28 December 2012

Mitos yang menjadi nyata.

Sebelum lewat
Atau sudah terlewat
Kisah kisah kuyu
Yang bikin hidup layu.

Setelah tiba
Atau akan tiba
Persimpangan sepi
Akhirnya bikin hati terhenti.

Buka mata buka minda
Biar terbuka biar disapa
Tinggalkan realiti tampilkan fantasi
Halalkan imaginasi menari mari.


27 December 2012

Ruangan putih.

Walau peluang kau akan hidup dua kali dalam
dunia ini sudah terpatri.

Kau pasti akan menyesal berkali kali
bila kau menolak pria yang setia
sepenuh hati.

Apalah merana bila berkongsi.
Lukanya menjamah perit
sudah terlali.

25 December 2012

Cakapdalamhati.

Semakin dewasa semakin kita kenal siapa yang benar2 berkawan dengan kita dengan hatinya. Walaupun sekarang manusia galak berkiblatkan wang, aku percaya masih wujud lagi manusia yang hatinya lebih bernilai dari harta. Aku percaya persahabatan yang berteraskan keikhlasan masih wujud.

InsyaALLAH.

N

Bukan aku tidak mahu mencari,
Tapi siapa aku padanya di sisi.
Bukannya aku tidak ternanti,
Jawabnya apa bila ditanya nanti.

Jika dirobek robek dada,
Jangan ditanya tiada apa,
Jiwa aku pergi mencari dia,
Segenap pelusuk meronta ronta,
Minta dijaga sendu nan hiba.

22 December 2012

Ini bukan cerita awak.

    Mimpi malam itu telah mengheret diriku mengharungi lautan yang setenang-tenang lautan. Tiada ombak mahupun badai. Saat itu nyawa tidak bersama-samaku. Ia bersemayan di langit sana. Berehat. Saat aku tersedar ketika mataku ditujah silauan cahaya mentari. Aku bangkit dengan kadar segera menepuk-nepuk baju dan seluar agar berpisah pasir yang menyinggah. Aku di sebuah pulau. Entah mana utara barat, itu bukan persoalan yang berat. Pertamanya aku mencari kiblat. Keduanya aku meneroka pulau yang tidak puas mata memandang. Perlukan dua puluh minit sahaja untuk membuat satu pusingan. Tiada orang. Aku sendiri. Hari sudah lewat petang. Cepat-cepat aku persiapkan kamar beradu. Dan malam menjelma menghadirkan jutaan bintang dan bulatan sempurna sang rembulan. Aku tersenyum. Esok siang aku perlu siap2kan makan minum, permainan agar aku tidak kesunyian. Dan malam, akanku perhabiskan masa dengan memandang tetap kelangit sambil memaksa nyawa berpisah dari jasad untuk ketemu pemilik bintang yang aku pagar dalam hati.

17 December 2012

Serangkai mawar.

Persoalannya terjawab dengan
lenggok bicara yang dia alunkan.
Indah.

Besok akan ku persiapkan yang
barusan aku petik di pohon saat jiwamu
bertandang dalam mimpi.

16 December 2012

Sampai ke mati. Sampai.

Manisan ini tiada yang rasa.
Lagikan menghumpun semut segala.
Ia sebaik baik manisan.
Lekitan memori bebas bernisan.
Suka hiba
Gundah gembira
Harga sahabat semakin
tak terkira
Sampai ke mati hendaknya.
Sampai diri sudah dipunya.
Milik si manis di milik tuhan.
Di uji diri di tambah beban.
Pantang sang hati leka lekaan.
Merindu tuhan terus terusan.
Moga juwita mengisi
kosongan.

14 December 2012

Garam juga ada manisnya.

     Apa yang aku mahu katakan kali ini adalah sesuatu yang engkau tidak tahu. Sesuatu yang bakal merubah persepsi engkau. Sesuatu yang akan meledakkan kewarasan kau berfikir. Aku harap begitulah. Dengar sini, engkau tahu  bukan yang masing2 punya hati masing2. Engkau tahu yang ada golongan yang mahukan hati engkau walaupun mereka sudah punya hati. Mereka mahukannya dengan berkiblatkan mitos yang mereka mampu menjaga hati engkau mampu merawatnya jika terluka. Mereka seolah olah disihir oleh satu kuasa yang entah dari mana yang tidak boleh dilihat dengan bola mata. Bahkan tiada cahaya pun yang menyuluh memberitahu tentang fenomena ini. Engkau tidak akan tahu. Engkau tidak akan terperasan. Suatu hari kau pastinya akan terpukau dengan magis ini. Jadi aku nasihatkan, belahlah hati engkau siap2 kerana bila mereka datang, hanya separuh hati engkau saja yang bakal dicuri dan kau akan selamat selamanya.

12 December 2012

Minat.

Minat adalah
nikmat yang menambat
mereka dengan kuat
ketat ketat
sampai mereka tidak sedar
duka mereka pudar
hilang dari radar.

Cuba.

Belum lagi. Engkau belum cemburu lagi. Bukan masanya untuk kau bertindak sebegitu, sayang. Engkau tidak perlu cemburu padaku. Mereka yang menghampiriku tidak seperti engkau yang punya kalung kuning keemasan di kepalamu. Indah. Pernah cuba aku curi tapi hatiku engkau jajah dalam mimpi. Itu pastinya bukan cemburu. Perlu aku ingatkan, engkau tidak akan selesa terus begini sendiri kerana aku punya rencana yang mampu bikin hati kebalmu dicecah cemburu. Dan bila engkau sudah mulai cemburu, aku akan landaikan gundahmu di atas hamparan sutera yang disulam dengan beribu sendu. Jaga-jaga sayang. Jaga-jaga.

11 December 2012

Diam.

Laluan angin
Semakin lancar
Tidak beralih
Beralun indah.
Si bodoh gebang.
Si bangang riak.
Si bengap tipu.
Biarkannya terlentang.
Mulut terkoyak.
Selamanya merapu.
Aku masih
diam bisu
Hanya menjamah
manis seribu.

07 December 2012

Kunci kembalikan kenangan.

      Petang tadi adalah petang yang di luar norma. Aku dapati aku punya satu organ yang kalian semua tidak punya. Ia bukan tulang, ia bukan isi mahupun lemak. Ia sebuah kunci. Kunci yang mampu membuka ruang2 memori kalian yang manis2 saja. Bagus bukan ? Kunci ini akan aku guna pada mereka2 yang punya memori manis tapi masing2 merelakan sang egois menawan diri. Kunci ini ampuh asal aku ikhlas dan punya niat yang putih jernih. Tadi petang aku sudah buka dua kotak memori mereka dan alhamdulillah, mereka berjaya ketepikan ego dan menikmati saat2 manis yang pernak mereka lalui dahulu. Aku gembira melihat mereka gembira. Kunci ini akan aku pegang dan gunakan bila2 masa yang aku mahu. Bila masa mereka yang mengenang dahagakan saat manis bersama mereka2 yang mereka sayangi.

04 December 2012

Ratah.

Kenapa aku tidak beritahu kau saja 
terus ?

Kenapa hamparan maya ini menjadi
mangsa hempasan rasa ?

Apa jembalang sudah rembat
keyakinan aku berbicara 
dengan kau ?

Apa aku takut akan tindakbalas
kau yang tiada dalam buku
ramalan ?

Kerana kau adalah kebanyakan orang yang sembarangan hidup dalam buana yang penuh tulisan puja yang mampu goyah jiwa pria yang kejap bertulang utuh.


Gula untuk si manis.

Rintik rintik ini
akan senantiasa meluru
kearah setiap patah
kata manisan
rasa rinduan
agar setiap yang kau
dengari
akan bertemankan
irama dan melodi
membawa bayangku
meluru ke jiwa
indah mu.

27 November 2012

Hari ini sememangya hari ini.

Antara mereka tunduk lihat engkau.
Bergelimpangan dengan masalah sendiri.
Yang kau cipta dengan sedar atau terpukau.
Yang akhirnya menelan kau sampai ke mati.

Sepatutnya kau tahu.
Sememangnya kau sedar.
Perit susah bertamu.
Lepas bala kau cabar.

Padan muka.

25 November 2012

Benang2 yang menjadi baju.

Yang lama dulu aku sendiri,
Sudah aku temukan antibodi,
Yang lama dulu aku gelisah,
Sudah aku sisihkan hingga terpisah.

Sememangnya,
Tiada apa yang pernah sendiri,
Tiada siapa seorang sepi.
Kerana DIA tidak pernah pergi.
Kerana DIA senantiasa menemani.

Selama ini
Kebodohan itu
Masa lalu
Kini pergi dibawa bayu.

24 November 2012

Minachi.

Kepala terlongkang.
Otak dikangkang.
Dicecah telapak kaki.
Makian hamun berkati kati.

Kebal kekal.
Lali tuli.

Jiwa ini pada dia.
Rindu ini milik dia.
Dia juwita langit kayangan.
Rekaan pujangga di mimpi
kesiangan.

22 November 2012

Sikit.

Sedikit.
Demi sedikit.
Walau secubit.
Tetap di catit di mana mana.
Apa sahaja.
Kerana manusia.
Pasti lupa terabai.
Selepas bulan mula melandai.

18 November 2012

Bintang siang.

Siang hari dia melayu.
Malam hari dia untukku.
Ribuan bintang membantu sinar.
Minit saat berhenti putar.
Pagari jiwa.
Dengan cahaya.
Moga dia terpimpin
sepanjang masa.

-dataran merdeka.

17 November 2012

Keluarga.

Aku punya saudara.
Punya teman.
Aku punya sahabat.
Punya kawan.
Aku punya harta tiada nilai.
Sekali tinggal hilang hilai.

Sepi itu perit yang menyuntik.
Sendiri tersepit.
Sendiri menjerit.

Jangan sebut pasal harga.
Tiada mampu budi dikira.
Apa bedanya.
Darahnya merah.
Dagingnya mentah.
Selagi berbakti
inilah keluarga.

16 November 2012

Macam ini.

Bahagia.
Datangnya dari siapa2.
Dari tuhan mahupun sang celaka.
Keinginan jiwa kehausan raga.
Seperti bayang menempel setia.
Jika bersama engkau,
aku bahagia.
Dengan mereka aku juga terima
yang sama.
Bertambah beda bila kau tiada.
Baruku sedar bahagia kau
punya kuasa.
Izinkan ku kekal menelan separuh
bahagian hatimu.

12 November 2012

Bangkit dari berdiri.

Buku merah jambu.
Lama kau terbiar sebu.
Tidak terjamu.
Hari ini kau aku sentuh.
Kali terakhir sebelum kau terbunuh.
Dari lahapnya api kebebasan.
Tenang,
Masih ada isinya dalam kotak fikiran.

11 November 2012

Peskas

Kalau tidak suka dengan bauan bunga dalam laman ini, sila pergi. Jangan cuba nak lempar tahi tahi cemburu meluat dekat sini. Haruman ini untuk dia yang sedang aku semai benih asmara dalam rohaninya. Kau kau dan engkau sila diam atau pergi saja dari sini untuk yang kedua kali aku bilang.

09 November 2012

Propa globalisasi

Pampang saja.
Segala raga.
Biar bundar biji mata.
Tertusuk liuk lentok anggota.
Meliar mata.
Berkelip tiada.
Sihir ini bukan biasa.
Kau ciptaan sembah manusia.

07 November 2012

Tunas.

Aku mula mencari tahu.
Apa makna engkau denganku.
Apa bahagia yang kau cipta.
Hingga mampu aku terleka.

Satu.
Dua.
Tiga.

Setiap babak cerita kau aku bedah.
Mencari mutiara untuk aku jamah.
Apa sedih apa gundah.
Ada gembira,
itu cukup hilangkan resah.



05 November 2012

Tiada tajuk.

Merintik tiada belas.
Menindas yang sedia tertindas.
Apa syurga untuk mereka.
Air dari langit seperti ada bala.
Hancur percaturan.
Membodoh dengan harapan.
Ini boneka hidup yang
tidak akan mengerti ada baik
dalam kebaikkan.


-1500.

03 November 2012

Gagah layu.

Jiwa ini utuh.
Tidak pernah runtuh.
Malah kukuh.
Walau bertengkujuh.
Bersama guruh.
Nantian pada separuh.
Bertemu dalam acuan pengaruh.

1817.
Shah Alam.

31 October 2012

Korek korek hati.

Serap dalam dalam.
Sampai siang ganti malam.
Sampai buana nampak hitam.
Sampai dasar penuh kelam.

Hempas puas puas.
Biar dendam jadi kias.
Biar marah makin malas.
Biar sedih tabur tempias.

Dibentuk tidak lentur.
Dilekuk patah gugur.

28 October 2012

Peledak.

Ke mana lagi mahu dipikul.
Masa muda yang meruah sebakul.
Bila orang bilang kau sampah.
Warnakan waktu tiada cerah.
Ikut arus hilang patuh.
Mundar mandir melinang peluh.
Kosong dari pandang jauh.
Ada nilai dalam sejarah.
Ada hilai dalam karenah.

Ini masa depanmu.
Sia siakan pesanan mereka.
Pacu laju meluru tuju.
Beza mana syurga neraka.

21 October 2012

Wudhu'

Buat badan badan yang terus dibayangi masalah yang gelap legam,

Terus tenang dan baca Quran.

Ikhlas dari,
Bekas-jadi-mangsa-masalah.

18 October 2012

Dunia Jiwa.

Dia jiwa melintang.
Dunia kita setentang.
Kena curi2 pandang.
Salah waktu mata terdagang.

Apa khabar duniamu sana.
Masih ada tawa riang gundah gulana.
Aku siap kapan saja membida.
Pintu dikuak pantas menghela.

Jalan cerita sudah dibuku.
Ada mungkin kita tidak bertemu.
Asal itu bukan pilihan PENENTU.
Jiwa ini perlu kamu.

15 October 2012

Awak awak awak.

a) Awak nak tahu apa saya rasa bila jauh dengan awak ?

