bekerja tapi bukan aku, pengawal keselamatan yang diberi cuti sesuka hati oleh majikan yang tiada hati.

Sedang menikmati cendol di bawah teduh pohon kemboja, aku disapa seseorang. Bekas kekasihku, Kamisah. Dia sedang menangis sewaktu berkata 'Hai' padaku. Aku menjawab dengan penuh selamba. Kali ini aku tidak akan tertipu lagi, Kamisah. Kamisah merapati aku. Tidak. Dia melutut didepanku meminta tolong. Kanya dia di serang seseorang dari jarak dekat. Orang itu pakai pistol. Tapi nasib baik bagi Kamisah, orang itu tak tahu pakai pistol. Dia baling pistol itu terkena pada kepala Kamisah. Kamisah pening sekejap lalu mendapatkan pistol itu dan senyum sendiri. Kesan dari balingan tadi barangkali.

Aku diheret ke dalam cerita2 Kamisah yang entah betul atau tidak. Tiba2 datang seorang perempuan berbaju sukan lengkap berkasut seperti mahu berjoging. Dia berjalan pantas kepada kami lantas menarik rambut kerinting Kamisah sekuat hati. Kamisah terseret lima kaki sebelum dapat stabilkan diri untuk melawan balik. Celaka, itu Manisah. Apa yang dia buat dekat Kamisah. Aku tidak ada apa2 lagi dengan dua masalah hidup ini. Mereka terus bergaduh sambil mengeluarkan bunyi2 jeritan yang aneh.

Aku nampak Kamisah cuba mengeluarkan pistol yang disimpannya pada stokin sebelah kanan. Dicapai lantas kepala Manisah menjadi sasaran utama sebelum Kamisah melakukan serangan buta tuli. Main pakai pukul saja. Adengan yang sepatutnya memerlukan popkon dan kamera video aku gantikan dengan dua das tembakan. Satu untuk Kamisah. Satu untuk Manisah. Selagi mereka hidup, jika mereka bertemu, bila2 masa mereka akan terus bergaduh merebut aku. Sedangkan yang jadi mangsa adalah aku. Yang ditinggalkan adalah aku.

Pistol yang aku beli pagi tadi tidak sangkan aku rasmikan dengan menebuk dua2 kepala bekas kekasih aku. Cendol aku habiskan sebelum pergi. Terlihat seseorang melambai lambai dari arah seberang. Itu Gasidah. Untung aku cepat lenyapkan dua2 tadi. Kalau tidak, satu lagi peluru bakal aku bazirkan.

19 May 2013

Masa yang sempurna untuk bingkai gambar yang beritma.

Dua puluh empat jam.
Itu adalah persamaan tunggal yang
pernah wujud.

Sedar atau tidak.
Beda beda yang selerak seribu.
Seperti terbakar menjadi abu.
Dan udara menjadi kelabu.

Dua puluh empat jam itu.
Moga Dia selisihkan bahu bahu masa kita
Betembung mengharap bertemu rupa.
Dengan sebab yang mungkin tidak sama.

Dua puluh empat jam.
Salah satu lipatan masa itu
ada engkau
Ada masa aku ingat kamu.

16 May 2013

Rebahnya ampaian pelangi.

Dan bangunlah engkau dari tanah.
Sudah lama aku lihat engkau rebah.
Tidak mahu tidak
Engkau takkan mampu terus melalak.
Lihat atas sana ada pelangi
Walau sekejap dia tiba setianya awan tiada akan mati
Tempat kau rebah itu akan hilang dilitup debu
Ayuh bangun buka mata langkah terus maju
Bawalah dia denganmu
Saat purnama menjelma
Saat itu kuburkan dia jadi timbunan hiba
Buat tanah semaian bunga2 untuk
juwita seterusnya.

15 May 2013

Buang dakwat.

Orang kata kita pelik
Sengih saja baik baik
Ikutan sekarang sudah gila.
Yang buka buka dia kata itu biasa.
Biasakan diri untuk neraka.

Kita ada cara sendiri
Puaskan hidup gila babi
Asal bukan jadi patung.
Leher dijerut fikiran digantung.


13 May 2013

Terus tenang dan lemaskan perasaan.

dan bidadari itu mula bersuara tatkala 
bumi sang pria ditandang kemarau bahgia. 
lambaikan tangan pejamkan mata. 
usah biarkan pipi membasah penuh sia. 
lihat akarmu apa impimu. 
moga bahagia untuk dia bak syurga.
terus melangkah berbingkai wajahnya.

