06 November 2017

Minta perhatian.

Perhatian perhatian
Saya tidak minta untuk diperhatikan
Tidak juga saya pinta keperihatinan
Tiba tiba saya rasa tergugat
Mendengar saya memerli saya pekat pekat
Mungkin saya mahukan perempuan
Yang tidak sedar yang dia itu mempersonakan

30 October 2017

Salah.

Dan tiap malam keroncong berdendang
Liuk lentok melagukan hati yang tidak tenang
Maka berkata katalah suara kedua dalam jiwa
Mengapa hari hari mendatang semakin celaka
Datang diam membunuh waktu
Keroncong tidak lagi terdengar merdu
Mereka bilang salahkan diri sendiri
Lalu carilah ia di dalam mereka
Diri yang bersalah ditatap dalam dalam
Akhirnya bertemu tuhan segala punca
Ditolak ke atas kerana kalam
Melambung berfikir
Menjunam salahkan diri
Berputarlah ia atas nama takdir
Sampai mati

28 October 2017

Agaknya, bila waktu untuk kita bertemu?

At.

Sial terus mendekat
Merapat mahu menjilat
Jilat jilat rasa kelat
Sekelat nyawa yang masih tersekat
Meniti hari tanpa tongkat nasihat
Siapa mahu hati jahat
Mulut pelat
Puji cacat
Sial sahaja yang melekat

24 October 2017

Kudis pelangi.

Saya menikmati sekecil kecil bahagia
Ketika selepas saya dijajah sebesar besar celaka

Oh ya
Tidak ada lagi celaka yang kecil
Kerana saya sudah tahu dunia tidak pernah adil
Yang punya agenda saya tidak pasti apa
Mungkin memaksa saya menerima celaka itu bahagia Atau membunuh segala celaka agar bahagia mati bersama

Selagi ada masa
Saya terus menikmati sekecil kecil bahagia

22 October 2017

Sememangnya engkau tidak akan menjenguk ini.

Paling indah bila jatuh cinta adalah
Aku bisa menukis hal hal yang menyenangkan walaupun salah
Walaupun payah meratap cinta
Kata kataku menderu laju di hampar pada kertas yang tidak dapat dilihat mata

Semalam aku tidur.

Aku tidur dalam puisi
Tinggal lagi masih belum mati
Mendengar bacaan demi bacaan tanpa segan
Yang maksudnya tidak semua bisa diakalkan

Aku tidur di awangan
Bukan berterbangan
Tidak lagi menyentuh dasar
Yang mungkin tiada penghujung agar aku
tidak sedar