15 October 2026

Perumah

Jauh jauh kawan

Aku mula tidak keruan

Sial ini 

Mula mencari 


Sedangkan aku cakna 

Tertawa berduka bersama

Seksa dan rahmat senantiasa

Tetap ia mahukan dunia


Wujudnya lingkar halimunan

Dari aku untuk aku

Yang sendiri aku makan

Kerana sosok sial itu

Terlalu lapar tanpa malu

Terlalu kekar menguasai aku


Sial itu sendiri terwujud kerana aku

Kerana aku si tunggal kekal

Abdi diri sepanjang waktu

Perumah buat sial


Sarang celaka yang engkau perlu

tinggal




24 September 2026

Maaf sebab minta maaf.

Setahun tidak berasa kerana berterusan

meletakkan dia dalam ingatan yang

tidak henti henti membina roboh

memori memori suka suka hati 


Saya sudah menjelaskan

tentang cantiknya dia sambil

menyorokkan gumpalan metafora

agar tidak terlalu ketara atau adakah

sebenarnya sayalah yang sedang berjaga

jaga agar tidak dibunuh oleh sang prasangka





21 September 2025

Berterus terang tidak menjadikan kita sebuah lampu.

Adakah puisi hanya untuk 

satu satu hubungan?


Atau kau hanya berat sebelah

hanya meluahkan bahagian itu

dalam setiap perenggan?


Oh tidak

Cuma bahagian itu sahaja

yang bisa aku bahaskan


Kerana ruang ini hanya tentang

mereka mereka yang mencuit

emosi aku yang tidak seberapa


Ruang ini tentang perasaan

yang tidak aku utamakan

Yang tidak aku pedulikan


Cukup sekadar untuk merasa normal

sebagai manusia.

190925

Dihentam peluru emosi
Hubungan sepi
Mencari celah berdiri
Berpaut pada memori

Ketika matinya sebuah persoalan
Ketika itu muncul suria keabadian

Teruskan berharap wahai sial
Kau tahu dan selamanya tahu
Pemilik segala hal yang mual
Yang hanya berhenti saat ajal berlalu


25 August 2025

K

Apa yang aku nak cakap ni dari perspektif aku dan keinginan aku sendiri. Aku juga tak mengharap apa apa tindak balas dari kau. Sebab kenapa aku nak cakap juga walaupun aku boleh simpan sendiri kerana aku nak kau tahu. Mungkin akan berlaku salah faham tentang cara penyampaian aku. Apa yang pasti, niat aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa.

Kau umpama layang layang yang beterbangan bebas. Di antara kita terikat benang yang halus hampir tidak kelihatan. Tetapi cukup kuat untuk menghubungkan aku dengan kau. Benang itu adalah perasaan sayang yang tercipta (mungkin aku yang cipta). Aku sayang kau. Mungkin aku tak boleh melihat ke mana layang layang itu pergi. Mungkin ia terlalu jauh atau tinggi atau sudah ke lain dimensi. Tetapi hanya dengan melihat benang yang masih teguh, sudah cukup bagi aku untuk terus mengharapkan kebahagiaan berpihak pada diri kau. 

Aku minta maaf sebab aku tak boleh luahkan melalui percakapan walaupun itu sebenarnya yang aku nak. Tapi aku tahu ianya mustahil dek kecenderungan tidak percaya diri semasa bercakap. Sekian.

19 August 2025

Perlawanan yang tiada penamat.

Siapa kata tidak boleh
Menari di atas lautan rawan 
Sambil ditemani melodi aneh
Yang menggaul perasaan
Seribu satu serba salah
Satu per satu aku ubah
Melawan pecahan diri
Menawan penghuni kongsi
Kerana keadaan terlihat imbang
Akibat sosok kekar nan mengakar
Kelahiran entiti sayang
Hidup kini membunga mekar.

22 July 2025

Struktur egois dan rendah diri.

Sesekali saya keluar

Melihat tembok yang mekar

Dipenuhi calar cakar belukar

Baik dari luar 

Baik dari dalam

Tembok tetap diam

Meracun pekik cinta dan keinginan memiliki dia

Seraya teriakan lantang bagunkan jiwa

Agar kekal tiada menyakiti

Agar terus mati tanpa memiliki