Saya bersyukur. Saya sudah selamatkan hubungan kita dari bisik2 dosa yang akan meranapkan hubungan kita berdua.

b) Awak nak tahu kenapa saya buat macam ini ?

Saya nak untung. Bila saya sentuh awak sekarang, saya rugi. Saya dapat dosa. Bila sudah kahwin, ada ikatan yang sah, masa itu saya kena kencing manis dek manisnya bersama awak pun takpe. Hihi.

c) Awak nak tahu tak apa seronoknya kahwin ?

Saya pegang awak, dapat pahala.
Saya cium awak, dapat pahala.
Saya lupalah apa lagi, tapi apa2 yang saya buat tanda sayang saya pada awak, semuanya dapat pahala.
Apa yang penting, saya dapat lebih kenal awak dalam keadaan yang halal.










14 October 2012

Nasihat untuk kau.

Sudah tesergah.
Segulung ijazah.
Setelah lelah.
Sembelih gundah.

Bukalah pintu.
Dimensi baru.
Siap sedia.
Dunia menggila.

Sisipkan bekalan.
Titikan laluan.
Patahkan rintangan.
Relakan senyuman.


11 October 2012

Melur.

Hati yang jatuh.
Disambut jauh.
Tidak sempat rapuh.
Masih lagi kukuh.

Dada rasa tenang.
Tidak lubang lubang.
Bila kata sayang.
Terjadi gila bayang.

Masa pasti tiba.
Mata bersama jiwa.
Bersua kali pertama.
Untuk apa, itu rahsia.

10 October 2012

Saya tidak pernah sepi. Betul !

Saya tahu saya tidak kesunyian.
Saya tahu saya bukan keseorangan.
Saya juga tahu yang saya tidak akan berasa sendiri.

Kerana sepi itu ibarat suara yang nyaring.
Kerana saya punya bayang2 gelap yang melekat setiap hari.
Kerana sendiri itu sendiri adalah kawan saya.

Tikar sejadah kain pelekat,
Kostum indah menghadap Illahi,
Sendiri sorang sepi tersekat,
Basahkan lidah sucikan hati.

09 October 2012

Budak balik tusyen makin ramai dekat bandar.

Wahai bintang,
Molek sungguh kau bergayut di langit sana.
Langsung tidak merimaskan mata.

Wahai tapak sulaiman,
Sempurnanya pantai bila kau tersadai.
Menjadi pelengkap syurga dunia.

Wahai budak-baru-nak-up.
Makin buruk koridor bila kau orang hinggap.
Sakit mata aku, tak boleh nak belanja tingkap.

07 October 2012

Antara nampak dan tidak.

Saya tak nampak awak.
Bila saya pandang pelamin.

Saya tak nampak awak.
Masa saya melihat pertunangan.

Tapi,

Saya nampak awak.
Ketika majlis akad nikah.

Saya nampak awak.
Saat mulut saya melentur
nama awak.

04 October 2012

Kepada kakak posmen...

Jika tidak sampai kepada penerima,

1. Tolong kembalikan kalung ini kepada pemilik.
2. Pastikan kalung ini berada dalam keadaan seperti ada.
3. Jangan coba2 pakai kalung ini tanpa izin.

Jika berjumpa dengan penerima.

1. Pakai kalung ini di lehermu di hadapannya cepat2.
2. Pastikan dia nampak perbuatan kau sedang memakai kalung ini.
3. Bilang padanya, kau kini milik aku. Sepenuhnya.

Yang benar,
Pemilik kalung.

03 October 2012

Seperdua.

Raba raba poket.
Yang ada hanya habuk.
Selak selak dompet.
Yang tinggal kertas cabuk.

Tunduk malu - gagal bertaruh.
Diam kaku - tepukan gemuruh.

Kemeja dirobek robek.
Nur timbul sebelah kiri.
Butang bebas bergolek.
Terpampang merah segumpal isi.
Masih belum suntuk.
Taruhan sebenar baru bermula.



02 October 2012

Penunggu pelamin.

Pengantin perempuan itu berlari sekuat hati. Kakinya yang tersarung kemas dengan kasut tumit berkepala berlian tajaan sejak tadi sudah pun berpisah dengan pemakai yang bertuah. Orang ramai yang melihat kejadian itu hanya mampu melopongkan mulut masing masing. Tiada seorang pun yang mengejar mendapatkan pengantin perempuan tersebut. Dia berlari tanpa tujuan. Kelajuannya meningkat ketika menuruni jalan tar berbukit. Hampir saja dia tersadung jatuh terpijak gaun labuh bewarna putih keemasan yang dipakainya.

Penduduk kampung yang melihat langsung tidak diendahkannya. Sudah ada jahitan yang mula menetas pada bajunya yang ketat seperti sarung nangka itu. Panas terik matahari secara automatiknya mencairkan solekan yang menguasai seluruh wajah manis bertahi lalat di bibir. Di leretkan belakang telapak tangan kanan pada mukanya melintang dari pipi kiri hingga ke pipi kanan menambahkan lagi comot yang sedia ada. Pedulikan. Kini di hadapan pengantin wanita itu terpampang papan tanda yang tertulis "Kampung Purnama Penuh".

Wajahnya berubah. Senyuman mula terpancul di balik muka yang seram cantik dek solekan yang mencair. Dia mula memperlahankan pergerakan. Selang dua rumah dari papan tanda tadi terlihat tiga bangsal barjalur biru kuning. Pencariannya berakhir. Pengantin perempuan menyelinap masuk dalam kawasan rumah bersebelahan rumah yang hendak dituju. Dia perlu melalui pintu belakang tanpa ada yang menyedari, bisiknya dalam hati. Gaun labuh ditarik hingga ke paras lutut diperbetulkan posisinya. Dengan penuh yakin dia bermonolog,

"inilah rumahnya, aku yakin aku tidak salah lagi".

01 October 2012

Rehat.

Bersama angin membawa irama.
Alunan merdu melantun segenap jiwa.
Tembok2 masa membina empayar.
Memaksa hati relakan dia.
Sendiri di medan tempur.
Di bawah kepulan awan ilmu.
Yang dia cipta saban hari.

30 September 2012

Pada cantiknya subjektif.

Bagaimana ini.
Merenung saja dia tidak mampu.
Apa lagi mahu mencuri.
Hanya berani berdiri di dalam kelambu.

Seperti mahu memberitahu.
Dirinya dicopet sesuatu.
Pasti buka kupu2 mahupun kelkatu.
Organ kecil merah berhantu.

Impiannya harap termakbul.
Besarnya bukan kepalang.
Sepasang tangan ingin merangkul.
Setiap wanita yang dia sayang.




28 September 2012

Untungnya kau.

Untungnya
Dapat merakam ukiran senyuman.
Mata bertentang memukau renungan.
Mencipta memori mimpi idaman.

Apa kau dapat,
Apa kau buat,
Apa kau fikir
aku tidak cemburu ?

Aku juga mahukan dia yang aku rindu.
Berdepan mata menikam kalbu.
Melempar senyuman tiada jemu.
Pertahan kasih bertalu talu.

Untungnya la hai.


26 September 2012

Batu.

Simpan sampai tebal.
Selagi tak pecah.
Engkau masih kebal.
Satu masa pasti merekah.

Lepas bila sempat.
Kasi tempias orang jilat.
Bila nanti dah kena sebat.
Genggaman puas engkau dapat.

Format nasihat standard piawai.
Memang liat bagi engkau hadam.
Melempar lempar nasihat terpakai.
Terus membatu saat ditikam.


24 September 2012

Tali yang gagal.

Pudar itu biasa.
Percaya tidak pernah ada.
Beralaskan topeng mulia.
Tersembunyi rupa binasa.
Ada interaksi.
Dari sisa sisa yang hampir basi.
Asal penuh masa terisi.
Dengar atau tidak
pergi mati.
Walau satu bumbung.
Hiasannya hanyalah bersabung.
Yang sepatutnya bersambung.
Hanyut terbiar.
Menjalar jalar.
Mencari singgah.
Menanti dipunggah.

23 September 2012

Bingkai gambar warna warni.

Melambai sang bayu dingin.
Tanpa memandang sebuah wajah.
Yang tersembunyi di sebalik dahan.
Terasa hanya asin.
Ombak laut memadam cerah.
Menambah waktu semakin perlahan.

Merana.
Merangkak hina.
Sumpah serana.
Entah apa lagi yang bakal
menimpa.

Harapan akan percaturan.
Bakal ada perubahan.
Sepertimana impian.
Merangkul sebuah wajah
hingga ditamatkan.

Siapa mertuaku.

Buai laju2 sampai pokok sena,
Dunia makin maju tapi saya masih sama.

Tepuk amai2 belalang kupu2,
Dulang jangan ramai nanti awak tidak laku.

Potong bebek angsa masak di kuali,
Bila sebut harga rasa macam nak lari.

Susu lemak manis santan kelapa muda,
Kalau taknak nangis sila turunkan harga.

Burung kakak tua hinggap di jendela,
Jangan sampai cinta jadi barang niaga.







19 September 2012

Serpihan

Aku pernah rasa sakit.
Sakit yang pernah mencipta pelangi.
Aku pernah merasa manis.
Manis yang pernah membaham tulang.
Perahu layu dibenam ombak.
Mudiknya jangan terbias lepas.
Berpatah arah cuma sesaat
Hanya untuk bersiap kemas
Membelah lautan berjuta variasi.

17 September 2012

Cita baru.

Berselipar jepun.
Menendang batu di jalan.
Dia merenung cahaya terang.
Yang mencuri pandang.
Satu laluan terlindung.
Papan tandanya indah.
"Cita"

Laju2 dia berjalan.
Menerombos tembok cahaya terang.
Dengan harapan sebesar impian.

12 September 2012

Rainya terhenti.

Melihat dia menari nari.
Berterusan.
Tidak mahu berhenti.
Menarik pandangan penghuni bumi.
Lalu dirapatkan kerusi ini padanya.
Dia memandang.
Hairan.
Aku lemparkan senyuman racun.
Dia kaku persona.
Malam itu kali pertama.
Dia duduk dalam hati yang asing.

10 September 2012

Meranalah perindu ditimpa rembulan.

Jangan di tanya
Kenapa bayang selalu pergi
Kenapa muncul ketika mentari
Kenapa hilang ketika sunyi.

Tanya dirimu
Kenapa kelar hati berdarah
Kenapa biar rindu menumpah
Kenapa biar ego merebak.

Ini untuk aku
Mungkin untuk kau
Mungkin.

Rindu bakal aku bebaskan
Hati sentiasa aku rawat.
Ego aku pagar dalam dalam.

Sekali lagi aku bilang
Aku rindu kau.

Manis manis pedas.

Buah nangka buah cempedak,
Bila dah masak dibalut penuh,
Inikan pula kita berotak,
Sampai bila nak kena suruh.

Atasnya kemas tidak terdedah,
Pelbagai lipatan menjadi taruhan,
Hairan sungguh tak sudah2,
Lengannya kekal separuh jalan.

Berona kontra atas dan bawah,
Pelbagai corak menghias fabrik,
Punggungnya bangga di dedah2,
Apa kau fikir itu barangan antik.

Mulanya longgar sudah sesuai,
Labuhnya pula agak tersekat,
Katanya leceh nak buka pakai,
Mudahkan mudahkan diri rela di 'sebat'.

09 September 2012

Tidak sengaja tidak berjaga jaga.

Bersarang di bawah pohon.
Menulis antara masa.
Berkurung di tengah lapangan.
Terhantuk dikala terang.
Ketika ini.
Duniaku terus dijajah jiwamu.

08 September 2012

Di dalam cemin.

Di dalam cermin.
Aku melihat bulan.
Silaunya kurang.
Kekalnya seribu seri.

Di dalam cermin.
Aku melihat engkau.
Penuh dengan manisan.
Mampu retakkan cermin ini.

Di dalam cermin.
Hanya dari sini aku berani merenung kau.
Tanpa berkelip.
Dengan penuh perasaan.


06 September 2012

Tidak boleh tidak aku kena yakin.

Melodi tersusun indah.
Kelopak mawar di sana sini.
Romantis.
Sepasang lilin terbiar membakar.
Di atas meja berona hati.
Kau dan aku.
Molek sungguh mimpi kelmarin.
Bersama kau takluki dunia.
Dunia kasih adam dan hawa.
Walau yang nyata.
Terindah dek kata.

05 September 2012

Kau timbul bila mahu.

Sembunyi sana sini.
Di atas sana.
Atau bawah.
Dalam hati.
Atau luar fikiran.
Membatas pandangan.
Layunya senyuman.
Sampai bila itu tidak pasti.
Yang pasti aku selamanya menjadi pencari.

04 September 2012

Sebenarnya ini belum cinta.

Apa kau tidak pernah rasa.
Rasa yang lahirnya tersedia.
Hanya tinggal menikmati.
Sebaiknya.
Apa kau tidak sedar.
Yang sebenarnya kau ada rasa.
Sayangnya ia dalam kesamaran.
Gagal kau terokainya.
Atau hanya aku saja.
Yang sendiri menikmati.
Bertepuk tanpa bidadari.
Melepaskan rasa hati.

02 September 2012

Masa sudah ada.

Perah lagi.
Dan lagi.
Sampai keluar segala isi.
Memuntah campuran emosi.
Perah terus.
Bebaskan apa yang terkurung.
Yang buat diri kau murung.
Terbangkan bebas bagai sang burung.
Ini masanya.
Menyalak dengan selamba.
Asal ilmu penuh di dada.
Bagi mereka dengar.
Bagi mereka rasa.
Tusukan magis dari rakyat.
Yang dulunya menjadi boneka.
Lakon layar hitam mereka.

30 August 2012

Bidadari tipu.

Aku tak perlu lagi dekat2 untuk melihatmu.
Kau tetap disanjung.
Oleh mereka yang tergadai hatinya.
Setelah melihat bidadari tipu tersenyum mesra.

