28 February 2017

Aku cuma mahu tunjuk yang aku mengambil berat.
Akhirnya aku yang dipandang meluat.

Engkau ni,
Ada je yang tidak kena dekat orang kan?

15 February 2017

Menggauli ruang.

Ada juga kadang kala
Mahu menulis selain kita
Tentang dunia yang tua
Tentang kebebalan manusia
Tetapi itulah
Datangnya pada masa yang salah
Atau aku yang buat tak endah
Semoga ini sementara
Agar engkau tidak aku mabukkan
Hanya diusik secalit kerasukan

14 February 2017

Moga lekas lupa.

Engkau murung
Aku merasa terkurung
Meronta ronta bertarung
Mahu melepaskan engkau yang diselubung
Mendung

Kembalikan senyumanmu
Menikmati hari hari tanpa layu
Ringkaskan masa sayu
Khayalkan bahagia nombor satu

13 February 2017

Jeda yang panjang.

Jeda yang panjang
Ketika langit mula jingga
Ketika wajah itu menahan kantuk
yang datang

Asyik meratah pelusuk wajah mulus
Persembahan terbaik tuhan yang tidak
pernah putus
Selari suria yang mendaki langit
Sayu memeluk rindu melihat engkau menahan sakit

Bahagia aku
Engkau yang pacu
Engkau itu
Pemilik senyum ayu 

11 February 2017

Buat deria lihatmu.

Apa yang hari hari aku mahu
Sekarang sebenarnya sudah cukup perlu
Tidaklah menjamah percuma bercita
Kekalkan yang ada selagi diperangkap nyawa

Dan bersama engkau adalah laman yang nyaman
Mengelilingi hati raksasa di tengah taman
Angin yang melalui setiap deria ini
Adalah suaramu wahai perentak nadi

10 February 2017

Hati jambu.

Engkau bilang engkau perlahan
Perlahan setiap tindakan
Memang aku tidak nafikan
Kerana usai pertemuan
Rindu memerangkap pernafasan
Sehingga memaksa aku mencari
Engkau yang menghuni laman suci
Abadi

08 February 2017

Aku yang terburu buru.

Menulis yang indah adalah kelemahanku
Ia menerawang dalam fikiran ; cerita engkau dan aku
Aku tidak tahu dari mana hendak mula
Setiap masa denganmu adalah saat saat yang
aku tidak akan lupa
Engkau adalah tempat paling selamat di dunia

Maaf.

Kejujuran itu pahit
Kepahitan itu perit
Keperitan itu memaksa
Keterpaksaan itu celaka
Kecelakaan itu binasa
Kebinasaan melahirkan kesal
Kekesalan yang buat aku bebal.

Pelangi juga dikalahkannya kerana....

...dia tidak pernah gagal memanggil semula sensasi perasaan ketika pertama kali jatuh hati padanya. 

07 February 2017

Jangan peduli, teruskan meluncur.

Dia tidak akan peduli bila
dia tidak mahu peduli

Walaupun saya sedang jatuh
ataupun mahu gembira dikongsi

Dia tidak akan peduli bila
dia tidak mahu peduli

Kerana itu adalah dia dan
ia menyakitkan dan saya sukakan
kerana kematian yang diimpikan adalah
dengan dibunuh oleh kesayangan.

Bunga bunga sial.

Sebenarnya sudah terlambat
Tadinya saya bengang yang amat
Sebab tindakan semulajadi
Yang menjadi jadi saya memaki
Sudahlah malam tadi mahu mengadu
Tidak pula dibalas malah dibiar biru
Sebelumnya itu saya ditipu
Atas kesilapan diri juga
Pecaya pada sampah buat apa
Sudah jatuh ditimpa tangga
Sepatutnya perumpamaan itu berguna
Tetapi malapetaka tiba
Menimpa nimpa
Iya
Saya layankan saja
Dosa pahala itu tidak nampak
Barulah dipanggil dunia
Dimana bersepah celaka dicampak

01 February 2017

Hancing kena kencing.

Saya terlalu marah sampai
Saya melihat api dalam kepala yang melambai
Sampai saya mengigil berlaga gigi
Berterabur jari menghentak papan kekunci
Saya marah gila babi
Tapi sekarang tidak lagi
Marah saya sudah pergi
Kelakar bila saya fikir balik
Banyak juga yang naik naik
Kalian yang mengundi mereka, tidak pelik?