Saya ada masalah pada perkataan,
Pada ayat ayat yang punya pengecualian
Yang suka hati mahu berdiri dalam suara
Atau pergi memberi saya celaka
Tiada 'tipu' dalam menipu tetapi tahu ianya menipu
Tiada 'janji' dalam janji makan ianya bukan janji
Tiada 'sayang' dalam puja tetap tahu ianya cinta
Sudahnya manusia mereka kuasa
Menghukum tanpa kata
Mengendah tanpa rasa
Peduli tidak kira masa
Semuanya babi belaka
Babi belaka.
No comments:
Post a Comment