12 May 2013

Celaka, dia tidak ada apa2 dengan aku lah !

Bangku yang sama aku tiba
Bersama tubuh lemah seperti biasa
Lelah lemah ku butuh udara
Yang bebas dari wangian dia.

Radius disini banyak bertukar
Akar meranti panjang menjalar
Bangku diusik sedikit tercalar
Paparan buat hati luka membakar.

Lihat garisan putih itu
Di mana2 dapat ditemu
Seperti aku dan dia dahulu
Mekar tak satu semarak seribu.

10 May 2013

Mudah seperti bandul.

   Sudah lewat malam dan aku masih lagi di sini. Bertemankan gelap dan wangian yang kian punah selari dengan kelam yang menyelam. Dia lewat lagi malam ini. Kenapa aku perlu risaukan dia walhal tali yang menjerut leher ini sidah berkulat kondisinya. Ahh, persetankan. Aku melihat kakiku yang tidak menjejak lantai seramik berkilau lemah itu.
   Dua puluh minit kemudia dia tiba. Dengan sejambak bungak yang tertulis bait2 pujangga pada setiap kelopak bunga, dia lantas menyntuh dagu aku dan mengucup perlahan. Bunga itu di ikat pada tali yang menjerut leher aku dengan kemas. Sepelusuk ruang itu automatis dipenuhi bauan manis romantis. Aku menikmati masa2 terluang ini bersamanya dengan penuh emosi. Dia terus membelai aku secara nurani dengan jenaka dan madah indahnya membuatkan aku terlupa sekejap akan dua lubang yang melopong rakus menanti santapan iaitu aku.
   Hari ini dia tidak juga membawa gunting. Dan aku terus tergantung pada tali yang disembat pada atap halimunan di tengah2 lubang persahabatan dan percintaan. Hari ini dia tidak membawa gunting lagi. Bunga2 yang disulam pada tali yang menjerut aku gugur satu persatu kelopaknya. Aku dengar ada antara kelopak itu mentertawakan aku. Senyum. Aku pandang pada lubang2 itu dengan harapan aku bakal masuk dalam lubang percintaan.
   Dia patah balik. Telefonnya tertinggal di atas meja. Sebelum beredar, sempat dia menghayunkan aku seperti bandul ke kiri dan kanan dengan kelajuan yang minima. Aku tersenyum melihat tali yang sekian lama menjerut aku semakin lama semakin mereput. Aku bakal bebas. Aku pejamkan mata menanti saat2 aku terlepas dari tali gantung dan jatuh di mana2 lubang. Percintaan atau persahabatan. Pejam.

06 May 2013

Dalam perjalanan ke sana, dia aku hubungi.

Kalau kau tidak tahu
Masakan kau layan aku
Bila aku bikin talian
Dengan idea yang bukan2

Sekejap saja datang balik
Tadi dah tumpah rupanya tak serik
Begini terus merana kata orang
Orang gila juga pasti gila bayang




05 May 2013

Kipas.

Dalam bilah2 yang tidak pernah berkenalan.
Berpandangan apatah lagi melempar senyuman.
Berkejar kejar sesama sendiri.
Saling merebut tempat di depan sedangkan
kau tidak tahu sejak azali.
Sedar atau tidak, ada pihak sedang menyejukkan tubuh2 mereka
di atas kayangan.

Merebut pangkuan emas kasta yang atas.
Noda dan ronta bukti kau ikhlas.
Melutut puas di atas jasad2 yang ditindas.
Tangga menuju gerbang kehitaman tanpa batas. 

04 May 2013

Penabur janji yang takkan lenyap.

Selepas dia berjanji
dia pergi larikan diri.

Selang dua tiga hari
dia kembali
dengan sisa sisa janji.

Kepada engkau yang pernah
atau bakal dihidang manisan kata
Ini ada pesanan dari
pujangga setia

Gula gula mewah juga menjana luka
Apatah lagi kata kata bunga dari mulut
yang kita cinta
Melutut kini bukanlah rayuan
Rencana baru senjata pengumpan

02 May 2013

Untuk kawan baik dari kawan baik.

Sasarannya aku.
Sejak sekian kali tidak dipangkah.
Kali ini menderu laju merentas
rindu

Kau punya pesan
Dicorak abjad tulisan tangan
Beberapa bilah kalimah itu
Bikin aku kaku membatu
Apa ini gembira
Atau luka yang terbuka
Dua dua itu bikin bahagia.