10 January 2013

Dan bila fikiran tidak seimbang.

Dalam lahar gunung berapi ini cuma ada aku, kau, dan alat memanah beserta dua batang busurnya. Sebentar lagi, dalam lingkungan tujuh puluh saat lahar ini akan memuntahkan segala isi dalamnya termasuk aku dan engkau. Seperti biasanya kau tidak pernah punya perasaan takut mahupun risau. Air mukamu tenang seperti tiada dihuni sebarang perasaan. Sama seperti kau menikamku dengan bilahan kata2 yang memutuskan ikatan antara dia hati. Aku ingat lagi. Ini masanya untuk aku tunjukkan yang sekoyak koyak hati aku tidak melumpuhkan kaki ini untuk berdiri.

Di kepalamu aku lukiskan dua garisan bersilangan seakan akan membentuk simbol darab. Kau hanya diam membenarkan saja aku menyentuh dahimu. Hangat. Sekali sekala kau mengelap peluh yang mula memberontak keluar dari liang liang roma kulit mulusmu. Dan kau setia dengan perasaan tenang tidak berkocak.

Busur yang pertama aku sasarkan pada simbol darab pada dahimu. Aku berada sepuluh langkah bertentangan. Bersiap sedia melepaskan busur yang pertama. Menarik semaksima mungkin. Peluh yang mengalir seperti lesap tiba2 tidak terasa. Aku mesti fokus. Tali dilepaskan. Busur bergerak sepantas cahaya. ZUPP !!

Kini tinggal satu lagi busur. Aku sandarkan dirimu pada dinding lahar. Busur yang tertanam dibiarkan saja. Cantik kalau dipandang dari jauh. Seperti pontianak dicucuk paku. Rancangan harus diteruskan. Tapi bagaimana aku mahu menembak diriku dengan panah ini ? Bagaimana mahu menanam busur ini dalam kepalaku tanpa sakit ? Tanpa merana ? Ahh, ini benar2 celaka.

Aku bingkas beredar dari lahar dan pergi mencari pasangan yang lainnya. Seperti biasa, dua batang busur sahaja. Selepas ini pasti aku bawa yang lebih dan aku mahu jadi yang kedua dan rancangan aku semestinya akan berjaya sepenuhnya.


No comments:

Post a Comment