24 June 2017

Saya rasa saya sudah boleh berhenti
Saya sudah tanya engkau tetapi
Tiada jawapan engkau beri
Apa itu bayangan yang engkau sudah dimiliki
Saya penat untuk membuat kesimpulan tetapi
Apa pilihan yang ada lagi

Saya tidak akan cari engkau lagi
Janji tetap sebagai janji
Yang saya akan pegang sampai mati
Sebab saya ada kualiti

22 June 2017

Janji saya pada awak dahulu juga janji saya pada diri sendiri.

Dan ia akan kekal sampai mati. Sampai mati.

04 June 2017

Pilihan yang terpaksa ditelan.

Apalah erti menulis andai roda hidup ini berputar pada kedudukan yang sama. Sememangnya menuju kematian itu adalah kekal. Persoalannya, ketagihan ini bagaimana mahu diraikan.

Jujur, tidak ada lagi ruang pandangan yang berlainan mahupun usaha untuk kearahnya.