Rasa cemburu sepertinya sudah timbul di permukaan.

26 August 2012

Kembali meroyan.

Masih di situ.
Sang potret senyum.
Terpaku.
Usangnya mula menjamah.
Manisnya masih terus menghantu.
Entah bila aku akan dapat yang baru.
Sang potret senyum.
Tiada terjual.
Tiada semua yang memiliki.
Kau.
Saban hari pasti kita bertemu.
Aku pasti itu.

15 August 2012

Cerita tak molek.

Setelah aku campakkan jambangan merah itu, aku segera ke bilik air.

Saat2 getir aku melintasi ruang tamu yang masih penuh dengan sisa2 makanan yang belum dikemas.
Langkahku semakin tidak menentu. Hampir2 saja aku mahu pecahkan pasu bunga import pemberian tetangga ku yang penuh misteri. Entah mimpi apa yang buat mereka beri aku cenderahati semegah ini. Ahh, bukan sekarang waktunya berfikir.

Mataku sudah separuh menggelapkan keadaan. Untunglah aku hampir sampai ke bilik air. Celaka jugalah sebab aku terjatuhkan cermin yang tergantung di tepi bilik air.

Segera aku buka kepala paip sekuat hati. Dengan tidak menghiraukan percikan air yang melampau keluar, aku melepaskan apa yang terkumpul dalam rongga mulut sedari tadi. Semua. Semuanya yang membuatkan aku tersiksa sebegini. Bagai mahu meletus paru2 aku dibuatnya.

Celaka punya jantan. Kau ingat aku jenis macam kau ke. Aku kenal mana satu kondom mana satu ros la, sial.  Puihh !

14 August 2012

Kelambu baru sebelum rindu.

Berkelambu membisik rindu.
Biar penuh atmos ini dengan namamu.
Berlegar legar.
Membentuk bantal kekabu.
Untukku landaikan kepala ini.
Yang sarat dengan mekanisme negatif.
Aku biarkan rohku berpisah.
Bertemu kamu di dalam mimpi.
Sebagai ritual.
Sebelum melangkah ke lain hari.
Dalam separa sedar aku masih di dalam kelambu.

12 August 2012

Saat saat getir pencopet perhatian.

Istimewa.
Tiada sempurna.
Ini klise pada setiap manusia.

Punya mata.
Tapi tidak melihat.
Buta menganalisa situasi.

Punya telinga.
Tapi tidak mendengar.
Pekak mentafsir setiap patah kata.

Punya mulut.
Tapi tidak bersuara.
Bertasbih noda hitam sini sana.

Punya tangan kaki.
Tapi lumpuh sepenuhnya.
Utamakan peleseran dari bantuan.

Di mana letaknya nilai persahabatan.
Yang sepatutnya melihat kondisi seorang teman.
Mendengar setiap luahan dengan profesional.
Memberi semangat dan kata pengubat.
Menghulur bantuan tanpa rayuan.

Tuangkan aku segelas darinya.

Koyak.

Berkecai.
Berderai.
Apa lagi yang boleh kaitkan.
Terus kaitkan.
Ayuh rabakkan.
Hati aku sudah koyak.
Entah apa yang tersumbat.
Beribu ribu.
Mungkin berjuta juta.
Mekanisme keji.
Untuk kau.
Ya, engkau.
Apa salah aku.
Sampai macam ini kau robek.
Kau fikir hati aku apa.
Takkan kau tidak tahu apa itu hormat.
Lagi seekor.
Ye, kau orang.
Terima kasih belikan aku tiket ke neraka.
Kau orang memang kawan terbaik.
Berkongsi maksiat tanpa paksa.
Sudah.
Hati rabak masih mahu dirobek.
Teruskanlah.
Sampai aku hilang landasan.
Mengadap tuhan.

09 August 2012

Titian mimpi.

Meniti dengan teliti.
Titian mimpi.
Menuju destinasi.

Aku tidak mahu mati.
Berbalik pada realiti.
Yang sebenarnya sukar dihadapi.

Anganku terlalu tinggi.
Tak terlarat untuk didaki.
Tak menyesal aku laungi.

Apa salah aku di sini.
Menghuni di mimpi sendiri.
Mereka situasi dan berfantasi.

Kerna di sini anganku kini di posisi selari.

07 August 2012

Hipokrit dari sisi sedar penuh.

Sayangnya.
Sayangnya kau.
Sayangnya kau lupa.
Sayangnya kau lupa kenapa kau sayang.

Ruginya.
Ruginya kau.
Ruginya kau alpa.
Ruginya kau alpa terhadap orang yang kau sayang.

Sedarlah.
Sedarlah wahai.
Sedarlah wahai kawan.
Sedarlah wahai kawan tidak semua orang merasai nikmat ini.

Hargailah.
Hargailah dengan.
Hargailah dengan ikhlas.
Hargailah dengan ikhlas pada mereka yang menyayangi engkau.

Sayang. Hormat. Percaya.

06 August 2012

Penggulingan

Apakah ini
Produk akhir zaman
Yang pada mulanya
Mirip manusia biasa
Hingga tiba masa
Sisik busuk
Dan tanduk runcing
Dipersembah

Berlegar legar
Pintar bermain wayang
Menujuk dengan belati
Belaian renjatan elektrik
Itu sayang
Kau bilang
Kepala bana

Tidak kemana
Yang di bawah
Takkan diam
Membatu bodoh
Kerna pucuk
Takkan subur
Tanpa akar

04 August 2012

Syair perasan.

Tersebutlah kisah suatu ketika,
Seorang perawan buruan pujangga,
Diperhati dijaga setiap masa,
Menanti masa meluah rasa.

Pujangga mengerti situasi semasa,
Pelayaran perawan tidak sekata,
Sentiasa berjaga tak putus asa,
Asalkan perawan selamt di sana.

Ketentuan takdir adalah segala,
Yang kita rancang tak semua dicerna,
Reda dan sabar penambah perisa,
Begitulah juga jodoh dengan si dia.

03 August 2012

Coretan sampah.

Tiada istilah cuba melainkan seseorang itu mempunyai banyak pilihan dalam hidupnya.
Aku pernah rasakan itu.
Sehinggakan aku hilang tumpuan dan semuanya terbang ditiup angin.

Akan tetapi, satu lagi kelemahan individu di mana dia masih lagi dalam konteks mencuba walaupun dia dihantui satu pilihan sahaja.
Keadaan ini memaksa kita mempratikkan apa itu yang dimaksudkan keterpaksaan.
Kita terpaksa melakukannya kerana tiada pilihan kedua atau seterusnya.
Apa yang membezakan adalah kau buat dengan rela atau tidak.
Percayalah, melakukan sesuatu dengan rasa terpaksa amat2 tidak seronok.
Hilang kenikmatan.

Aku cuba menterbalikkan 180 darjah pandangan aku jika aku dalan situasi terpaksa.
Asalkan apa yang bakal aku lakukan, perasaan itu ikhlas.

01 August 2012

Waktu rehat.

Sunyi sepi seakan mati.
Kelongsong kapsul tiada yang huni.
Peristiwa kelmarin itulah yang terakhir.
Kapsul jiwa berhias janji.
Diikat diurai.
Dibina digadai.
Ada yang ditinggal basi.
Akibat retaknya hubungan.
Di tengah jalan.
Biarlah kosong.
Sampai masa akan dipenuhi lagi.
Tatkala hati sudah dihuni.

30 July 2012

Kebetulan betul.

Ini ajaib.
Atau epik.
Rasa pelik.
Aneh.
Tapi menarik.
Senyum.
Ketawa sedikit.
Semuanya sama.
Berhimpun.
Bawah satu payung.
Mereka awak engkau.
Bermula dengan satu abjad yang sama.
Harapnya aku tak salah.
Memilih siapa ratu hati abadi.
Kerana abjad pertama kalian.

29 July 2012

Dikoyak dikunyah.

Jarak dah sejengkal.
Darah pula menderu laju.
Nak bersua tapi takde modal.
Terperuk bodoh la kau di situ.

Malu malu malu.
Alasan dah tamat tempoh.
Sampai bila nal jadi kayu.
Nanti dah terlepas kau yang terbunuh.

Aku sakit hati.
Dah ada peluang tadi.
Kau pula yang koyakkannya.
Nasib baiklah hati ini belum milik sesiapa.

Suatu masa kitakan berjumpa juga.
Bertentangan mata.
Mengukir sejarah.
Itu nanti, aku pasti.
DIA yang mengendali.

24 July 2012

Pilihan pertama.

Kimpalan besi.
Petak bersegi.
Mula diperhati.

Kuncinya bersedia.
Merobek dara.
Bebaskan asmara.

Bisikan singgah.
Tangguhkan.
Biarkan.

Masanya tak sesuai.
Terbuai buai.
Kau pasti terabai.

Tunggu lagi.
Sampai nanti.
Hatikau aku jerati.

22 July 2012

Melekit.

Apa puas kau memonopoli pikiran orang bawahan kau dengan sesuka hati mengarah tanpa pertimbanhan dan hukum hakam. Apa kau pikir mereka semua tiada akal. Apa kau ingat mereka lembu yang di tambat. Kau langsung mengenepikan prinsip pemimpin terulung agama kau. Oh, mungkin juga kau tidak tahu langsung. Tonggang terbalik atas tikar sejadah, apa kau tidak rasa ada cahaya yang singgah. Keegoan kau dan kuasa yang kau ada menggalakkan pertumbuhan egois kau. Aku juga rasa yang persekitaran yang tercemar ini mendorong kau bertindak seperti akal di lutut.

Fikirlah.
Kau kena ingat rezeki tu bukan dalam not kertas saja.

21 July 2012

Masa sibuk yang amat sibuk.

Masa2 lapangku dirogol agenda hitam berkali kali.
Sudah dirobek, di kelar pula.
Memaksa aku menggunakan kotak nafas kecemasan.
Aku sendiri tidak tahu kemampuannya.
Entah2 esok aku sudah ke langit.

Selamat berpuasa kalian semua.
Aku minta maaf.
Telah aku maafkan kalian.
Sama2 kita mengejar barakah.
InsyaALLAH.

16 July 2012

Dia di sana.

Awak tak kasi saya dekat dengan awak.
Awak sekarang jauh dari benak saya.
Kenapa awak.
Saya ada conteng arang dekat hati awak ke.
Saya minta maaf.
Tapi awak memang jauh.
Simpang2 yang menghubungkan awak dengan saya dah tutup.
Saya berpusing dalam jalan sendiri.
Tinggi rendah diri saya, saya masih perlukan awak.
Saya rasa terpanggil mencanting apa saya rasa tatkala ini.
Mungkin sebab taraf.
Mungkin sebab darjat.
Atau mungkin sebab kasta hidup.
Pesanan ringkas awak sebelum ini berawangan dalam kotak fikiran saya.
Segalanya beruratkan lainnya kasta.
Jauh sekali dari soal hati.
Saya minta maaf sekali lagi.
Jaga diri.

14 July 2012

Pasar malam.

Lautan manusia mengalir dalam satu lorong.
Minda dikawal nafsu menguasai.
Kepul2 asap dan bau goreng gorengan.
Manusia dibawa ke alam yang penuh dengan sajian.

Aku tersekat dalam aliran.
Manusia di depan sudah ditarik kiri kanan.
Terhasut dengan wangian nutrisi kegemaran.
Perjalanan mesti diteruskan.

Betapa remuk hati.
Bila makanan yang dicari tiada.
Marah geram sebah hiba.
Songsangkan posisi melangkah pulang.

Oh putu piring.

12 July 2012

Lopak.

Pengguna payung tegar masih di situ.
Berdiri bagai dihimpit dua tembok batu yang menegak.
Statik.

Ada cermin di hamparan pasir.
Melawan pantulan dari bintang gergasi.
Menjerat bola mata lantas memerhati.

Itu lopak air.
Mustahil.

Pengguna payung tegar tidak berminat.

Datangnya manusia aneh.
Merangkak ligat.
Membawa penyedut minuman.
Terus dia minum dengan berahi.

Pengguna payung tegar sempat merilik kearah manusia aneh.
Senyum sinis dicampak.

Manusia aneh terus minum.
Sesudah kenyang, dia pergi.
Penyedut minuman dibiarkan.

Pengguna payung tegar masih mengharap air dari langit.
Dia pandang lopak.
Dia telan air liur
macam telan dengan halkumnya sekali.

10 July 2012

Rela tanpa paksa.

Bila aku label kau babi,
kau angkat parang.

Bila aku kata kau tiada akal,
kau serap patah kataku.

Padahal kedua duanya itu bukankah sama maksud ?

Berlagak macam nabi.
Tapi kau tak tahu nak beza
mana satu susu mana satu wiski.

Terima kasih tuhan.
Hatiku masih kukuh berpaut.
Walaupun diancam makhluk berakal
tapi pekak pemikiran.

Aku sayang tugas ini.
Sebab sulung kenapa aku masih gigih.


09 July 2012

Manisan abjad.

Enak sungguh meniti di atas setiap kata2 indahmu.
Rasanya setiap huruf di bawah seakan menghembus angin agar aku mengapung di awangan.

Nikmat tak terkata.
Andai kau melemparkan manisan2 abjad ini terus menerus kepadaku.
Bahgia kan jadi milik kita.

Aku boleh mati kerna lebihan gula dalam darah.
Tapi bukan dengan manisan ini.

Kau bikin bahagia dalam sanubari.

08 July 2012

Cebisan jiwa.

Binakan satu jiwa untuk aku merebahkan sendu yang menguasa dada.
Aku mahukan jiwa itu senantiasa di awangan memayungiku kemana pelusuk belukar yang aku redah.

Yang pasti struktur jiwa mestilah mampu bertukar segi mengikut situasi.
Agar isi di dalamnya tidak terkeluar sebelum sampai pada sasaran.

Serius, aku benar2 perlukan jiwa.
Senduku ini memerlukan pencetusnya segera.

