Hari hari dia bawa bantal
Sana sini kepit tak pernah tinggal
Kena perli kena hina dia buat kental
Senyum manis tembok kalis sial
Dalam bantal ada paku
Paku salut duri semalu
Buat rakan sama bulu
Moga untung sendiri sapu
Bantal penting buat tidur
Tiap masa mesti ada buat dengkur
Dia banyak baik kasi bantal hulur
Orang kantuk akur lena sampai kubur.
13 August 2013
12 August 2013
Keenam.
Terik sungguh hari ini sedangkan waktu sudah pukul enam petang. Mari kita ke bawah pohon sana. Ada seorang makcik yang setia menjual ais kacang menggunakan motorsikal roda tiganya. Aku belanja, mari.
Dua mangkuk ais kacang dipesan dan aku duduk mencangkung di bawah pohon rambutan bersama-sama temanku yang baru ku jemput dari pekan tadi. Teksi hanya menghantar kami di depan jalan utama dan selebihnya bergantung kepada kudrat kami sepenuhnya. Aku lihat rakanku sudah basah kuyup ditandang peluh. Maka aku memilih untuk berehat sebentar menyejukkan tubuh. Mula-mula aku keliru mengapa dia boleh ke pekan seorang diri. Yang aku tahu, ibu bapanya sungguh-sungguh menjaga dia dan sembilan orang lagi adik beradiknya. Tapi hari ini dia terlepas berjalan sendirian.
Ais kacang kami nikmati seratus peratus. Suasana menjadi sunyi seketika. Melihat tenaganya kembali pulih, dia memulakan cerita. Katanya dia sekeluarga ke pekan pagi tadi untuk membeli baju baru. Ayahnya mendapat durian runtuh dari majikan. Dia dan sembilan adiknya bersama kedua orang tua menaiki van yang dipinjam ayah. Masing-masing sudah membayangkan baju apa yang mahu dimiliki masing-masing. Sampai saja di pekan, mereka mula membuat satu barisan mengikut umur. Tapi ayah kata tak payah sebab ayah masih punya gambar dia adik-beradik yang lepas. Tanpa berlengah bermulalah sesi menghabiskan duit. Sudah beberapa jam mereka di pekan, tiba masa untuk pulang ke rumah. Sebelum bertolak, ayahnya meneliti telefon bimbit melihat gambar setiap anaknya sambil setiap dari mereka berdiri tegak seperti mahu berkawad. Pintu van ditutup dari dalam. Enjin dihidupkan. Van pergi meninggalkan dia terpinga-pinga.
Aku mula hairan dengan tindakan ayahnya. Lantas kami meneruskan perjalanan ke rumahnya. Aku perlukan penjelasan dari persoalan yang tidak masuk akal ini. Salam dilaung sambil jari mengetuk-ngetuk pintu utama rumah kayu itu. Seorang perempuan separuh umur keluar berkain batik baju kurung lama. Aku dijemput masuk juga. Tidak beberapa lama kemudian, ayahnya muncul dari salah satu bilik. Wajahnya kehairanan melihat rakanku merangkap anak kandungnya berpeluh-peluh mencari nafas. Aku memulakan pertanyaan akan kejadian siang tadi. Ayahnya bilang dia sudah menyemak setiap seorang dari anaknya dengan berbekalkan gambar dalam telefon bimbit. Tapi kenapa anaknya yang bongsu ini terkecuali, nada suaraku tetap rendah tapi tegas. Si ayah bangkit lalu masuk ke bilik yang dia muncul tadi. Beberapa saat kemudian dia keluar membawa telefon bimbit.
Aku menghampiri si ayah melihat setiap satu gambar anaknya. Mahu saja aku ketuk kepala si ayah tapi aku masih mampu kawal kewarasan. Aku mengambil telefon bimbit dari tangannya dan membuka salah satu gambar anaknya. Telunjukku menunjuk tepat akan tarikh gambar diambil pada si ayah. Dia tersengih-sengih seperti kerang rebus. Sedar tak sedar sudah enam tahun dia tidak keluar bersama-sama semua anaknya. Sudah enam tahun dia mempunyai anak yang seusiaku. Sudah enam tahun dia yakin yang gambar dalam telefon bimbitnya itu seperti baru semalam diambil.
