28 January 2017

Tidak lagi pemburu hujung minggu.

Kekosongan ini memaksa aku memikirkan kamu
Secara tidak baiknya ia ikhlas yang terburu buru
Secara baiknya hanya kamu yang aku perlu
Tetapi waktu
Waktu selalu malah terlalu cemburu
Lalu manghasut aku untuk turut cemburu
Akan sesuatu yang tidak perlu aku ambil tahu
Serasa ini penyiksaan yang indah
Aku didera tanpa mengalir darah
Lekas waktu lekas tiba
Antara aku dengan kamu perlu bertemu mata
Segera

17 January 2017

Sayang.

Iya, sayang.

Kamu sedang tidak sedih ya?

Iya. Mengapa sayang?

Aku rindu tulisanmu...

...

...

Mengapa sukar menulis tika tidak sedih ya?

Mungkin bila bersedih, engkau lebih fokus. Mungkin?

Aku cuma juga sebenarnya tetapi itulah. Maafkan aku ya.

Tidak mengapalah. Aku faham. Aku tetap terima engkau.

Pelukanmu tidak pernah hilang. Cuma fikiran aku yang melayang.

Sampaikan salamku buat kaksihmu.

Iya, akan aku sampaikan nanti. Sampai ketemu lagi, sayang.

Aku sayang sekali engkau, tahu.

Iya. Aku tahu itu.

15 January 2017

Izinkan aku tidak berkelip di hadapanmu.

Boleh tidak kalau hari ini
Aku tidak mahu menulis tentang kamu
Bukan aku bosan atau rindu telah pergi
Cuma mahu ambil tahu
Apa yang indah setanding matamu
Manisan mana yang mencairkan aku selain senyumanmu
Bunyian apa yang bisa menghentikan masa selain suaramu
Apa flora bisa?
Atau fauna juga?
Boleh kan kalau aku tidak menulis ten...

Ah sial
Aku sudahpun habiskan bicara ini
Dengan terus terusan memujamu, suri

13 January 2017

Airuz

Tetapkan hidup untuk menyayang
Pedulikan sial sial yang mandatang
Tetapi malangnya tidak jelas pada engkau, sayang
Aku biarkan yang lainnya mendera
Kerana engkau satu satunya syurga di dunia
Walau apapun tiada paksaan di dalamnya
Walaupun rindu ini semakin meraja mendera

Saya sayang takdir.

Saya tidak tahu bagaimana saya boleh mengawal
Perasaan marah ini yang tibanya siang awal
Saya tidak faham mengapa
Hampir setiap hari terima celaka
Tetapi masih bisa tidak menggila
Bagaimana permainan kehidupan ini
Sudah berada pada paras mana sebelum tiba waktu mati
Engkau yang dikejauhan sana
Selalu saya buat saya marah
Tetapi saat saya mahu marah, tidak pula naik darah
Saya mahu menyerah saja pada hidup
Tetapi keliru pula yang hadir meniup niup
Sudah itu apa lagi yang saya mampu buat
Menulis pada ruang kegemaran sehingga kering idea
Seterusnya melayan karenah takdir yang tidak dijangka

Ada masa jenguk lagi ya!

Baguslah kalau engkau kerap ke sini
Ruang kegemaranku menumpahkan rasa hati
Yang tidak perlu mana mana telinga
Yang tidak mahu siapa siap bicara
Yang ada cuma kejujuran yang pekat
Kejujuran yang mahu didedahkan selagi sempat
Terima kasih kerana punya masa
Melihat kotor comot perasaan seorang noda.

Sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial sial

12 January 2017

Sebaris pelangi petang.

Saya tidak pergi
Saya cuma gantung awak tinggi tinggi
Di antara kumpulan bintang dan pelangi
Awak layak punya ruang sendiri
Makan tidur hidup dan mati
Mati? Tidak jika tiada saya disisi
Untuk ratapan terakhir dari mangsa kecurian hati

Baik baik di atas sana
Terkadang saya tidak nampak kerana salji tiba
Dingin memeluk tubuh rindu kian menggila
Untuk kecemasan saya sedia tangga
Takut takut tali yang mengikat hilang jasa
Dan awak berlalu tanpa kata
Itu tidak akan terjadi samada dalam mimpi atau nyata
Awak tidak pergi kan, juwita?

11 January 2017

Dia budak baik.

Tidak pasti yang mana lebih berdosa
Bela anjing atau berzina
Masa semakin suntuk
Masa depan harus dibentuk
Mungkin anak anak punca bahagia
Tetapi sendiri sebagai manusia sudah cukup celaka
Apa lagi berdua
Waktu tidak tunggu
Pilihan mesti jitu

Kasihan kasihan.

Kasihan kasihan
Disayang kerana kasihan
Bertemu kerana kasihan
Tersenyum kerana kasihan
Kasihan kasihan

Hidup tiada belas ikhsan
Mahu berkongsi masa tak padan
Mahu mengadu jadi perbalahan
Bila bersama semacam lakonan
Kasihan kasihan

Tidak tahu apa mahu
Keliru atau jangkaan melulu
Masa itu raja yang mengadu domba
Tatkala tidak bertentang mata

04 January 2017

Apa dengan menulis berlang ulang, aku akan tenang?
Aku tidak tahu, sayang.

Apa setiap orang itu punya celaka dalam diri mereka?
Aku juga tidak tahu itu. Apa kau mahu mereka sama denganmu?

Sejujurnya aku tidak mahu tetapi aku mahukan penduan dari yang berpengalaman.
Bukankah pangalaman itu guru yang terbaik?

Iya dan lihatlah hasilnya, sayang. Hidup aku penuh dengan kegelapan yang busuk.
Kau masih ada aku, bukan?

Sebab itulah aku ke sini. Bercakap dengan kau, yang paling aku percaya.
Walaupun nasihatku menambah bala dalam hidup kau?

Sekurang kurangnya kau ada saat aku perlu dan masa kau semata untukku.
Kau kecil hati padanya ya?

......
Kau sendiri tahu, kan. Iya, kadang kadang kau ego. Aku akui itu. Hormat cara dan diri dia ya, sayang.

Aku minta maaf tetapi aku tidak tahu sebab apa kerana aku rasa tenang bila melafaz maaf.
Tidak mengapa. Aku kenal benar kau. Sabar ya.

Terima kasih, sayang.
(:.