05 July 2012

Payung rindu yang bocor.

Hanya puisi yang dapat dileraikan dalam kelongsong fikiranku.

Saat ini hujan menguasai langit yang gelap.

Dan setiap titisan hujan bersatu membentuk raut wajah kau.

Wajah yang sudah lama tidak aku tatap secara langsung.

Hanya gambar dan suara kau terkadang memenuhi kotak hidup aku.

Malam ini aku rindu kau.

Betul2 merindui kau, manis.

03 July 2012

Sepinggan keliru.

Aku sudah tahu.
Apa yang kau gambarkan dalam fikiranmu.
Selesai episod tadi.
Biarlah.

Aku sengaja.
Bukan derhaka.
Itu hak kau nak mendakwa dari bucu lain.

Kenapa biarkan diri separa nyawa.
Bergumbira kau dengan sisi empat segi itu.
Walaupun perut kau sebak.
Kemaraukan nutrisi.

Nikmati sahaja apa yang ada.
Aku tak mahu membazir.
Sifat gelap itu harus dihapus.

Kita tak tahu bila kita akan pergi.

Cemburu.

Banyak perbedaan aku dengan dia.
Entah apa yang kau lihat.
Aku musykil.

Warna kulitnya cerah lagi aku.
Pipih badannya berisi lagi aku.

Mengikut sahaja kehendak kau.
Mungkin itu yang kau suka, kan.
Tidak pernah mengeluh.
Apatah lagi membantah.

Sebenarnya aku cemburu.
Aku juga mahu begitu.
Berada di sisi kau senantiasa.
Sepanjang waktu kelam purnama.

Andai mampu bayangmu di alih.
Aku mahu diletakkan di posisinya.

Menjadi peneman dikala sepi.
Mencipta pelangi selepas hujan.
Sempurna.

01 July 2012

Kek cawan.

Dia datang membawa kek cawan.
Noktah.

Kek cawan pelangi bercampur rasa.
Noktah.

Mimik muka dia berubah.
Koma.

Mengikut setiap warna yang aku rasa.
Noktah.

Aku takut nak makan lagi.
Noktah.

Takut dia lari.
Noktah.

Lantas dia bersuara.
Koma.

Pembuka bicara.

Saya takkan lari.
Koma.

Selagi awak masih mahu menikmati kek cawan saya.
Noktah.


Penutup bicara.

Lantas aku bersihkan habuk di hati yang lama berhimpun.
Noktah.


Kek cawan kini sentiasa penuh di perut.
Noktah.

29 June 2012

Periuk nasi.

Melintas di depan periuk nasi manusia lain.
Sempat aku menjengah apa banyak yang mereka ada.
Lumayan.

Aku memposisikan diri menghadap utara.
Ramai kenalaku di selatan.
Malu jika ketemu.

Periuk disembunyikan songkok diterbalikkan.
Permainan psikologi menjadi ramuan.
Bersila meniarap bersandar.

Mungkin songkok akan penuh isinya di sini.

24 June 2012

Tak terucap sebenarnya.

Hubungan ini sangat bernilai.
Takkan terjual di mana2 hati yang lemah.
Tak mampu ditampung oleh tangan2 basi yang galak sendirian.
Ikatan yang ampuh lagi kukuh.
Memaut segala faktor pemangkin kejadian manusia.
Aku beruntung memilikinya.
Tiada tempat terbaik selain hati yang bakal hapus ini.
Matinya hanya di kerak yang melindungi segala isi.
Akan ku pastikan ia semakin bernilai sehingga akhirat.

Terima kasih, kawan.

21 June 2012

Siaran ulangan.

Kadang2 kau seperti ikan di dalam akuarium.
Kadang2 kau seperti kucing di dalam belaan.
Kadang2 kau seperti seniman di dalam kaca tv.

Apapun keadaan kau, aku hanya boleh memerhati.
Tanpa sentuhan.
Hatimu hanya kurasa melalui perasaan tanpa wayar.

Sila jaga diri.
Kau amat terhad dalam muka bumi ini.

18 June 2012

Laungan pengemis bahasa.

Aku bukan panglima.
Membimbit keris ke mana saja.
Memaku tanjak sentiasa di kepala.
Aku cuma hamba pada dunia yang hiba.

Suaraku tak semegah laungan pengkaji bahasa.
Yang ada hanya pena dan carikkan kertas.
Mendakwat setiap huruf yang membentuk.
Mengotori setiap selekoh bicara.

Maaf, bulatan ini tidak boleh di acu dengan segi empat.
Ia sudah tepu dimamah waktu.
Jangan cuba dilentur, pasti hancur.
Biar aku cari persimpangan lain di depan sana.

15 June 2012

Dugaan.


Datangnya tidak diperasan.
Bola mata terlepas pandangan.
Secelik mata ia menekan.

Setiap dugaan berakar alasan.
Menguji sang khalifah akan kesabaran.
Sekuat mana amalannya pada tuhan.
Merintih pedih penuh sesalan.

Sabarlah, kawan.
Jangan putus memohon jalan.
Hitam dan putih akan bergiliran.
Semoga terus berteman awan.


14 June 2012

Punya orang.

Sepertinya mereka mahu berhenti dari berfungsi.
Antara mereka ada yang teruja.
Pancaindera ku berlagak aneh.

Mata.
Telinga.
Lidah.
Hidung.

Mereka menunggu sesuatu.
Kejutan yang memberi harapan.

Seraya mereka memberi laluan.
Tanda selamat datang kepada penghuni hati yang baru.

13 June 2012

Mak-mal saya.

Saya suka berada dekat mak-mal.
Macam2 saya belajar dari mak-mal.
Mak-mal tempat saya menggali mata pencarian.
Saya sayang mak-mal.
Tiap hari saya bersihkan mak-mal.
Susun segala organ2 dalam badannya.
Saya suka tengok mak-mal bersih.

Tapi.
Ada orang hatinya persis bangkai.
Mereka buat mak-mal macam pelacur.
Menodai mak-mal tanpa hati perut.
Kasihan saya tengok mak-mal saya.
Terbarai macam tak pernah dijaga.

Saya tahu tuhan mesti balas orang itu.
Sebab aniaya mak-mal saya sebegini.
Mak-mal saya pelacur dari mata mereka
tapi bukan dari mata saya.


12 June 2012

Potret.

Berjalan seorang diri.
Beratapkan payung konkrit.
Kelajuan hidup semakin dicabar.

Lorong kecil menarik perhatian.
Kurapati dengan penuh prasangka.
Apa jalannya sehala atau aku perlu berpatah balik.

Sisa2 keberanian aku habiskan semuanya.

Mata memikul tugas, otak memain peranan.
Merakam segenap ruang tanpa terlepas.
Mentafsir detik2 penuh makna.

Seperti ada yang memanggil.
Sekeping potret mirip watak dalam mimpi.
Jam yang ligat berputar bergerak perlahan seperti dirancang.

Aku ingin membawa pulang.
Tapi potret ingin di situ.
Masih mahu di perlihat manusia lain.

Cemburu.

Sempat ku ukir namaku pada bingkainya.
Pergi dengan kepastian kau akan kumiliki.


11 June 2012

Pergi yang indah.

Terowong tiba tiba gelap.
Cahaya di hujung jalan lenyap.
Titi yang asalnya teguh mula rapuh.
Angin negatif kini menawan ruang.

Langkah diterbalikkan.
Ke simpang sebelumnya.
Ada cahaya di sana.
Jalan ke depan yang benar.

Mungkin.

Semakin ke belakang semakin hilang.
Angin negatif tidak lagi menyentuh pipi.
Aku perlu bersiap diri.
Meneruskan kesan yang kekal berbekas.

InsyaALLAH.
Impian yang terpaku takkan tertanggal.

09 June 2012

Rapuh bertuhan rindu.

Ibu.
Dilabel ratu.
Setianya satu.
Bersama kamu.

Ke mana saja selalu.
Susah senang berkongsi bahu.
Senda tawa diadun padu.
Menikmati dunia tanpa silu.

Sampai masa kau tinggal ibu.
Berbekalkan restu.
Memburu ilmu.
Menderas lalu.

Kau mesti rindu.
Tersedu sedu.
Berteman pilu.
Merindu ibu.

Tabahkan hati jitu.
Tetapkan niatmu satu.
Sasaran harus dituju.
Mahu jadi kebanggaan ibu.

Teruskan pejuanganmu.
Jangan sedih sedih. Ibu sayang kau.


08 June 2012

Bukan nak balas. Ini keterangan.

Kali ni aku macam nak mencerna diri.
Tadi terbaca ada satu entri.
Rasa terpanggil nak bermain emosi.
Membongkar situasi yang sudah dimanipulasi.

Bab kendali memori memang lelaki lemah.
Nak buat umpan pancing bekas kekasih bukan mudah.
Bila kau dah perasan, tegurlah dengan berhemah.
Jangan sampai buka pekung sendiri sudah.

Apa salahnya berkongsi kasih.
Lainlah buat kau rasa tersisih.
Cuba pun belum kau dah nak sedih2.
Asalkan kita tahu kat mana mahu kembali bila pedih.

Lelaki adakala suka mengungkit.
Tujuaanya bukan nak kembalikan sakit.
Menguji juga kelebihan kaum yang makin hari sikit.
Maaflah kalau kami buat korang perit.

Jangan layan kalau mudah terima.
Nanti kau juga yang merana.
Kalau dia ajak bual buat2 je ada.
Pisahkan otak dari telinga.

Setia bukan pada seorang.
Setia adalah pada setiap orang.
Kami suka mencuba.
Makin tinggi risiko, makin kami teruja.

Maafkan kami, wahai si tulang rusuk.
Hati ini terlalu besar untuk kau jaga.
Ada yang masih dahaga di luar sana.
Kau tak boleh terima, tolong fikir lagi sampai boleh terima.

07 June 2012

Pentas dalam kaca ilusi.

Aku penonton.
Memerhati kau dari kaca ilusi.
Memonopili kegembiraan sekeliling.
Kau tak pernah hampakan peminat ini.

Pentas berseni halus.
Bijak kau memanipulasinya.
Dengan jalan cerita yang beralun molek.
Aku tak perlu sinopsis untuk ini.

Aku tak puas menonton.
Jangan kau hentikan propa ini.

Terus berada di dalam kaca ilusi.
Kerna ini sudah jadi separuh nadiku.

06 June 2012

Misbah yang gelabah.

Berlari lari anak ke tapak semaian.
Cangkul yang disemat sejak tadi memecah ikatan utuh tanah tadi.
Ghairah.
Bertalu talu dia menghayun.
Selesai sudah, benih di campak.
Terus ditimbusnya dengan lincah.
Dibentang kerusi malas.
Payung pasar tani juga.
Dengan segelas jus oren.

Jam tangan ditilik setiap saat.
Peluhnya keluar bukan kepalang.
Jus oren habis disedut.
Sempat dikunyah sekali strawnya .
Dia marah.
Habis tunggang terbalik kerusi dibuatnya.
Mata yang merah tertumpu pada tapak semaian.

Dicaci dimaki hamun sepenuh hati.
Benih tadi tak bercambah rupa.
Dipijak pijak tapak semaian dengan emosi.
Tanpa sedar, pesanan ringkas jatuh dari langit.
Dikoyak sampul surat itu.
Tersembul keluar lima huruf.
S-A-B-A-R.

Dia masuk rumah.
Ambil wuduk.
Terus pergi mengaji.


05 June 2012

Manipulasi pancaroba.

Aduh.
Sakit mata tengok belangkas tersimpul di mana mana.

Aduh.
Berdarah telinga dengar ayat ayat cinta yang berahi.

Aduh.
Patah hidung bau cecair haram yang kau gendong itu.

Aku taknak lihat semua itu.
Aku terpaksa.
Apa aku boleh lakukan.
Dari terus deriaku di siksa.

Aku menjerit.
Membalas semua sakit yang kau beri.
Jerit dan jerit lagi.
Sampai kau benci berhenti dan pergi dari sini.


04 June 2012

Jangan terus pegun di bawah.

Kenapa perlu sembunyi tangisan.
Tangisan itu menenangkan.
Linangan air mata yang mencurah usah di tahan.

Membawa segala dendam yang bermastautin di hati.
Menghakis kerak kerak amarah yang menggunung.
Menyapu debu2 kesedihan yang berlegar ke sana ke mari.
Menyemarakkan larva gembira dalam kehidupan.

Tak perlu malu.
Rugi.
Jangan segan.

Roda tetap akan berputar.
Susah senang silih berganti.
Lambat laun kau akan menangis juga.


03 June 2012

Balik semula.

"Awak, balik semula boleh ?"

"Awak ingat ni PES 2012 ke suka2 nak balik semula ?"

"Kali ini je. Balik semula eyh."

"Sudah la awak ! Buang masa tenaga saya je nak teruskan hubungan ni dengan awak"

"Tapi awak...."

"Saya taknak ! Tolong hormat keputusan saya !"

Beg yang di bimbit dari tadi diletakkan atas meja. Kata laluan siap di padankan. Kedua dua ikatan mula dileraikan satu persatu. Kemas dan teratur. 

Delima masih berdiri masam di situ.

Budi mengeluarkan sesuatu berbentuk kiub dari beg tadi. Dilipat tangannya ke belakang untuk mencapai sejambak tulip putih yang diselit di belakang kerusi sejak tadi. Budi mempersembahkan kiub tadi dan dibukanya perlahan lahan di hadapan Delima. 

Sebentuk cincin bermatakan berlian berbentuk tiga segi yang membawa maksud 'Play'. Tanpa merugikan sesaat pun, bunga tulip putih seterusnya menjadi haba untuk mencairkan hati juwitanya. 

"Awak, balik semula eyh. Saya suami dan awak isterinya. Kita..."
 
Tidak sempat Budi menghabiskan ayat yang sekian lama dihafal, air mata Delima berlumba lumba mengalir lantas tubh Budi dirangkul kuat.

