25 July 2017

Semoga manisnya seiring dengan gulanya saya.

Saya ingat lagi sedikit sedikit wajahnya
Manis molek sempurna
Seorang gadis sebayanya
Dan hari itu tuhan susun
Saya dipertemukan dengannya sejak berkurun
Tidak bersua dan ternyata
Manisnya terus ada
Menempel pada usia pada nama
Sehingga saya tidak berani melihat rupanya
Berbekalkan sedikit hasil jelingan
Sampai bila bila tidak akan saya lupakan

22 July 2017

Bergelumang dalam kelas tersendiri
Walaupun sepi
Walaupun sendiri
Kekal kita sebagai peniru
Bezanya faham tanpa melulu
Hormat dah nikmat tanpa jemu
Semua kita mengikut ikut
Berterus terusan hinggalah maut

19 July 2017

Ia merupakan aliran yang sesuai.

Kekasaran ini saya salurkan pada penempatan jenaka dengan harapan mereka mengadakan persetubuhan lalu melahirkan baka sindiran yang baik.

06 July 2017

Begitulah ceritanya.
Yang sial sial pergi pada saya.
Dijadikan belaan hingga hari tua.

Kerana terlalu sayang, bunga yang mekar tidak
saya hapuskan.

04 July 2017

Apa saya engkau kenangkan?

Saya tidak tahu samada engkau masih lihat ruangan ini atau tidak.

Malam ini saya berperasaan seperti malam malam saya yang lepas. Mahu melalui pesanan ringkas tetapi ruangan ini sudah tidak ada bedanya.

Tidak berbalas.

Saya mengharap. Berharap.
Ia bukan tentang salah siapa lagi.
Cuma menikmati kota kota janji.
Yang saya dirikan.
Yang tinggi membelah awan.
Menari bersama rindu.
Memori mengharum sendu.