27 October 2014

Ia bukan demi kita.

Aku sudah tampal
pemberianmu aku
biarkan ia menjajah mataku
sendu berbalas setimpal

Jauh kau aku merapat
jarak senggang jemari seni
selang yang kian dekat
minat tidak berpaling lagi

Tolong jangan putus harap
usulkan jua usaha bertubi
selagi nafas tentang kita digarap
aku kau tidak ketepi

Sanjung julang luasnya seni
Ulah manusia sifafkan peduli

26 October 2014

Digital.

Semua guna maya.
Depan mata cuma digital.
Sedih suka cinta dusta.
Tanpa titik temu retina.
Ianya sifar, tiada rasa.

Peluang hati tetap cerah.
Sedang sibuk merangka.
Iringkan rasa bersama.
Dari hati-hati yang merah.

Dan hitamnya cuma terlihat tuhan.

Melalui digital.
Menyulam rasa rasa yang berpintal.
Tuju makna kekal asal.
Kuasa hati usah disangkal.

22 October 2014

Jangan simpan. Gunakan.

Mungkin untuk terus selesa
Dalam mana yang sama
Dihimpit sistem yang gila
Adalah dengan menikmati siksa
Tapi bagaimana caranya?

Mungkin untuk merealisasi mimpi
Matlamat perlu sebaris dengan imaginasi
Tidak perlu berfikir di luar kotak
Tidak usah bersusah menjadi bijak
Tapi tidak kasihankah pada otak?

03 October 2014

Rumit.

Mereka (perempuan) itu untuk dicintai.
Walaupun ianya rumit.

Dan apabila munculnya fikir akan mereka (perempuan) itu rumit
sebelum rasa cinta, tinggalkan sahaja.

Sia-sia.