"Awak melatah ?" sempat Budi memerli Delima.

"Awak niiiii !" diketisnya lengan Budi sekuat hati. 

"Lepas ni takde balik semula lagi tau"

"Iya, sayang."
~~~~~~~~~~

Usai makan, aku bawa kisah ini kepada mereka2 yang lain yang laparkan cinta.


 

Dialog hidup.

Burung tak pernah berhenti berkicau.
Ayam tak pernah mengeluh berkokok.
Kerana mereka tahu itu kehidupan.

Ikan tak berhenti berenang.
Kukan tak berhenti menyerang.
Mereka faham tiada ertinya hidup tanpa itu.

Silih malam berganti siang.
Kehidupan terus menderas laju.
Melepasi segala hentian tanpa kasihan.
Abaikan alpa.

Pergi dan pergi.
Jamah setiap yang ada.
Berdiri di batasan agama.

Dinding impian yang kau letupkan
mula menampakkan retak.

Ayuh.

31 May 2012

Resepsi separa isihati.

Senyuman itu.
Memang aku yang lirikkan pada wajahnya.
Tapi bukan untuk aku.

Aku tahu.
Dia ada seseorang.
Yang selalu dia perhatikan.
Yang dia sembunyikan dariku.

Aku tahu.
Tapi ada yang kau perlu tahu.

Bahagia yang kita bersamanya cipta adalah usaha.
Si dia yang kita ada adalah ganjarannya.

Memberi kebahagiaan dengan iklas tanpa harapkan ganjaran itu sangat seronok.
Lagi2 bila kau menikmatinya.

Dan kau pun seronok juga penyudahnya.
Percayalah.

Aku dah rasa dan aku sedang menikmatinya.

30 May 2012

Pembunuhan perasaan.

Kedai kusam bewarna kelam bangkit dari pekatan malam di bandar yang hampir tenggelam.
Ramai yang berpusu pusu tanpa malu tersenggol kuku menerpu sebuah rekaan baru.

Warnanya putih tapi tak jernih mirip wajah sang pemilih.
Seakan penyelamat untuk mereka yang tersumbat dengan kecelaruan perasaan.

Muram suram riang girang sedih pedih pahit perit manis romantis semuanya terlerai dijual.
Untung yang teramat menjual azimat untuk dunia yang kiamat dengan segala sifat.

Dunia sebelum ini layu bertalu mendayung ruang2 rindu berlalu dari situ.
Akibatnya manusia hilang identiti personaliti peribadi, buntu merembeskan isi hati.

Mujurlah tuan kedai pandai menilai andaian.
Mencipta inovasi yang bakal menyuntik hak2 asasi yang selama ini basi.

Pelanggan keluar dengan rasa padu meneruskan hidup bekerja dan beradu.
Berbangga dengan rasa yang ada menggila riak di sini sana.

Walau ada satu perasaan, cukup membuat rakyat hidup aman berpasukan.
Kedai topeng semakin laris menjadi rebutan pengemis hingga si kaki kikis.


27 May 2012

Demam.

Peluh menitik deras.
Sepertinya suka dibebaskan.
Mengalir di setiap sudut.
Menjamah sisa sisa tubuh yang bila bila akan pergi.

Sedikit demi sedikit noda di hati dikikis.
Sekali sekala masa lalu menerawang di fikiran.
Badan terlalu lesu.
Semoga cepat sembuh, diri.

25 May 2012

Keranda untuk mereka.

Kaku.
Menggerutu.
Dilibas bertalu talu.
Aku masih seperti dulu.

Aku tak mahu dikenali.
Apa salahnya begini.
Menangis sendiri.
Menyepi.

Biarlah mereka mendabik dada.
Berdiri megah di astaka mega.

Aku ada pena, aku ada kertas.
Sebagai senjata menentang penindas.

21 May 2012

Awak, bulan Rejab dah datang.

"Awak2, esok dah masuk bulan Rejab. Boleh saya meminang awak ?"

Goreng pisang yang terlilit kemas di tangan tiba2 terlerai jatuh ke tanah. Tersedak Kenanga mendengar kata2 yang terpancul dari mulut Tuah. Walaupun persekitaran taman permainan ketika itu riuh rendah dengan gelak tawa kanak2, telinga Kenanga cekap menangkap setiap patah kata.

Mereka berdua asyik bermain buaian. Makan goreng pisang. Menghadap struktur2 binaan yang mesra kanak2.  Tak berkelip mata Tuah memandang Kenanga. Memfokus tajam menggali jawapan dalam diri Kenanga. Kenanga hanya tersenyum. Dihulur goreng pisang pada Tuah. Sefokus fokus Tuah pun, dia tak menolak goreng pisang itu.

Mengunyah dengan penuh perasaan. Mata Tuah tidak lagi memandang Kenanga. Di alihnya kepada kanak2 yang lena dibawa layaran imaginasi masing2.

"Awak taknak jawab ? Dulu awak cakap bila tiba bulan Rejab, saya boleh meminang awak. Awak tipu saya ?"

Giliran Kenanga memandang Tuah dengan seribu satu perasaan. Kali ini Tuah menolah goreng pisang pemberian Kenanga.

"Awak tak suka saya ?"  Tuah memulakan bicara dengan nada seperti di slot akasia.

"Saya suka awak." Kenanga tenang menjawab.

"Habis, jawab la soalan saya."

Entah kenapa Tuah berlainan sedikit petang itu. Kedua dua mereka kini berada dalam dunia lain. Suara kanak2 tadi makin lama makin tenggelam dek situasi.

"Awak, kita kan baru tingkatan 3. PMR pun belum ambil lagi. Sekarang ni kita fokus pada pelajaran dulu ya."

"Bila saya bolek meminang awak ?" Tuah masih tidak puas hati.

"Bulan Rejab. 10 tahun lagi. Awak nak menikahi saya terus pun takpe." Kenanga melirik senyuman penuh kepastian.

"Baik, saya pegang kata2 awak. 10 tahun lagi saya datang meminang awak ye." Tuah cair. Hatinya betul2 dicuri.

Dikeluarkan telefon bimbit dan ditetapkan pada 10 tahun akan datang agenda penting sepanjang hidupnya. Bulan Rejab yang bakal menyatukan hatinya.



20 May 2012

Seni mencuri hati.

Bila masa perlu kenal isihati.
Hanya perlu masa.
Persahabatan.

Tak mati kalau tak jadi makwe pakwe pun.
Menambah amalan dekat buku kiri adalah.
Pergi meninggal sama pengorbanan vagina.
Yang kononnya bukti cinta sejati.

Kepercayaan bukan calang calang.
Faktor utama kecurian hati.
Kunci segala kongsian naluri.

Doa dan amalam kena seimbang.
Tikar sejadah jangan lupa bila bersembang.
Jodoh kejutan segala kejutan dari-NYA.

Sabar. <3


19 May 2012

Dendam kesimat mengurat celaka.

Kalau gagal untuk bertenang,
Belajarlah untuk berenang.

Kalau hidupmu penuh cemburu,
Relakan tubuhmu belajar memburu.

Kalau engkau hidup dalam kurungan,
Ayuhlah ikut serta dalam pertarungan.

Kerna bila nanti,

Kau tak tersungkur bila tersekat.
Luka kau tak dalam bila ditikam.
Kau masih ada nafas bila direndam.



18 May 2012

Si jalang di balik pintu.

Dia berdiri penuh megah ketika berjaya menawan mangsanya yang kesebelas. Puas. Segala usaha yang dibuat selama ini amat berbaloi. Lelaki itu masih tersungkur di depannya. Di keluarkan belati buatan Thailand dari sakunya dan merobek keras dada lelaki itu. Satu lagi hari berjaya dihiris.

Gayanya tak tumpah seperti primadona melayu. Melambung senyuman sepanjang masa. Punyai komintmen kerja yang sangat tinggi. Kadang2 dia takde masa mahu membelai dirinya sendiri. Perempuan metropolis. Soal cinta sudah tiada erti baginya. Tertimbus dalam akibat masa lampau.

Soal lelaki usah di tanya. Kalau ada lemari khas untuk menyimpan koleksi, pasti lelakilah yang akan memenuhi segenap ruangnya. Apa saja aset yang diimpikan lelaki, semuanya dia punya. Kalau ada lelaki yang tak melihatnya, pasti samada lelaki itu tiada nafsu ataupun dia buta. Dia bijak mengawal setiap biji mata jejaka semalaya. Seakan ada alat kawalan tanpa wayar yang mengawal tindak tanduk kaum adam.

Malangnya primadona itu punyai sifat yang berkeladak. Kotor. Setiap kali ada lelaki yang menghampirinya, dia seolah2 bertukar hantu. Sasaran utamanya adalah harta.

Setiap inci kad kredit. Setiap helaian wang kertas. Setiap bentuk kunci diperhati dan diambil dari pemiliknya secara lembut bermodalkan kata kata semanis madu menyirami fikiran mangsanya. Pergi mampus sama cinta. Asal ada duit, dia boleh bernafas seperti biasa. Aktivitinya berterusan sehingga mangsanya tunduk ditimpa hutang berjela.

Ditinggalkan saja mangsanya itu tanpa segan silu serba salah. Mengkontang kantingkan hidup sang pria dengan kemas. Berbekalkan dendam yang berselirat.

Akibat kehitaman hidupnya yang dulu, dia makin galak menoreh setiap ketul hati lelaki yang menghampirinya. Entah sampai bila. Mungkin sampai bila2.


16 May 2012

Kek rahsia di atas meja.

Satu dulang kek terhidang di atas meja.
Berlapiskan rungutan, pujian cacian dari pelajar2 nya.
Berwarna gelap sedikit.
Mungkin jasanya agak malap ketika berbakti.

Di atas kek terlapis krim bewarna merah jambu.
Meleleh kemas membaluti permukaan.
Untunglah masih ada yang percaya dengan pengorbananya.
Mendidik dengan sayang dan kasih yang selari.

Buah buahan turut mengambil bahagian.
Bemodalkan rasa dan tarikan warna yang tersendiri.
Jasa guru disedari pihak atasan.
Dikalungi penghargaan sebagai pencetus semangat.

Ada banyak lagi kek yang aku temu. Lain jenis, lain diskripsinya.
Kerana guruku adalah penyumbang corak warna pada kain putih hidup ini.

15 May 2012

Menunggu bulan di riba puan.

Adapun sekali itu.
Sewaktu aku sembunyi menanti kau lalu di depanku.

Cakap depan2.
Hati gemuruh tak terkata.
Tengok engkau senyum.
Ketawa.

Aku pernah alami persekitaran sebegini.
Interaksi dua hala tanpa bertentang kornea.
Tanpa medium lain di hadapannya.
Waktu itu sudah ku tiup jauh di awangan.

Tapi kali ini kau datang.

Datang dengan jemputan halusinasi.
Gelombang hati bersama frekuensi.
Membidik kau jauh ke mari.
Mengenal budi insani.

Entah bila aku akan jumpa kau lagi.
Aku tak puas dengan teknologi.
Aku gian akan tradisi.
Yang selarikan hati dan sanubari.

Akan ada masa itu.
Aku yakin.


Tiada tajuk yang teguh untuk kali ini.

Malam tadi macam ada satu buku tiga lima jatuh atas riba aku. Di dalamnya tertulis madah2 yang macam aku tulis selama ini. Madah2 yang timbul dari benakku. Yang wujud dari imaginasiku. Yang aku anggap itu khayalan  insani.

Buku itu aku campak ke tingkap yang tidak pernah di buka. Tiba2 ada suara terpancul dari buku itu. 

"Ini serius"
"Tidak lah" kataku..
"Cuba kau pergi turun sana"
"Nak buat apa ?"
"Kau pergi dulu, tengok"
"Ok2. Jom"

Aku bawa sekali buku tiga lima bersama. 

Selang 10 kaki hendak ke sana, aku nampak warna2 pelangi. Nak dikata 'nyan cat', penipu sangat. Tapi cantik. Dengan gopoh2 aku ke sana. Dan ternyata buku tiga lima berkata benar walaupun ia tiada akal. Rakan2 sekerja bergilir2 mengerah tulang temulang

Tangan bersilang pangkah menghulur apa yang diperlukan. Pangkat disitu sudah tiada erti. Tak endah berapa banyak peluh di titiskan. Mata fokus tak terpaling. Kadang2 aku dengar gurau senda. Hilai ketawa dari khalayak mereka. Patutla ia berwarna warni.

Aku masuk balik ke sarang dengan senyuman yang tak lekang dari tadi. Seronok.
Apa yang aku imaginasikan ternyata ada lama realiti. Alhamdulillah. Masih ada lagi yang faham apa itu kerjasama. Ingatkan wonderpets je yang tahu. Hehe.
      

14 May 2012

Otak calar gara2 dari kekolotan kaum sendiri.

Kolot.
Kau memang kolot.
Tolong simpan kolot itu.
Aku tak mahu sama kolot dengan kau.

Bodoh.
Bodoh kau memang tinggi.
Makin tinggi bodoh kau bila kau paparkan.
Tak perlulah berkongsi kebodohan itu dengan ku.

Gopoh.
Apa yang kau kejar sangat.
Pangkat atau bodoh kau yang dah takluk diri.
Ikut sangat apa bos kau yang belagak pandai tu perintah.

Memang aku diam.
Memang aku tak kuat.
Aku akan menangis.
Apa saja itu sebab aku taknak jadi sekolot bodoh gopoh engkau.

Biar air mata yang basuh najis2 yang kau cuba kongsikan.
Biar amarah ini yang membakar virus2 yang kau lemparkan.

Pegilah mampus sendiri dengan segala mazmumah yang kau banggakan.

13 May 2012

Mak Orkid.

Tiang seribu menjadi peneman Mak Orkid semenjak pemergian Pak Wira menghadap illahi. Mereka dikurniakan 5 orang anak. Yang pertama, lelaki. Keduanya, perempuan. Ia berselang seli sehingga yang ke 5.

Sudah 5 tahun Mak Orkid tinggal bersendirian.
Berkebun.
Menyiram pokok bunga.
Menjahit.
