21 March 2012

Faham vs pujuk.

Pemikiran perempuan kadang kala merimaskan lelaki. Sebagai lelaki idaman malaya, aku nak nasihatkan para lelaki yang tak payahlah nak usaha memahami hati wanita. Kerana anda takkan pernah capai pun. Percayalah.

Dah ramai cakap pasal benda ni. Tapi aku nak tulis jugak. Pasal aku rasa pandangan aku sangat bernas dan memberangsankan setiap deria yang ada. Bagi aku, apa yang perlu ada dalam diri seorang lelaki adalah pandai memujuk. Bukan membodek ye. Bukan juga mengampu.

Yes. Itulah satu2 nya cara nak buat si bunga selesa dengan kita. Kalau mereka merungut kata kau tak memahami mereka, jawab sajalah yang kau memang tak boleh nak faham mereka. Semasa itu, alunkanlah bunga2 kata yang semerbak Desire Red yang bersulamkan madah2 cinta untuk melembutkan hati mereka. Jangan lah cakap tegak je. Memang lah dia tarik muka dengan kau 3 hari.

Aku tak tahu lah nak kasi contoh apa. Dah lama sangat tak bercinta. Haha. Tapi aku sarankan, masa dia tengah ok, kau simpan je puisi romantik tahap gaban kau tu. Bila darurat nanti senang. Takde lah kau nak terhegeh2 susun kata.

Ok lah. Idea dah habis. Aku nak tekankan lagi yang lelaki takkan boleh faham perempuan. Apa yang buat mereka bersama ialah cinta. dan cinta tak perlu apa2 sebab untuk bersatu.

<3

No comments:

Post a Comment