07 August 2013
Hye Lebaran !
Picu ditarik menyambut maut
Peluru melaju mencuri nyawa
Rehat menulis lebaran disambut
Bila dah pokai kembali bekarya.
Bye !
05 August 2013
Himpit.
Bukan pipit sama enggang
Bukan pungguk sama bulan
Bukan jauhari sama manikam
Jauh lagi, lagi bawah
Memikul sendu pada dua bahu
Berjalan sepanjang rekahan batu
Tanpa sepatu
Antara seimbang dan perit
Daya si hamba terlalu sarat menelan pahit
Pertama dan utama
Dua dua perlu sama
Bersama doa tiap masa
Dengan redha mengeluh tiada
04 August 2013
Kad raya.
Sekeping kad sisi empat sama berwarna merah muda. Di setiap bucunya ditampal ketupat mini yang dianyam menggunakan reben berwarna hijau dan merah. Pada sisi sebelah kiri ditampal gambarnya yang lengkap berbaju kurung songket berwarna hijau berkain batik. Senyuman berlesung pipit yang pernah melembutkan hati siapa2 saja sekelilingnya menyerlahkan lagi kertas putih sisi empat.
Pada tengah2 kertas itu dituliskan etiap patah perkataan itu menggunakan pen dakwat basah berwarna hitam 0.5 jenama Pilot dengan bentuk tulisan blok ; semuanya huruf besar.
Satu persatu askara ditulis dengan hati yang tembus terus pada kertas putih itu sehingga membentuk 'SALAM LEBARAN'. Dan dibawahnya pula 'MAAF LAHIR DAN BATIN'. Terdapat dua titik bertindih dan penutup kurungan di sebelah askara 'N' dengan sedikit jarak membentuk seperti seseorang sedang tersenyum.
Pada bucu sebelah kanan, atas sedikit dari ketupat mini, tanda tangan ditumpahkan menandakan yang dia empunya kad ucapan itu.
Pada tengah2 kertas itu dituliskan etiap patah perkataan itu menggunakan pen dakwat basah berwarna hitam 0.5 jenama Pilot dengan bentuk tulisan blok ; semuanya huruf besar.
Satu persatu askara ditulis dengan hati yang tembus terus pada kertas putih itu sehingga membentuk 'SALAM LEBARAN'. Dan dibawahnya pula 'MAAF LAHIR DAN BATIN'. Terdapat dua titik bertindih dan penutup kurungan di sebelah askara 'N' dengan sedikit jarak membentuk seperti seseorang sedang tersenyum.
Pada bucu sebelah kanan, atas sedikit dari ketupat mini, tanda tangan ditumpahkan menandakan yang dia empunya kad ucapan itu.
02 August 2013
Klise orang baik.
Hati mula rasa gementar. Sebentar tadi baru saja dia ternampak perawan itu bersiar-siar ditemani angin yang membuai lembut pakaianya. Serentak itu dia umpama ditolak untuk berhadapan dengan si perawan oleh sang angin. Dia jadi kaget. Perawan itu mengesan akan dia yang sedari tadi khusyuk memerhatikannya. Badannya dipalingkan lantas melangkah laju pulang ke rumah. Nafasnya kian perlahan hingga ke paras normal. Dia tahu tiada tempat untuknya menyembunyikan debar saat perawan pujaannya menikam pandang. Tuhan pasti lihat apa yang terjadi tadi. Sejenak fikirannya kembali pada sejarah lampau yang tidak selayaknya diulang tayang. Kisah hidup berkibatkan noda dan dosa tanpa sedikit rasa percaya akan wujudnya sang pencipta. Satu persatu wajah mangsa melintas dalam fikiran. Peluh didahinya diseka lantas dia mengangkat hadas kecil dengan harapan hatinya bakal tenang. Tikar sejadah dibentang. Saat hatinya mulai tenang, solat didirikan.
01 August 2013
Bukan pada seseorang tapi sesetengah orang.
Mohon terus dipaksi itu
Agar aku bisa bangun
Saat tekanan mencurah
Satu persatu semangat rapuh
Tika itu engkau membayangi aku
Lunak suaramu menyentak pegun
Yang dari tadi bikin jiwa parah
Mencipta jernih dari yang pernah keruh
Subscribe to:
Posts (Atom)