27 February 2013

Loceng.

Turun tunduk terjunam tertimbus.
Masa kita tidak akan terus dilindung kabus.
Berkerut wajah terkuntum senyum.
Biarkan hati yang tenang semakin bertimbun.

Mengalah itu hina.
Kata2 cacian yang terpaksa engkau telan.
Mengalah boleh merana.
Seksaan pada hati yang tiada belas ehsan.

Bangun, kawan.

26 February 2013

Kau kupu2.

Kau kupu2.
Kau apa tahu.
Perit jiwa pedih kalbu.
Sepasang sayap kau berlalu.

Kau kupu2.
Duduk tenggek di atas bahu.
Saat mata kita bertemu.
Adakah kau tahu apa yang berlaku.

Kau kupu2.
Terbang melulu.
Saat aku mahu menelanmu.
Agar kau tahu
Apa dalam hati aku.

21 February 2013

Bersambung.

Dalam satu masa yang terhenti.
Bila nafas ditarik terguna sendiri.
Tidak berkongsi.

Hanya satu yang berlinang linang.
Bergelungsur laju sepanjang pipi.
Terusan meluncur gagal disekang.
Masih tenang, sudah sebati.

Tangisan itu dari hati.
Lebihan perit yang gagah bertarung.
Menanam letupan setiap sisi.
Tunggu masa nyawa mula disabung.



19 February 2013

Sepertimana selalu kerap saja begini.

Ketap rapat rapat
Jangan kasi siapa rentap
Ini rahasia kita kita
Jangan coba jadi pelat
Jika bocor pasti sentap
Dia punya cerita bukan biasa biasa.

Kuat kuat batu pun akan lekuk kena titis air.
Lagikan pula antara segumpal hati dan tangisan.
Noktah.

14 February 2013

Sempurna. Belum.

Diteriak teriak,
Dia lihat.

Dihenyak henyak,
Seyuman dia buat.

Bila tergolek langit ke lantai.
Belum tentu dia sedar dari lalai.
Belum pasti dia pandang penuh tajam.
Biar, biarkan bulan ditelan malam.

13 February 2013

Bertahan.

Kering kontang
Tidak ditatang
Buat apa lagi
Mengabdi diri

Sini sana kau pikul
Depan belakang kau junjung
Sekilas tidak dia terpukul
Cebisan bayang tiada kunjung

Lepaslah hempaslah
Rindu rindu pada dia
Terus puja hati yang indah
Gantung harapan pada DIA.

04 February 2013

"

Menjadi suatu kewajipan 
membenarkan sisi2 indahnya
menjamah seisi liang roma
apabila sendiri tenggelam
dalam nafas hitam 
separa suram.

02 February 2013

U

Dalam jutaan gelaran.
Tiada yang tegar lumayan.
Layak dikalungkan.
Di leher perawan.

Rembulan di langit sendiri.
Paragan bintang tiada lagi.
Namun masih punya seri.
Askaran namamu tercalit tinggi.

Benarkanlah.
Bukakanlah.

Peluang bertulang dulang.
Agar sang pria bisa memandang.
Wajah yang acapkali bikin 
hati terhalang.

01 February 2013

Pantai.

Dua pasang kaki berjalan beriringan melintasi pasiran pantai yang halus mulus sambil sang bayu memukul mukul tubuh mereka dengan merdu. Langkah mereka tidak meninggalkan kesan walaupun sedikit. Mereka yang melihat lagak aneh bersama senyuman yang tidak lekang melihat gelagat pasangan yang sejak dari tadi berjalan mengudur sepanjang pantai. Sang laki2 berbaju  kemeja seluar bunga raya memegang selipar kedua mereka manakala sang perempuan lengkap berbaju kurung.

Dua puluh minit berlalu tanpa sedar, si lelaki memberhentikan langkahnya diikuti wanitanya. Kaget sang wanita apabila si lelaki mengeluarkan sepucuk pistol dari telapak tangannya. Ini bukan pertama kali si lelaki menunjukkan seni silap mata pada sang wanita untuk memberi kejutan, tapi ini kali pertama sang wanita melihat sepucuk pistol perak seperti baru keluar dari kotak diseru oleh si lelaki.

Lima das tepat di dahi sang wanita. Si lelaki membaringkan dia dalam posisi menghadap matahari terbenam. Usai upacara mengebumian, kepala si lelaki pula bersepai dijajah senjatanya sendiri. Aneh si lelaki yang sedang nyawa2 ikan melihat pistol perak yang digenggamnya masih terisi peluru. Kedengaran picu ditarik dari belakang telinga kirinya seraya dia menoleh. Sang wanita yang berlumuran darah tegar berdiri bersama sebuah pistol perak.

Sang wanita duduk bersila menghadap mayat lelakinya sambil menghabiskan rokok terakhir milik lelaki itu. Dia tersenyum sendiri. Mujur saja hatinya tidak di tembusi peluru. Apa ada pada kepalanya hanya angan2 kosong bersama si lelaki dan ianya sudah bersepai. Dia kini tiada punya tempat untuk angan2 lagi dan akan terus memburu siapa saja yang mahu menjaja angan2 padanya.