10 February 2016

Kalau macam tu, siapa yang nak menasihati saya?

Boleh bagutahu saya bagaimana mahu terus menulis? Saya merasakan aman malas semakin hari. Mungkin saya tidak minat atau saya kurang menghayati. Nampaknya saya perlu mencari beberapa potong ayat yang boleh menaikkan nafsu saya untuk menulis. Ataupun seseorang sebagai penguat semangat.

Tetapi walaubagaimanapun, diri saya sendiri memainkan peranan penting iaitu melebihi peratusan yang tinggi dalam menjayakan proses meneruskan budaya menulis ini.

Baiklah, selesai keluhan saya. Yang tidak akan habisnya barangkali. Oh kejap. Saya rasa ia berkait rapat dengan apa yang saya mahu tulis kali ini. Sejak bila saya perlukan topik pun saya tidak pasti tetapi dengan topik, penulisan akan menjadi lebih tersusun. Itu jika mahu ketengahkan apa yang mahu disampaikan. Jika hanya menari diatas bahasa, tiada topik pun tak apa kerana menari di atas bahasa itu sendiri merupakan topik.

Saya jarang mencari seseorang untuk menasihati saya. Jika saya cari pun, ia hanya untuk mempersetujukan apa yang saya perkatakan. Tapi tidaklah saya bagitahu apa putuskan, cuma pertanyaan atau perbualan itu akan melibatkan pendapat saya sebelum bertemu dengan mereka (penasihat).

Orang yang layak menasihati diri sendiri adalah diri sendiri. Kerana diri sendirilah yang memahami diri sendiri. Eh, saya rasa pening pula dengan kata-kata saya ni. Sebentar....

Baiklah, kita sambung. Kebanyakkan orang bilang, kita tidak layak menasihati diri sendiri kerana yang nampak perilaku kita adalah orang lain. Jadi orang lain yang nampak perilaku kita. Ya betul. Itu adalah dari perspektif mereka dan mereka dan mereka sehingga seberapa banyak mereka yang menasihati saya. Apa-apa pun terpulang pada kita mahu memilih samada ia boleh digunapakai ataupun tidak.

Apabila diri sendiri yang menasihati diri sendiri berlaku, saya sedar bahawa tidak boleh tidak saya kena menerima nasihatnya walau bagaimanapun. Ini kerana, pertama, ia adalah perbualan antara saya dan 'saya' dan 'saya' itu berada dalam diri saya. Sudah tentulah 'saya' tidak akan mensihati yang bukan-bukan kerana 'saya' juga akan melalui apa yang saya akan laluinya.

Mari terus ke pergulungan. Secara keseluruhan, menerima nasihat dari orang lain merupakan pilihan yang mana setiap dari mereka mempunya pandangan terhadap kita yang berbeza tetapi menerima nasihat diri sendiri adalah perlu berikutan pengalaman hidup yang ditempuhi bersama. Selalulah menasihati diri sendiri atau dalam ertikata lain, rajinlah cakap sorang-sorang sebab apabila sendirian, kita akan lebih kenal diri kita.
Selebihnya berdoa dan terus mencari redha Illahi.

No comments:

Post a Comment