24 April 2013

Gula buat duka.

Pusingan itu jauh
Melingkar masa masa yang pernah dijamah
Dalam mata teguh pandang tiada jatuh
Naluri tersentak rapuh
Ketika bahu disentuh
Jiwa perawan berselimut indah
Sembunyi gundah.

Tunjukkan resahmu.
Paparkan kisah itu.
Beralas pilu pada bahu.
Bahu yang bakal meracun.
Gundah gulana berbuah ranum.
Tidak mahu tidak
Seyuman itu harus terus bercorak
Pada pemiliknya
Pada bahu ketiga

17 April 2013

Panas enjin.

Sedikit sedikit tercait
Lama lama bacanya panjangan
Mula mula malu berkait
Bila biasa cerita tak kesudahan
Tidak mengapa hanya sedikit
Andai yang tersirat berseliratan.

16 April 2013

Kotak silap.

Surut pasang surut pasang.
Galinya tenang mulai tegang.
Paksaan panjat tangga di tempat tuhan.
Mengusir idea lapuk sisa sisa muntahan.
Akan tetapi
Paksinya masih berdiri
Moga ini tidak lama.
Usai berjela tiada patah tercipta.
Tiada tuhan selain Dia.
Mohon dikekal rahmat yang terbekal.

07 April 2013

Tangkap muat.

Seseorang diperlukan untuk menghapuskan waktu yang pantas berjalan sebelum kita kita dipaksa telan perit yang menjajah yang tidak sempat kita lawan.

Tatkala manusia lain sudah nikmati bait bait romantis sedang aku di sini tegar menari bersama bayang sendiri.

Kaki aku seperti dibatu tidak mampu bertindak melulu walau akal dan hati tidak lagi bersatu.

Menanti cinta dengan penuh sabar rentak jantung berdebar berkawal ketat menahan sabar.

Dari arah mana tangan redha menerima kerana yang menanti pasti itu syurga.

06 April 2013

Bulan.

Dengan masa aku bermusuh.
Perang dingin menentang sunyi.
Kala bulan mula berlindung.
Raut wajah itu aku mimpi.
Kadang takut.
Emosi memaut.
Akan terkurung segumpal hati.
Menerajanglah jiwa merana hiba.
Engkau mohon disitu.
Bukan arahan tetapi merayu.
Jadilah bulan di dalam hati.
Moga realiti dihapus fantasi.

02 April 2013

Empat noktah.

Seorang demi seorang berubah menjadi misteri yang memualkan tengkorokan lantas mengurangkan induk induk yang wujud dalam kelompok kawanan bahu untuk aku berkongsi gundah gembira. Tahniah pada kalian yang masih ada tahniah juga pada yang berjaya loloskan jiwa dari derita tanpa rela. Mungkin ini tanda untuk mancari hadiah dari Dia. Mungkin juga aku tak perlu melalut panjang untuk kali ini. Sekian.

01 April 2013

Tak marah, pesan.

Sudah diukir pada aturan silam.
Mereka yang bacul punya belang lebih garang.
Pekik sana sini tanam buah dalam dalam.
Belakang pentas lutut longgar tak tenang.
Anak cucu sekarang tak macam dulu.
Disuruh berjalan, sudah daki berbatu batu.
Tak minta ikut arahan.
Cuma turut pada peraturan.
Pemimpin otaknya mesti letak depan.
Kami tuan ini tanah.
Jangan lupa siapa engkau tanpa pangkah.