Mak Orkid sendiri mengerah keringat untuk meneruskan sisa2 hidupnya.

Mak Orkid bukan orang Felda yang setiap bulan dapat elaun. Mak Orkid terlepas pandang dari kru2 Bersamamu kerana Mak Orkid tinggal betul2 di hujung kampung. Jalan hendak ke rumahnya pun arwah Pak Wira yang corakkan.

Mak Orkid tak pernah lupa harijadi anak2nya. Setiap kali tiba hari kelahiran salah seorang dari mereka, Mak Orkid akan ke pasar. Membeli bahan2 untuk membuat pulut kuning dan kari dal. Mak Orkid tak pernah tertinggal walaupun sekali pun nak sambut harijadi anaknya.

Hari itu adalah harijadi anak perempuannya yang bongsu.
Anggerik namanya.
Wajah persis Mak Orkid sewaktu muda.

Mak Orkid terlena selepas sembahyang subuh membuatkannya bergegas siap untuk ke pasar. Takut kehabisan pula bahan2 yang hendak dibelinya.

Sementara menunggu pulut kuning siap, Mak Orkid mengeluarkan sebuah album lama yang tersusun rapi di kabinet usang. Tertulis di depannya 'Anggerik'. Mak Orkid buka mukasurat pertama serentak dengan air matanya jatuh di celahan gambar anaknya. Gambar Pak Wira menggendong Anggerik lagi membuat hati Mak Orkid tak keruan.

Setitis demi setitis
Menatap warisannya yang bersarang di hati
Mak Orkid tak tertahan lagi
Di katupnya album yang kuyup dibasahi.

Pulutnya entah ke mana. Kari dalnya tidak bersapa. Mak Orkid hanya mahu anaknya pulang. Terkadang, wajah arwah Pak Wira menjadi penemannya dikala sepi.

Kedutan di wajahnya tak pernah pun anak2 Mak Orkid lihat.
Rumah usang yang pernah dihiasi dengan gelak ketawa, kini tidak lagi.
Begitulah hari2 Mak Orkid semenjak anak2 nya tidak lagi pulang.

Sampai bila Mak Orkid akan bertahan, tuhan saja yang tentukan.


12 May 2012

Dominasi kerjaya.

Ada 3 orang.
Satu yang rajin.
Satu yang lurus.
Satu yang lama.

Yang rajin rehatnya tak pernah lebih.
Yang lurus memanjang kerja tak ingat rehat.
Yang lama entah bila kerjanya pun tak pasti.

Yang lama suka dengan yang lurus.
Sebab kerjanya lurus yang buatkan.
Yang rajin tengokkan aja.
Takut ditegur nanti tangan naik muka.

Yang lurus hidupnya hanya kerja.
Pagi petang siang malam otak dimonopili tugasan.
Nak bernafas pun kena tengok jam.
Takut kerjanya tak siap.

Bos besar suka yang lurus.
Boleh memperkotak katikkan fikirannya yang sedia maklum.
Bos besar pun macam yang lama.
Cuma mereka tak tahu yang mereka sama.

Bos besar suka buat kerja.
Betul atau tak, takde siapa tahu.
Bos besar tak amalkan demokrasi.
Apa orang bawah cakap, dia iyakan dengan mulut sahaja.

Yang rajin tak suka bodek.
Sebab dia kerja atas dasar ibadah.
Yang rajin nampak kerja berpasukan makin kurang.
Yang rajin cuba merubah situasi.

Semoga berjaya, yang rajin.

10 May 2012

Belakang tabir malam gala muzikal.

Selepas malam gala muzikal dari pemain biola itu, aku tidak lagi berjumpa degannya. Padahal ketika majlis, ada saja peluang untuk aku menghampirinya. Sekarang hendak menyesal sudah tidak guna. dari jauh saja aku perhatikan susuk tubuh serta lenggok bicaranya. Kadang2 dia ketawa menutup barisan giginya yang tersusun rapi itu.

Bila lagi aku dapat ketemu dia. Satu capaian informasi pun aku tidak dapat. Namanya pun aku hanya dengar samar2. Entah Bedah entah Munah. Sudah. Fikiranku dijajah manusia asing lagi. Apa harus aku lakukan. Meroyan seorang diri itu buang tabiat namanya. Malam itu aku gagal melelapkan mata.

Pagi2 lagi Kiki dah mengiaw macam nak minta penampar. Tanpa gosok gigi, aku selak langsir baldu buatan Indonesia memerhati apa sebab binatang mamaliaku berkelakuan separa normal. Apa gila dia mengiaw sampai satu taman perumahanku dengar.

Kulihat sepucuk surat melekat di dahi Kiki. Patut la dia mengesot2 kepalanya di lantai tadi. Siapalah yang jahanam sangat buat kucing aku macam ni. Memang terbelah muka dia aku kerjakan. Sampul tadi aku buka. Ia mengandungi satu gambar berukuran pasport dan... arghh ! Ini perempuan malam tadi. Kenapa dia baling surant ke arah Kiki ? Aku terus lupakan azam aku nak membalas dendam tadi.

Di belakang gambar terdapat satu pesanan ringkas yang dieja dalam huruf jawi. Hanya 5 6 baris tapi hampir satu jam aku membacanya.

Aku masuk dalam rumah dan mencari bantal dan menangis teresak2. Mujurlah dinding rumahku ditampal bekas telur. Orang luar takdelah dengar rengekan aku ini. Aku kasi Kiki gambar itu dan Kiki seronok menghancurkan semuanya. Terngiang2 apa yang aku baca tadi.

"Jangan tunggu lama2
Nanti lama2
Dia diambil orang."

09 May 2012

Kontroversi manjalara dan skandalnya.

Berjalan lenggang keliling pinggang bersama pasangan menuju ke seberang.
Tak menoleh sedikit kerana hati sudah tertoreh oleh penjual ondeh2.
Tangan tak lekang digenggam kemas tatkala diramas takut pasangannya dirampas.

Diselidik demi membidik sahsiah moral siapa yang mendidik.
Maka terpampanglah jelas hubungan mereka yang hanya sekadar pergaulan bebas.

Susah nak terima kerana tingkah laku mereka seperti orang yang halal hubungannya.
Tak endah pandangan orang, bebas menayang apa yang tidak terbayang.

Dua percubaan berjaya menangkis terhentinya darah bulanan sang perawan.
Malam yang ghairah yang selalu basah bertukar gundah.
Spermanya kini di tempat sepatutnya.

Perawan bingung, pasangannya usah berani ditenung.
Berkelahi seperti tidak pernah kenal hatibudi.
Akhirnya menangis sendiri bersebelahan wang diberi.

Nafsu berkuasa bila cinta terleka.
Mula bertakhta sewenang wenangnya.
Sulami cinta berlaras agama.
Kerana tuhan ada di mana mana.



07 May 2012

"Awak, awakkan lelaki."

"Awak, tolong ambilkan pemadam tu."

Nampak biasa, kan ayat nih. Cuba bagi sesama lelaki yang cakap. Agak2 apa korang nak label dekat mereka ? Mesti orang cakap mereka ni kaum2 yang lembut dek terlebih softlan. Heh.

Macam ni lah mentaliti sekarang. Bila kita bahasakan 'awak saya' dengan kawan2 mesti orang pandang senget. Ini paling nampak jelas pada lelaki lah. Yang perempuan aku rasa takde masalah.

Bila lelaki cakap 'saya awak' dekat perempuan, maksudnya dia nak mengurat la tu.
Lagi2 perempuan tu dah lama dia kenal. Bagi yang baru kenal, itu salah satu seni komunikasi.

Bila lelaki cakap sama lelaki 'saya awak', lagilah macam2 gelaran keluar. Tak sanggup aku nak tulis.
Haha.

Zaman sekarang ni mungkin sudah ramai yang menaiktarafkan fikiran mereka. Mereka mula terima pakai sukukata yang tercipta sejak zaman tuk nenek itu lagi. Di sebabkan segelintir manusia yang sombong, ia agak tenggelam digunakan. Kasihan betul.

Tatabahasa serta tuturkata itu tak salah. Yang buat orang meluat bila intonasinya tidak sesuai dengan keadaan. Itu yang menambahkan bilangan golongan sejenis nih. Bila kau cakap macam tu, perbualan kau nampak lebih elok. Lagi2 bila mahu berurusan berbillion2 ringgit. Haa, nampak.. nampak.

Saya harap awak, awak dan awak yang mental sempit lagi tu, cepat2 lah terima balik apa yang meluatkan awak nih dulu. Saya tak kisah nak ber awak saya, asalkan awak tak gedik2 macam nak minta kaki.
Kalau awak comel macam sara ali takpe lah. Hewhew.



06 May 2012

Mendayu2 suara mem tauu.

Permaidani merah.
Atap serambi.
Set2 mengkuang terhias di atas gobok.

Tempat berlabuh siap sedia.
Hanya menanti objeknya tiba.

Indah tak seperti sebelumnya.
Tapi janji ini akan selamanya.
Ucapan selamat datang terhias di sini sana.

Jeriji emas tersimpul membentuk tangga.
Menyambut tetamu yang entah siapa.

Selamat datang, cinta.

05 May 2012

Malam tadi malam seperti biasanya.

Pagi buta hujan menerpa.
Basah kakiku akibat malas nak tutup tingkap.
Setiap organ seperti menolak2 tidak mahu bergerak.
Mungkin akibat malam itu. Hmm.

Melihat apa yang kau ada.
Diri ini rasa makin papa.
Tak muat untuk kau berteduh.
Tak mampu untuk mendukung.

Rasanya kau tahu apa yang aku mahu.
Tapi aku diselubungi keraguan.
Yang membebankan aku. Tersungkur.

Ini terlalu awal.
Paradigma masih boleh lagi dianjak.

Balik semula. Ya.
Ada yang silap pada langkah pertamaku.

Apapun responnya, akan diserap dengan fositif tanpa egois.
Dan kau perlu beri peluang itu, kawan.

04 May 2012

Menulis.

Angkat pensel.
Asah.
Tulis.

Setiap kali bila memulakan
otak seakan kosong.

Seperti ada pintu2 yang sendiri buka
di keliling ruang imginasi.

Tangan masih menulis.
Membawa satu persatu molekul berperasaan
menjengah masuk ruang beribu dimensi.

Seronok tak ingat.
Mau saja aku masuk ke ruang itu sekali.

Jawapannya mustahil.
Pensel jatuh.
Pintu terkatup.

Aku tak puas lagi.
Helaian kertas diterbalikkan.
Aku menulis lagi.

Memandu masuk segala imaginasi.
Sehingga putihnya kertas hilang.

01 May 2012

Pasangan mengongkong punca kemurungan.

Dah macam tajuk dalam mingguan malaysia sisipan pendidikan la pulak. Haha. Rasanya bunga2 dekat otak aku semua dah gugur jadi aku mandul nak menulis puitis2 untuk kali nih. Aku rasa ini benda ramai tahu. Tapi aku tetap nak menulis sebab harini satu hari aku berhibernasi menghayati liburan hari pekerja.

Memang tidak dinafikan yang setiap kita pernah senarai pendek mahupun panjang ciri2 pasangan yang mereka mahukan. Ada segelintir yang sentiasa menokok tambah ciri2 ini selepas mereka menonton cerita2 sekroni vanila coklat. Mereka2 sebegitu sebenarnya sudah hampir ke alam dongeng. Dah parah dalam ertikata lain.

Benda2 itu bukan tak penting. Kalau kau pandang dari dimensi kemotivasinan ia sangat membantu. Apa yang aku nak cakap di sini, yang paling osem segala osem adalah dapat pasangan yang memahami. Walaupun mereka tidak ada minat yang sama dengan kau, mereka faham kau.

Tak perlu nak minat pun kalau nak faham.

Dari memahami jugalah kita dapat jauhi dari jangkitan dikongkong mengongkong. Bila kau tak faham pasangan kau, mulalah timbul cemburu. Lepas tu kau rasa diri dibiarkan gantung tak bertali. Lepas tu kau sentap kemana2. Lepas tu kau marah2 dia tanpa usul periksa. Lepas tu kuasa nak kongkong tiba2 datang memahkotakan amarah kau.

Padahal pasangan kau tu nak pergi main kereta kontrol je kot. Sampai macam tu sekali kau suspek dia. Ish.

Dah malas aku nak tulis. Kita ke kesimpulan. Yang rasa kena kongkong tu, aku sarankan keluarlah dan dan hayati zaman kegemilangan kau dulu. Nampak sangatlah ada sebab dalaman kenapa pasangan kau terima kau dulu. Kan.

Siapa2 tiada hak untuk mengubah. Kau taknak faham dengan kau tak faham itu lain. Tak boleh nak faham tu lagi parah. Kalau tak faham, boleh tolong dia fahamkan. Kalau pasangan kau taknak faham, cari lain. Habis cerita. Bye.

Pisau Cukur.

Tingkah lakunya boleh mencairkan setiap yang terjerat.
Tujuan utamanya adalah mengikis semana boleh kudratnya.
Macam mana dia mengikis selepas mencairkan, itu aku tak tahu.
Pengalaman mungkin.

Tiada majikan.
Tiada slip gaji.
Tiada mana2 potongan.
Inilah jalan pintas ingin hidup berkipaskan wang.

Bersusunkan kata2 manis yang sempurna bagi lelaki
Bermodalkan susuk tubuh menggiurkan bagi wanita.
Bijak mengatur strategi tanpa organisasi untuk menjalankan operasi.

Nak yang berjantina mahupun yang ragu2 dengan jantinanya.
Masing2 tak mengalah memperjuangkan hak asasi mereka sebagai pisau cukur.

30 April 2012

10.1

Aku cuba menulis pakai teknologi lain.
Harap2 tidak tercalar sikit pun kaca sasaran aku.

Banyak yang nak disebut.
Aku malas. Aku simpulkan saja jadi satu.

Kebahagiaan ini perlu dikongsi.
