29 March 2014

D.

Dingin embun membawa khayal
Sekejap sekejap jiwa dibawa menghidu kayangan
Yang pasti bukan bayang
Aku sentuh raga manisnya senyum memangkal
Biar terusik pandangan
Kawah sepi kian mewangi
Seri dahlia dihidu melodi
Pelusuk angkasa meraikan namamu
Melainkan aku
Terus kaku membisu
Mengharap engkau tidak pergi bak pelangi.

26 March 2014

Pemadam

Perlahan mengatur langkah
Terkadang berlari lari anak
Dengan pandangan terpasak pada arah
Sejak sedak pilu meraja tamak
Bilang orang dibawa kenangan
Mata berkolah menampung payah
Inikan pula manis pahit sejak mengenal tuhan
Biar lupa biar buta bersanggah
Alang kepalang pergi
Nyawakan kembali raga jiwa teliti

19 March 2014

Sintesis

Hanya pada pangkal dahan
Bersimpang simpang nya ranting
Kawanan daun sepakat melambai sakan
Hingga pada petang hening
Salah satu dari mereka terlepas genggaman
Jatuh dengan nada perlahan
Semakin kecil dilihat awan
Masih melambai
Bukan lagi kerana riang
Bukaan liang memori telanjang
Akhiri helaian realiti tersadai


17 March 2014

Tisu pasir.

Cahaya yang menembus langit
Bayang jasad yang disimbah
Melaju perut yang kosong membuncit
Persis raga si miskin rebah dimamah
tanah

Kasar sudah lesap pudar
Lembut nan halus menjalar
Haloba dipayungi simpati
Nilai jiwa melantai dalam melodi
ekonomi


13 March 2014

Cinta di celah sejarah.

Dari corong mana manusia itu
Peroleh sempurna  yang tidak pernah dijanji tuhan
Secalit kelebihan hasil pinjaman itu
Bermaharaja lela jelas adiwira tiruan
Menjelaskan hukum alam
Hukuman buat pendosa silam
Sungguh
Keterlaluan fikiran ditinggal waras
Babak berganti babak
Menarik mata mata yang masih awas
Tidak satu pun yang terlepas
Semua mesti rosak

05 March 2014

Tiada awan menghalang mentari.

Emangnya aku kosong
Sisi omonganku telus terus
Aku punya cerita tidak bohong
Lapangin pendengaranmu mulus
Dengar detak hati ini
Melodinya beraduk romantis bukan?
Punya merah jambu harum mewangi
Daun daun luruh bunganya di awangan

Siapa bikin aku begini?
Kamu bingung sama sekali
Tidak kelihatan aku pacaran
Kumohon kau ingat,
cinta romansa bercakerawala ini
pinjaman tuhan
Lagi utama dari nyawa.