28 September 2014

Untuk ke dua kali secara rasmi.

Untuk yang kesekian kali
Terbitnya sebuah buku mini
Dari tujuh orang budi berbaki
Yang terus mencari indentiti semulia nabi

Sebolehnya bukan cinta
Sebaiknya mahu bebas metafora
Sayangnya naluri manusia
Selamanya hidup mendamba syurga

Moga dipermudah
Moga susah bisa berpisah
Cuba lagak paranoid.





Agar tidak paranoid.

26 September 2014

Tepati terapi patri.

Mana mana atau apa apa perbuatan
Yang buat jiwa ini tenang aman
Dengan penuh ego diletakkan mereka mereka itu
Pada kumpulan terapi bisu

Tanpa bicara meninggalkan seribu satu
Tanda tanya dan tidak terhitung sudung pandang
Cuma perlu tampak normal bebas kaki
Bersama paras tenang bebas segala tegang

Hari seterusnya mungkin ada
Terapi bisu dalam siaga

23 September 2014

NN

Kekal dalam bentuk mu
Dari sini aku bebas memerhati
Tiada erti jemu
Tiap detik minit yang mengubah melodi
Moga tidak secebis raut senyum itu melayu
Rindu berbatu tak akan mati

18 September 2014

Moga dosa diampun.

Tubuh yang kurangnya utuh
Pada nikmat yang dipinjam ditarik satu persatu
Dipaksa juga walau rapuh
Saki baki kurniaan membantu maju
Buat angan angan yang siap dilakar
Aku masih peduli
Moga engkau terus mekar
Setiap masa disiram mimpi
Dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi menyayangi.

14 September 2014

Larutan bunga pahar.

Jawaban untuk soalan perihal pernikahan
Sudah dipaku kejap
Sudahnya dipalu saat dilontar soal nan berkaitan
Kali ini tidak lagi perlu alasan gagap
Bila tidak ambil peduli itu
Masih lagi dikira peduli
Kita tahu semua tahu
Perihal jodoh mati sudah siaga dirancang jitu

10 September 2014

Bakal bakal kawalan sistem.

Mereka tidak sedar yang pada tubuh mereka
Ada benang benang halus yang perkasa
Mengawal tindak kerja 
Melalaikan akal selaku raja

Pergerakkan mereka tiada yang beda
Sedih gembira seperti manusia normal
Tetapi saat jatuh satu satu bala
Benang benang halus memulakan ritual

Lagak seperti bebas cela
Tangkis dan tepis membabi buta
Kawan cuma istilah bila suka
Belakang badan pisau bersedia

Benang benang menyambung terus pada 
Sistem yang dicipta untuk membinasa
Sifat suci semulajadi manusia 
Hingga mereka sakit tanpa merana
Tenat tanpa tersiksa

Sebabnya selesa.

Hati mudah puas
Percaya lekat lekas
Sasaran terus ringkas

Kerana sebentar lagi belum tentu nyawa menghuni
Kerana kenal pada bahagia dengan tidak ambil peduli

Jamah setiap jalan
Uang lesapnya diganti pengalaman
Nilai yang ternilai
Asing tidak diabai

Biar selesa meneraju
Biar bahagia tanpa tuju

08 September 2014

Lantai ketiga.

Lantai ketiga
Asalnya ia asbestos yang disusun condong
Bertindak sabagai pelindung
Adakala merpati membina tempat berteduh
Buat anak anak bebas dari tengkujuh

Lantai ketiga
Bewarna kelabu
Dari lantai kedua dibina tangga
Sebagai pengantara

Pasu tanah liat yang sarat
Aneka bunga
Haruman nan memikat
Dari sekecil epal hingga yang merimbun ria
Bewarna warni
Menjana udara suci
Lantai ketiga

Lantai ketiga
Dimensi lain buat hamba
Lari dari sial dunia
Porak peranda
Canang propaganda

07 September 2014

Terapi 1.

Bercinta kena pintar kendali pandang
Prinsip bukan untuk dikemudi tatang
Melihat dia bahagia itu cinta
Sebak dan sesak mengalir tangis umpama penaja

Ia sementara
Tuhan ada
Syukurlah kerna cinta itu hadi terus dari Dia tanpa
melalui siapa siapa.

05 September 2014

Kisahnya tentang jiwa, raganya turut sama.

Dan apabila dicurahkan bertindih tindih
Pilihan yang mana sepatutnya hilang segala pedih
Akan bertambah sakit apabila ia sememangnya pilihan
Yang mana kita tidak boleh memilih semua di depan

Pedih yang mencucuk itu akan terus menggarit
Sehingga keputusan dibuat dengan atau bukan cara paksa
Ia tidak berhenti malahan akan terus sakit
Untuk yang kesekian kalinya
Dan apabila akal sudah pintar mencorak redha
Luka akan kembali sembuh tetapi tidak sepenuhnya
lumpuh.

03 September 2014

Ketepikan soal hospital, maju wahai akal.

Baru sekarang terbit rasa takut
Takut menjengah hari esok
Dengan engkau yang terus bersalut
Aku sedang poses lupakan engkau raut sosok

Lihat, sudah lari idea2 yang singgah
Rasa2 takut kelmarin tidak lagi kelihatan
Bubar pudar samar galak memunggah
Entah esok lusa takut juga akan terlupakan

Sedar akan cereka
Plot yang terbina
Semua kehendak Dia
Walau sesaat depan
Ia tetap gelap

Tiada duga cuma harapan
Nyawa mencari rahmat terus tegap
Sebelum kembali gelap

01 September 2014

Saku pedoman.

Memikirkan tentang siapa yang pertama
Akan membuat akal menyimpan data yang sia sia
Sedangkan untuk menyusun samada
Rasa hormat atau
Tentang sabar perlu merantau
Sepelusuk susuk jiwa termasuk
Ego ego yang menyelimut remuk
Sampah2 kecamuk

Ketika menghormati
Tidak peduli tentang sabar
Sehingga apabila hormat sudah mati
Rasa sabar melindungi tanpa gentar

Dan mereka duanya saling tukar posisi
Berpandukan ego dan niat yang tindakan mereka
tiada tabii

Sesetengah hidup yang terperangkap perlu diselamatkan dengan segera.

Kita reka reka cereka
Cereka cinta kita
Aku dan dia
Bidadari syurga
Pada pentas maya
Halusinasi separa mimpi
Yang hampir ketemu mati

Cereka cinta palsu
Pada uang dituhan puja
Malah puisi yang tidak pernah lesu
Mengambil tempat untuk dihina

Sesama kita
Cereka cinta
Cinta cinta yang sudah lama
Dinoda senggama secara paksa

Tidak pernah tidak akan suci
Kerna aku tidak percaya sama hati