Walaupun ia tak berkaitan dengan apa yang kau ingini.

Aku bahagia bila orang bahagia.
Ini yang untung bila jadi aku.

Tak susah nak bahagia.
Tapi mudah terluka.
Tapi takdelah sentap sangat.
Hehe.

27 April 2012

Institusi

Puas kau di sana
Mengenali menusia senasib denganmu
Dengan sasaran yang sudah kau pangkah
Adakah kau yakin dengan kejituanmu

Hari demi hari kau lalu
Persekitaran sekeliling kau sudah sebati
Tapi sayang kau tak tahu
Laluan kau temui jalan mati

Nasib kau seperti digantung
Kilat pengaruh sabung menyabung
Kau buntu bagai dijerut
Selamat datang muka berkedut

Kitab suci kau perhatikan
Hendak membaca jauh sekali
Teringat ibu pernah memberikan pesan
Itulah penawar si susah hati.

Pesanan ringkas menghias paparan
Santapan rohani dari bonda
Siapa kawan siapa lawan
Doa mengiringi anaknya di sana.

Menitis jatuh air matanya
Bila teringat apa yang dijanji
Sasaran diperbetul senjata dikemaskini
Kini kau bangun dijulang motivasi.

25 April 2012

Kurang normal.

Ikatan di tangannya diperketatkan lagi. Dan satu tamparan singgah di pipi pemuda itu. Seperti otaknya akan mengalami gegaran yang kekal saja. Wanita yang dari tadi tidak dapat mengawal emosi semakin tidak terkawal selepas melihat Buggati Veyron yang ingin diberikan kepada pemuda itu terbakar.

"Apa kau mahu ?" gertak wanita itu. Tangan kirinya meramas kolar pemuda yang penuh merahnya darah dengan amarah. Tangan kananya menyeluk poket seluar dan mengeluarkan sepucuk surat persis surat pajak. 

"Kau ambil ini. Ini yang kau nak, kan ? Kebahagiaan yang berpanjangan." Di lempar geran tanah ke muka pemuda itu. Belumpun sempat dilihat, pemuda tersebut terus melenyek2 geran tanah itu sepenuh hati. Dan tak semena2 satu lagi luncuran laju tangan kiri perempuan itu hinggap di pipinya.

Darah yang keluar sudah lali tak dipedulikannya. Pemuda itu tersengih. Sinis nampaknya. Semakin tak keruanlah perempuan itu dibuatnya. Kali ini perempuan itu mengheret satu guni ringgit Malaysia dari stor.

"Apa lagi yang tak cukup ! Ini sudah boleh buat kau gembira."

Pemuda tadi dengan tenang menjawab "Aku nak kau. Kau saja yang boleh bahagiakan aku, sayang."

Berderai jatuh jantung perempuan itu mendengarnya dan
"Pang !" 

Tamparan kali ini menumbangkan pemuda yang terikat duduk tadi. Si perempuan duduk sebelahnya dan mengucup pipi pemuda dengan lelehan hati yang cair dek sang pemuda.  <3

24 April 2012

Celaru.

Tekanan bertembung.
Membenam diri keduaku.
Menggodak emosiku.
Celaru.

Tekanan belum puas.
Tak sempat aku bernafas, otakku dihempas ke lantai.
Parah.
Emosiku diparas merah.

Kupandang segala warna dikeliling.
Mengharap keadaan kembali stabil.
Bibir basah berkalimah suci.
Mata kupejam.

Walau dalam keadaan meranggak.
Aku perlu tenang menikmati tugasan.

23 April 2012

Hujan.

Hujan makin lebat. Terpaku aku berdiri pada hentian yang tiada bumbung itu. Hanya bertemankan sekeping surat yang aku simpan di belakang pinggang agar ia tidak dijajah air hujan. Ia hujan yang paling lebat sepanjang hidupku. Kerana ia, aku tidak perasan akan berlinangnya air mataku sejak tadi. Cuma kemasinan apabila ia menyentuh lidahku.

Dia masih belum tiba.
Atau dia takkan berpaling lagi.
Perlahan demi perlahan bayangnya hilang dibawa arus lopak.

Sepertinya aku lemas pada permukaan.
Gigih kukejar dirinya tapi tidak berganjak walau setapak.
Kaku.
Hanya air mata yang tak putus2 memberahikan pemergianya.

Kenapa awak pergi ?
Kenapa awak taknak terima surat saya ?

Awak nak bagi harapan dekat saya ?
Atau awak terpaksa pergi ?

Tindak balas anak matanya sedikit pun aku tak nampak. Hatiku makin hancur. Air hujan masuk ke dalam tubuhku dan mengikis sikit demi sedikit gumpalan darah itu.

Tolong hujan, alirkan hati ini ke dalam hatinya. Hati ini perlu tempat di sana untuk sang pria terus bernyawa.

22 April 2012

Tiada tajuk.

Ada seorang lelaki yang jatuhnya ditimpa tangga. Sebelum dia jatuh, dia telah berlanggar dengan tembok2 dosa. Habis semuanya disapu. Lepas tu, dia terjatuh pulak dalam lecak2 noda. Memang tak kaci can si lecak tu. Habis baju dan segala sel2 badan dikotorkannya.

Belum sempat dia bersihkan segala macam kegelapan itu, tiba2 dia ditolak dan satu tangga yang tidak dikenalpasti mana asal usulnya  menerjah rusuk belakanya lalu menyebabkan dia terhumban keji dilantai.

Sampai sekarang dia masih belum bangun. Nasib baiklah ada yang sanggup memberinya tikar sejadah dan segelen mineral untuk berwuduk.

Sekeping nota sempat diselitkan pada poket lelaki tersebut.
"Cepat bangun. Ada kegelapan di belakang kau."

21 April 2012

Hai perempuan.

Hai perempuan,

Kau cantik berselubung kurung kuning. Jari jemari kau laju menekan setiap angka pada papan kekunci. Halus. Hampir tak berkelip aku dibuatnya. Gerakan kau sungguh teliti seperti dirancang. Namun kelembutan itu tak pernah lekang. Aku suka.

Hai perempuan,

Pertama aku melangkah ke meja kerjamu, suara kau memecah kesunyian ketika itu. Dengan lenggok suara dan melodi yang tersusun kemas, kau memulakan komunikasi. Hanyu seketika aku dibuatnya. Sesekali engkau memapar senyuman. Nasib baik lah kau tengah kerja, kan. Heh.

Hai perempuan,

Aku suka pergi makan dekat medan selera. Sebabnya aku nak tengok kau. Dengan kawan2 kau. Lengkap berbaju kurung. Kadang2 kau dengan uniform kerja kau. Tapi kau tetap nampak cantik walau apa yang berada di tubuh kau. Mungkin kau tak perasan aku. Aku pun taknak kau perasan. Nanti kau akan berpura2. Aku tak suka.

Jumpa lagi para perempuan.

19 April 2012

Apa gelaran kau ?

Orang kata, kalau nama glamer tu diberi oleh orang lain, ia lebih mudah diingati. Memang betul. Aku ada banyak nama glamer. Dan semuanya diberi oleh mereka2 yang bergelar keluarga, sahabat andai, dan saudara mara. Tak perlulah aku tulis dekat sini apa nama2 itu. Heh.

Mula2 memang kita akan rasa janggal. Malu satu hal. Tapi lama kelamaan, benda tu akan biasa. Dan kau tak ambil kisah lagi. Seronok tahu. Kalau ada banyak nama glamer. Artis pun tak banyak nama macam aku.

Janganlah nak glamer dengan satu nama je. Itupun kau sendiri yang nak dipanggil macam tu. Takde feel la weh.
Kampung mana pun nama yang mereka kasi, selagi maksudnya tidak mengaibkan kau, terima sajalah. Dengan cara tu jugak kau menghargai silaturrahim itu.

Gelaran banyak pun tanda kita banyak kenalan. Bye !

18 April 2012

Mimpiya mungkin di siang hari.

Seperti biasanya, petang ini aku menggomol Kiki si kucing kutip. Mungkin dah selalu digomol, dia tak kasi respon. Dia menyuruh aku mencari teknik baru agar dia dapat belaian dengan lebih terperinci.

Ding ! Dong ! Aku menoleh ke arah pintu pagar bersadur berlian itu. Kelibat seseorang gigih melambai2 sambil memberi salam. Dalam perjalanan ke pintu pagar yang mengambil masa 5 minit itu, aku memerhati seorang demi seorang dari mereka. Setiap dari mereka dibekalkan satu dulang yang dipenuhi dengan variasi yang berlainan. Ya, mereka berbaju kurung dan lelaki berkacamata dari kedai online.

Ibu menjerit mempelawa kumpulan itu masuk. Aku makin hairan. Apakah tandanya ini. Kiki tadi aku campakkan ke lantai lalu aku mengendap perlahan dari dapur. Sekali lagi teriakkan ibu hampir gugurkan jantung aku. Di suruh buat air. Aku ikutkan saja.

Ini kali pertama aku buatkan air untuk tetamu. Entah apa rasanya, lantak kau lah. Heh. Berangkap2 pantun di dendangkan, ketawa serta gurauan membuat aku tersegih sorang2. Tapi masih lagi aku tak faham. Ibu berlari ke dapur dan memberiku satu soalan yang tak pernah wujud dalam mana2 peperiksaan di sekolah. "Anak Pak Jais nak melamar kau, kau setuju dak ?"

Kalau mulut ni macam Joker, saat tu juga aku tetaskan semua benang yang ada. Bertapa gembiranya hati sampai tak terkata, tak tergambar dan tak tertulis. Aku peluk ibu erat2 sampai satu pelempang ibu hinggap dipipiku meminta dilepaskan. Aku menjawab setuju dengan tersimpul malu. Kiki memerhati dengan beribu persoalan.

Ibu ke depan untuk meneruskan prosedur seterusnya. Aku pun mengorak langkah menyusun senyuman menghantar air. Gugup pun ada jugak. Tapi aku masih boleh kawal. Tiba2, Kiki memerkam aku. Mentonggang terbalikkan air yang aku buat tadi. Dia bertindak agresif. Seperti nak tumbuh tanduk. Akhinya aku tumpas. Tersungkur aku dibuatnya. Kiki datang sebelah aku. Membisik merdu,

"Kau kan lelaki. Mana ada perempuan datang nak melamar kau"


17 April 2012

Surat untuk YB.

Tuan,

Cara kau makin kotor. Memperdaya fikiran2 suci dengan gelojoh. Pelusuk2 yang terlarang juga kau mula menarah sikit demi sedikit. Tempat yang dulu kau laungkan bebas unsur luar ini kini kau jadikan sasaran utama. Ludah kau masih belum kering rupanya. Heh.

Mula2 aku tak perasan sebab otak kau masih waras menghantar teknik serta cara mengaburi mata kami. Tapi kini tidak lagi. Satu persatu pekung kau terkupas. Segala yang kau maksudkan aku tahu dari awal. Cara kotor kau yang tidak jejaskan kain putih itu kini merenyukkan fabrik itu sikit demi sikit.

Nasib baik lah ada kaum2 ku yang lantang. Bersuara tanpa paksa. Menidakkan dengan fakta. Aku kagum. Tulang belakang negara yang diagung2 kan kini keluar dari kepompong yang berhabuk. Seperti mulut diseret cili, menggelabah lah mereka2 yang terlibat. Tak senang duduk sebab kerusi dah kena gegar.

Tapi ada juga kaum2 ku yang berjaya dihipnotisnya. Disuruh telan, mereka telan. Disuruh cium, mereka cium. Fahaman dan ajaran bersilih ganti bersawang dalam jiwa kaumku itu. Kasihan mereka. Muda2 lagi otak sudah kecut.

Kepada mereka yang nak bawa fahaman putar alam kau tu, baik lupakan. Sekurang2nya kau hormatlah apa yang telah dikuatkuasakan. Walau licik mana pun kau, mahasiswa takkan bodoh menilai.

Banyak lagi tempat kau nak berkempen. Ramai lagi yang boleh kau racun. Bukan kami.

Yang benar,
Anak Muda.

Legam.

Senyumanku terbalik.
Nampak pelik.
Aku rasa sakit.

Tidak pernah sesakit ini.
Membuat pipi susut sedikit.
Memaksa bibir berhenti tersengih.

Kenapa sebenarnya.
Apa sebabnya.

Gas gas legam memenuhi dimensiku.
Memaksa aku terperuk di dalamnya.
Pergerakanku terbatas.
Hanya mampu menghela nafas kepulan hitam itu.

Kali ini betul2 memerangkap kegembiraanku.
Selagi gas ini aku sedut, aku takkan terseyum.
Perancangan di susun rapi.

Harap ENGKAU melindungi.
Aku rindukan senyuman.
Aku sayangkan bahagia.
Pergilah wahai gas legam, jangan kau hadir lagi.


12 April 2012

Benda biasa.

Di sebalik jaringan dawai berwarna hijau itu, aku melihat kelibat manusia yang fasih berbahasa asing. Menikmati kehidupan mereka dengan penut teliti. Walaupun dikepung, tak pernah dijadikan alasan untuk berseronok.

Aku hanya menyaksikan dari celahan tingkap yang dibuka kecil akibat pengaratan pada struktur binaannya. Langsir sengaja dibiar tersepit. Asik mereka bermain sepak raga. Teringin juga aku ke sana. Heh.

Setiap kali melihat mereka, aku terfikir akan persahabatan. Tali yang agak kendur dalam hidupku sekarang. Sepi. Cemburu melihat mereka ketawa bersama. Bermain bersama. Walaupun berada jauh dari kumpulan darah daging, mereka tetap boleh ketawa.

Aku tak tahu lah apa yang mereka fikir. Tapi dari pandangan aku, kegembiraan itu hanya dapat bila ada yang tersayang mengelilingi. Seperti mana 'saya' tanpa 'ng'. Sepertimana 'gem' tanpa 'bira'.

