08 January 2013

Lelaki berpayung kecil.

    Lelaki yang berpayung kecil itu masih berdiam diri di hentian bas yang sudah mula dipenuhi air. Sejak tadi dari hujan lebat dia tiba, masih tak berganjak dari situ. Aku mahu bertanya tapi mulut lelaki berpayung kecil itu tertampal pita pelekat yang besar sehinggakan dia tidak mampu untuk menggerakkan otot2 pipinya. Mahu aku coba leraikan tapi tanganku dilibas payung kecilnya. Aku akur. Hujan lebat yang merakus memenuhi ruang perhentian bas sedikit demi sedikit. Aku bingkas lari mencari tempat lebih tinggi. Mujur ada bukit di belakangnya. Lelaki berpayung kecil itu tidak berganjak. Dari anak matanya aku dapat melihat dia sedang menahan kesedihan. Mula bergenang air matanya menyertai rintik2 hujan. Sekilas pandang aku lihat dirinya yang hampir ditenggelami air dan dia masih kaku duduk disitu. Sekilas pandang aku melihat pada lopak air wajahku yang sesempurnanya tidak lagi bersama dengan fizikal seperti manusia lainnya. Dalam apa jua keadaan akuu mesti tunggunya disini. Kini tidak bersama payung kecil.

No comments:

Post a Comment