28 March 2012

Minta maaf. Terima kasih.

Ada dua benda yang aku jarang keluar dari mulut orang kaya untuk orang miskin. Pertama, terima kasih. Kedua, minta maaf. Selama aku hidup ni, memang aku tak pernah dengar dalam realiti kehidupan aku. Kalau dalam cerekarama ke slot akasia ke itu lain lah. Kalau ada pun, yang tulis skrip tu mungkin tergolong dari kalangan hati2 yang masih suci.

"Benda2 ni normal kot". Ok, normal kata kau. Kau tahu dari bila benda alah ni jadi normal ? Bila orang2 macam kau mula tak kisah. Bila nafsu dan ego kau membuak2 menggelapkan hati. Bila dah biasa buat, orang tak kisah, itulah yang orang panggil normal. Normal pada mata orang yang buta.

Kalau nak diikutkan memang tak logik la orang kaya nak cakap terima kasih dekat si miskin. Yang ada pun, dalam tv. Memang dekat tv je boleh nampak benda2 yang mustahil ni. Mungkin kau malu ? Atau kau fikir mereka tak setaraf dengan kau. Atau yang paling bangang, apa yang mereka cakap semua kau label salah.

Tapi yang paling popular, taraf. Kau melihat taraf sebelum kau ucap "terima kasih" atau "minta maaf". Kalau kau terpijak kepala orang, kau kena tengok dulu mangsa tu setaraf atau tak dengan kau baru kau nak lafazkan maaf. Macam tu ?

Bila kau tercicir dompet, dan ada si fakir menjumpainya lalu memulangkan pada kau, berat sangat ke nak cakap "terima kasih" ? Tolonglah jangan sombong dan bodoh. Dia tak minta apa2 pun. Cuma dua patah itu je. Haih.

Sebab nak ubah semua memang susah, aku tulis lah kat sini. Mana lah tahu yang membaca ni boleh saling berpesan2 sesama mereka. Sama2 dapat pahala ye dak ? Ringan2 kanlah mulut. Bukan untuk dua golongan ni saja, kita2 semua juga. Tak kena bayarlah nak ucap. Dapat ganjaran lagi.

Akan ada sesuatu perasaan lega selepas kau lafazkannya. Percayalah.


1 comment:

  1. Haha. Terima kasih.
    Tulis sajalah pendapat kau. Hee.

    ReplyDelete