01 February 2013

Pantai.

Dua pasang kaki berjalan beriringan melintasi pasiran pantai yang halus mulus sambil sang bayu memukul mukul tubuh mereka dengan merdu. Langkah mereka tidak meninggalkan kesan walaupun sedikit. Mereka yang melihat lagak aneh bersama senyuman yang tidak lekang melihat gelagat pasangan yang sejak dari tadi berjalan mengudur sepanjang pantai. Sang laki2 berbaju  kemeja seluar bunga raya memegang selipar kedua mereka manakala sang perempuan lengkap berbaju kurung.

Dua puluh minit berlalu tanpa sedar, si lelaki memberhentikan langkahnya diikuti wanitanya. Kaget sang wanita apabila si lelaki mengeluarkan sepucuk pistol dari telapak tangannya. Ini bukan pertama kali si lelaki menunjukkan seni silap mata pada sang wanita untuk memberi kejutan, tapi ini kali pertama sang wanita melihat sepucuk pistol perak seperti baru keluar dari kotak diseru oleh si lelaki.

Lima das tepat di dahi sang wanita. Si lelaki membaringkan dia dalam posisi menghadap matahari terbenam. Usai upacara mengebumian, kepala si lelaki pula bersepai dijajah senjatanya sendiri. Aneh si lelaki yang sedang nyawa2 ikan melihat pistol perak yang digenggamnya masih terisi peluru. Kedengaran picu ditarik dari belakang telinga kirinya seraya dia menoleh. Sang wanita yang berlumuran darah tegar berdiri bersama sebuah pistol perak.

Sang wanita duduk bersila menghadap mayat lelakinya sambil menghabiskan rokok terakhir milik lelaki itu. Dia tersenyum sendiri. Mujur saja hatinya tidak di tembusi peluru. Apa ada pada kepalanya hanya angan2 kosong bersama si lelaki dan ianya sudah bersepai. Dia kini tiada punya tempat untuk angan2 lagi dan akan terus memburu siapa saja yang mahu menjaja angan2 padanya.

2 comments:

  1. qiela singgah follow :)
    erk..nk tny blh? Means, laki 2 bkn tembak 5 das ke? abis 2 dua2 mati ke?

    jemput terjah entri baru :) moga bermanfaat :)
    http://noraqilahjohari.blogspot.com/2013/01/la-tahzan-innallaha-maana.html

    mohon like sini juge ye :)
    http://www.facebook.com/pages/noraqilahjoharidotcom/267245240052274

    ReplyDelete