28 August 2019

Dua kali gagal peperiksaan SPA
Dua kali gagal temuduga
Pinjaman peribadi tidak lulus
Dibuang dari akaun Instagram seorang kenalan agung

Sungguh nikmat kecelakaan ini
Saya mohon jangan berhenti

26 August 2019

22 August 2019

Sememangnya fikiran saya selalu lewat.

Apabila mahu berbincang ingatlah,
Kenalpasti hala tuju perbincangan,
Jika arahnya kabur, saya juga kabur-lah,
Kerana kita mendengar apa yang mahu kita dengar,
Akar tunjang asas etika perbincangan mereka masih
belum mekar,

Saya hanya diam tadi
Kerana pemulaan bicara saya yang tidak ranggi
Renteten cerita mereka berbelah bagi
Ada baiknya saya beri pendapat asas
Tetapi malangnya itu tiada dalam pilihan mereka
Terus menerus bercerita tentang permukaan paling atas
Seperti mahu menangis tetapi tabah masih ada

Jika terdapat perbincangan lagi
Saya sudah tahu apa ayat yang pertama sekali
Penentu samada ia diteruskan
Atau terus mati tanpa dikebumikan

21 August 2019

Adakah selamat saya di sini?
Meluahkan segalanya tanpa diketahui
Oleh manusia manusia yang saya benci

Bukan satu atau dua
Kalian semua termasuk diri sendiri
Produk tuhan ini moga segera mati


08 April 2019

Kau dan tindakan pintarmu.

Sudah lama perasaan ini tidak muncul
Tadi pagi dalam tidur ia timbul
Aku sepertinya merasa nyata
Menyayangi dia sepenuh jiwa

Ianya satu cinta yang jernih
Sayang berputik memeluk waktu
Saat saat indah bersama dia sang kekasih
Hanya dalam mimpi kasih ini membalutimu

Apakah masih ada cinta
Walau tidak perlu bersama

Untung engkau abaikan aku 
Jaga dirimu 
Nama aku biarkan mati
Bersama sama diri ini yang sudah lupa
bagaimana rasanya dicintai

16 January 2018

Rindu nak borak macam dahulu.
Awak banyak ilmu.
Teringin nak berhubung selalu.
Awak aku rindu.
Bukan tidak berani.
Belum ada alasan untuk sedapkan hati.

28 December 2017

Saya tak kisah kalau awak tak kisah pada kisah saya.