15 October 2026

Perumah

Jauh jauh kawan

Aku mula tidak keruan

Sial ini 

Mula mencari 


Sedangkan aku cakna 

Tertawa berduka bersama

Seksa dan rahmat senantiasa

Tetap ia mahukan dunia


Wujudnya lingkar halimunan

Dari aku untuk aku

Yang sendiri aku makan

Kerana sosok sial itu

Terlalu lapar tanpa malu

Terlalu kekar menguasai aku


Sial itu sendiri terwujud kerana aku

Kerana aku si tunggal kekal

Abdi diri sepanjang waktu

Perumah buat sial


Sarang celaka yang engkau perlu

tinggal




24 September 2026

Maaf sebab minta maaf.

Setahun tidak berasa kerana berterusan

meletakkan dia dalam ingatan yang

tidak henti henti membina roboh

memori memori suka suka hati 


Saya sudah menjelaskan

tentang cantiknya dia sambil

menyorokkan gumpalan metafora

agar tidak terlalu ketara atau adakah

sebenarnya sayalah yang sedang berjaga

jaga agar tidak dibunuh oleh sang prasangka