04 January 2017

Apa dengan menulis berlang ulang, aku akan tenang?
Aku tidak tahu, sayang.

Apa setiap orang itu punya celaka dalam diri mereka?
Aku juga tidak tahu itu. Apa kau mahu mereka sama denganmu?

Sejujurnya aku tidak mahu tetapi aku mahukan penduan dari yang berpengalaman.
Bukankah pangalaman itu guru yang terbaik?

Iya dan lihatlah hasilnya, sayang. Hidup aku penuh dengan kegelapan yang busuk.
Kau masih ada aku, bukan?

Sebab itulah aku ke sini. Bercakap dengan kau, yang paling aku percaya.
Walaupun nasihatku menambah bala dalam hidup kau?

Sekurang kurangnya kau ada saat aku perlu dan masa kau semata untukku.
Kau kecil hati padanya ya?

......
Kau sendiri tahu, kan. Iya, kadang kadang kau ego. Aku akui itu. Hormat cara dan diri dia ya, sayang.

Aku minta maaf tetapi aku tidak tahu sebab apa kerana aku rasa tenang bila melafaz maaf.
Tidak mengapa. Aku kenal benar kau. Sabar ya.

Terima kasih, sayang.
(:.

No comments:

Post a Comment