22 August 2019

Sememangnya fikiran saya selalu lewat.

Apabila mahu berbincang ingatlah,
Kenalpasti hala tuju perbincangan,
Jika arahnya kabur, saya juga kabur-lah,
Kerana kita mendengar apa yang mahu kita dengar,
Akar tunjang asas etika perbincangan mereka masih
belum mekar,

Saya hanya diam tadi
Kerana pemulaan bicara saya yang tidak ranggi
Renteten cerita mereka berbelah bagi
Ada baiknya saya beri pendapat asas
Tetapi malangnya itu tiada dalam pilihan mereka
Terus menerus bercerita tentang permukaan paling atas
Seperti mahu menangis tetapi tabah masih ada

Jika terdapat perbincangan lagi
Saya sudah tahu apa ayat yang pertama sekali
Penentu samada ia diteruskan
Atau terus mati tanpa dikebumikan

No comments:

Post a Comment