08 January 2015

Aku, engkau dan angan-angan yang kabur.

Lupakan mitos tahun baru yang
membawa harapan sepelangi indah yang
hanya akan membunuh riak kita, sayang.

Kita sudah berbicara akan ini sedalamnya
dunia gelap dalam lautan melenyapnya
warna-warna kehidupan di atas kanvas lukisan bernyawa.

Masa depan yang kabur umpama embun sebelum subuh
usah dipedulikan diagungkan umpama senja terakhir mula berlabuh
kerana di depan kita ada hidup yang membuat segala dahaga pada hidup
terbunuh.