Aku haus dua elemen itu.
Nak meminta2 tapi hasilnya takkan sama dengan penerimaan yang tidak diduga.

Saman dah macam mainan.

Antara cerita2 yang paling boleh dibuktikan kesahihan dia adalah berita. Eh, berita tu cerita ke ? Haha. Ok2. Aku sebenarnya tak tahu nak mulakan ayat. Macam biasalah. Heh.

Benda ni dah jadi trend bagi para Dato'2, exco2, artis2, mahupun kambing hitam. Dan trend yang dimaksudkah ialah saman. Saman malu. Saman sebab curi hak cipta. Saman sebab Sebar fitnah. Saman sebab main belakang senyap dan sebagainya saman. Kira saman ni dah boleh gantikan buku lima, penerajang yang pernah diaplikasikan pada zaman hitam putih dahulu.

Seronok sangat ke saman ni ? Memang konfem dapat ke benda tu ? Saman taknak kalah. RM10 tak pandang. Kalau boleh kosong tu sampai terkeluar dari surat khabar. Ada yang tak sampai sejuta tu pun nak letak jugak sejuta. Setengah juta. Suku juta. Lepas ni ada lah 1/3 juta. 0.43 juta. Sebab nak nampakkan juta tu. Barulah glamer.

Paling hebat, saman pada golongan vip. Perghh, duit saman tu kalau dapat, 7 keturunan lah tak payah kerja.

Kau tu pucuk pimpinan. Kalau kat pucuk pun dah bangang macam ni, macam mana nak jaga orang bawahan ? Negara sekarang berhutang dengan bank dunia. Kalau kau menang saman tu, ada kau tolong negara kurangkan hutang ? Memang tak la.

Ini kepentingan diri kau je semua ni. Benda yang malukan kau tu takde la besar mana. Kalau2 kau yang kalah, bertimpa2 malu yang kau dapat. Lepas tu kau senyap. Sebab nak cari salah lain. Manusia tak pernah puas. Selalu cari salah orang. Baik yang atas ataupun orang bawahan.

Baik kau buang je sampah2 ni dari Malaysia. Masukkan dalam penjara. Cucuh dengan besi panas ke. Barulah garang. Tegas. Kan lebih baik tu. Kata nak jaga keamanan negara. Nak kasi pengajaran. Kalau kau berjiwa rakyat la kan.

Tapi memang tak dinafikan benda ni ada betulnya. Sebab banyak yang mencemarkan prinsip saman ni jadi dah tak segerun dulu. Tapi kadang2 kelakar jugak. Hehe.

Pemikiran kita belum terbuka sepenuhnya. Mentaliti masih ditakuk lama. Mungkin ini sampai bila2. Siapa tahu.




11 April 2012

Akusukakau.

Aku memang suka kau.
Walaupun ramai lagi yang aku suka.
Tapi kau nak tahu tak.
Kau seorang je yang tahu yang aku suka kau.

Mereka yang aku suka tak tahu yang aku suka mereka.
Aku taknak mereka tahu sebab aku nak suka kau lebih.

Itu yang bezakan antara kau dengan mereka.
Bila setiap kali aku cakap aku suka kau, itu tandanya suka aku makin bertambah.

Tapi aku tahu.
Kau akan rimas. Tak selesa.
Langkahku aku undur setapak.
Supaya kau boleh toleh aku di belakang.
Mengharap.

Banyak yang aku tak tahu pasal kau.
Aku taknak tahu dari mulut makhluk lain.

Aku tunggu masa itu.
Masa di mana kawan itu menjadi kekasih.


*maaf, kali ni panjang. nak tulis mesej tak larat. (:

Dramaking.

Bila hati tidak bersatu dengan rohani, perpecahan personaliti tak segan2 terlahir. Sengaja saja aku lihatkan kelahiran itu. Gembira sungguh dia melompat2 di seluruh pelusuk ruang sfera mempedulikan siapa saja yang memerhati.

Dia mula mencari wanita2 yang memenuhi karakter yang tertampal di peti ais rumahnya. Satu persatu di teliti dengan penuh sabar. Ya, kegelapan juga memerlukan kesabaran. Sasaran sudah ketemu.

Satu persatu manisan berbentu suara dilemparkan. Menggayakan watak dengan sempurna. Akhirnya, sasaran tumpas. Dan ini yang ketiga rupanya. Dua sebelumnya, dia tidak menggunakan taktik ini. Sasaran kali ini agak berlainan dan coraknya juga perlu diubah.

Dia pemurah. Menjual cinta secara borong. Kadang2 cintanya diikat digantung menunggu sesiapa yang dahaga.
Sentiasa taklukannya lentok dengan layanannya itu. Beruntung sungguh.

Tapi, dia tak pernah puas. Bila dia rasa ada yang baru, dia akan buru. Siapa sasarannya, masih tertumpu pada kertas pada peti ais itu. Ada seorang lagi yang gagal menyembunyikan kelemahan yang menjadi kekuatan pada si pemburu.

"Sekejap lagi, sayang.." dia cakap.

10 April 2012

Bilakah akan tersentak jahilmu ?

Aku berhasrat menyatakan 'cinta' itu.

Caranya agak kotor. Tapi hatiku suci penuh 'cinta'. Membelai setiap helai rambutnya hingga ke akhir. Ciuman yang bersilih ganti mengesan kawasan2 berahi. Menjelajah setiap pelusuk sudut susuk badannya. Kata2ku waktu itu lebih manis dari gula pasir mahupun gula melaka.

Matanya jarang terbuka. Menikmati 'cinta' yang aku beri. Sesekali tergambar rasa selesa dari bibirnya. Mendengus meminta 'cinta' yang lebih hebat. Tanganku di bawa ketempat terhad untuk di jajah. Terkesima. Sudah tiba saatnya aku mendalami pengorbanan yang abadi itu.

Meleset. Hampir saja aku merosakkan harapan keluarga itu. Memusnahkan segala impian dan harapan yang dibimbit sepanjang jalannya. Entah macam mana kesedaran itu muncul tapi aku ghairah bersyukur kerana sempat diselamatkan. Walaupun macam terlambat bagiku.

Sejak dari itu, bila aku melihat pengorbanan yang di anggap sejati gila babas itu aku rasa mual. Mengharap DIA selamatkan mereka2 semua yang alpa. Satu demi satu sebab dan alasan menemui aku. Melempang setiap sisi gelapku hingga terkeluar darah2 hina yang bertakung sekian lama.

Terima kasih, tuhan. Kerana KAU, aku tahu apa itu cinta yang ENGKAU redhai. Terima kasih juga sebab beri aku orang2 yang menolong aku menyingkirkan sisik2 noda itu.

Terima kasih.

Entah.


Menulis dengan sinis.
Ketika mulut bersenyum manis.

Orang bilang aku hebat.
Celah mana ? Hanya nampak luka berbirat.

Kekadang idea mencurah.
Aku lupa dalam bentuk apa perlu ditadah.

Cerita bukan hak aku sendiri.
Kerana hidupku dikelilingi pencari erti.

Mereka ada hak untuk bermegah megah.
Sedangkan apa yang terbayang sudah lama bertapak.

Malas.
Perlahan fikiranku menghantar data.

Seperti kamus kosong yang hanya dibuat penyendal pintu.

09 April 2012

Mari ramai2 pakat2.




Dengan membaca, otak kita macam tv LED 3D. Cubalah !

Lidah hati.

Aku berjalan sendiri bertepikan dinding2 yang penuh dengan propaganda. Malas.
Melihat suasana metropolitan yang membangun hasil adunan dosa dan pahala, aku teruja.

Nak sangat aku pusingkan tombol pintu itu. Tapi seperti ada yang meluat dengan tingkah laku ku nanti.
Dikata budak mentah. Tak tahu lagi apa yang di perjuangkan. Suka cari masalah.
Itu ayat2 si bodoh sombong.

Pernah ia singgah di corong telingaku. Berbisik manis. Anak muda tulang belakang negara.
Kata2 itu seperti pujukan sang ibu kepada anaknya yang taknak masuk rumah masa maghrib.

Budak sekarang otak seperti span. Menyerap apa perangai yang kau lukis.
Kau utamakan kepentingan peribadi kau dan itulah yang dipraktikkan oleh jiwa muda masakini.

Di mana usaha kau, orang tua ? Kami tidak nampak.
Yang ada hanyalah sebuah rumah kayu yang dah nak roboh yang pernah kau siapkan.

Aku tak menyalak. Aku tak melenting.
Aku hanya perlukan udara kebebasan yang membuktikan kata2 kau.

Masih lagi berharap. Lagi..

07 April 2012

Sudah kaya lagi nak kaya.

Bersusah payah buat persiapan nak sambut pemimpin. Ada kau buat benda alah tu bila anak2 kau pulang dari asrama ? Aku masih tak faham. Nak kata mengampu, itu semestinya lah. Tapi ada jugak orang yang tak tahu hala tuju turut ikut serta perhabiskan duit. Bila ditanya kenapa, dia bilang entah. Orang lain buat,  kita buat lah.

Bodoh. Kenapa la nak habiskan matawang semua tu. Apa yang kau dapat ? Belum tentulah benda yang dia orang cakap kau dapat. Tapi kau suap dia orang dengan sambutan segala. Sudah ngantuk disorongkan bantal. Sudah gemuk disuapkan jajan.

Diaorang datang tempat kau sebab dia orang nak kasi kemudahan. Kalau kau dah sambut meriah gila bapak, diaorang mestilah fikir yang kau orang tak perlukan kemudahan itu. Yelah. Kau dah tunjukkan senang kau awal2 siapa suruh. Nampak kan kebodohan itu ? Heh.

Memang tak gerak apa2 pun kalau aku tulis dekat sini. Sekurang2nya aku tak buang duit nak buat sambutan sebebal tu. Fikirlah ye. Macam2 lagi benda yang boleh di buat dengan wang tu.

Lagipun yang nak disambut tu orang kaya. Mana ada orang miskin sambut orang kaya meriah2. Kau orang je. Heh.

06 April 2012

Helaian kertas terakhir.

Tulis.
Aku tak tahu apa yang bermain di fikiranku.

Sampai sekarang terus berlarutan kebuntuan ini. Aku tak kisah. Pemikiranku sudah aku tetapkan dengan corak yang berlawanan.Agar perkara sebelum ini tidak tercipta lagi.

Bila melihat kau bahagia. Itu sudah memadai untuk aku. Kau sudah ada pelangi yang melilit setiap sudut di sekitar kau. Semyum.

Terima kasih, kenangan. Sebab melahirkan satu bentuk baru untuk aku acukan diriku mengikut seginya.
Sekarang aku terus mencari juwita yang selesa dengan sagala warna yang aku ada.

Bukan untuk siapa2 tapi kau adalah seseorang itu. Perwatakan yang tak pernah aku bayangkan.
Bila sampai masa kau kan tahu kenapa kau yang aku buru.

Aku sudah tahu apa yang mahu aku perjuangkan. Pergi.

05 April 2012

Ranjau.

Kau kata kau kerja ikhlas, tapi kau selalu buat keputusan membabi buta.
Kau kata kau kerja ikhlas, tapi banyak masa kau perhabis dekat kafeteria.
Kau kata kau kerja ikhlas, tapi kau manipulasikan segala fakta yang ada.

Kau tekankan kerja berpasukan, tapi kau tikam ahli pasukan kau sendiri.
Kau tekankan kerja berpasukan, tapi bila mesyuarat kau diam seribu bahasa.
Kau tekankan kerja berpasukan, tapi saat kawan kau susah beribu alasan kau lemparkan.

Kenapa kau nak orang dengar cakap kau sedangkan telinga kau kau haramkan dari terima pendapat dari orang lain ?

Kenapa kau rasa kau betul sedangkan setiap tingkah laku kau menjadi kebencian rakan2 kau ?

Kenapa orang macam kau mesti ada dalam komuniti ini ? Baik kau buka buku balik. Fahamkan macam mana kerja dengan ikhlas.

Apa pentingnya nilai saling mengingati. Kau tahu apa itu 'saling' ? Ia adalah interaksi dua hala. Kau nasihat anak buah kau dan kau dengar apa yang mereka nasihat. 'Saling' seperti satu blok yang akan melengkapkan keberkesanan terhadap prestasi kerja.

Kau tak percaya sebab kau takut taraf kau tergugat ? Kau kena faham konsep hormat. Orang akan hormat kau kalau kau hormat orang.

Sudahlah. Aku penat. Nanti aku membebel lagi.

03 April 2012

Tolong..saya sakit.

Jadilah seperti ikan.

Membenarkan manusia bermandi manda di tempat tinggal mereka. Mereka tak pernah bising bila kau datang dekat ekosistem mereka. Sebab mereka tahu apa yang mereka dapat untuk di kongsi. Bukan kepentingan diri.

Yang lagi teruk, mereka yang tidak menghargai. Suka2 buang sisa2 kimia yang tak di rawat. Ikan tak buat apa2 masalah pun dengan kau, bai. Yang kau rosakkan tempat tinggal mereka kenapa ? Otak dah tamat tempoh ke ?

Jadilah seperti kucing.

Bila makanan yang dia dapat, dia makan. Tapi bila ada kucing yang lagi lapar, dia biarkan saja kucing itu merampas makanan darinya. Sebab apa ? Sebab itu bangsa dia. Dia taknak bangsa dia lemah. Dia tak macam kita. Lebih banyak ketawa dari menghulur tangan membantu.

Lagi sadis ada yang menyeluk poket mengeluarkan telefon bimbit. Merakam. Kemudian sebarkan aib. Kononya sebagai pengajaran. Nak mengajar tapi kapur pun tak tahu nak pegang macam mana. Heh.


Tak matilah kalau berkongsi. Tak rugilah bila membantu. Biarkah yang belah kiri diam dan kerahkan yang belah kanan mencatat amalanmu, kawan.