28 March 2012

Minta maaf. Terima kasih.

Ada dua benda yang aku jarang keluar dari mulut orang kaya untuk orang miskin. Pertama, terima kasih. Kedua, minta maaf. Selama aku hidup ni, memang aku tak pernah dengar dalam realiti kehidupan aku. Kalau dalam cerekarama ke slot akasia ke itu lain lah. Kalau ada pun, yang tulis skrip tu mungkin tergolong dari kalangan hati2 yang masih suci.

"Benda2 ni normal kot". Ok, normal kata kau. Kau tahu dari bila benda alah ni jadi normal ? Bila orang2 macam kau mula tak kisah. Bila nafsu dan ego kau membuak2 menggelapkan hati. Bila dah biasa buat, orang tak kisah, itulah yang orang panggil normal. Normal pada mata orang yang buta.

Kalau nak diikutkan memang tak logik la orang kaya nak cakap terima kasih dekat si miskin. Yang ada pun, dalam tv. Memang dekat tv je boleh nampak benda2 yang mustahil ni. Mungkin kau malu ? Atau kau fikir mereka tak setaraf dengan kau. Atau yang paling bangang, apa yang mereka cakap semua kau label salah.

Tapi yang paling popular, taraf. Kau melihat taraf sebelum kau ucap "terima kasih" atau "minta maaf". Kalau kau terpijak kepala orang, kau kena tengok dulu mangsa tu setaraf atau tak dengan kau baru kau nak lafazkan maaf. Macam tu ?

Bila kau tercicir dompet, dan ada si fakir menjumpainya lalu memulangkan pada kau, berat sangat ke nak cakap "terima kasih" ? Tolonglah jangan sombong dan bodoh. Dia tak minta apa2 pun. Cuma dua patah itu je. Haih.

Sebab nak ubah semua memang susah, aku tulis lah kat sini. Mana lah tahu yang membaca ni boleh saling berpesan2 sesama mereka. Sama2 dapat pahala ye dak ? Ringan2 kanlah mulut. Bukan untuk dua golongan ni saja, kita2 semua juga. Tak kena bayarlah nak ucap. Dapat ganjaran lagi.

Akan ada sesuatu perasaan lega selepas kau lafazkannya. Percayalah.


26 March 2012

Ratu dan si mukapecah.

Ya. Topik hangat2 tahi ayam yang sering dipersoalkan pada zaman separa modenisasi (bagi Malaysia) ini. Satu haba yang memanaskan telinga sehingga menyebabkan hati pemburu wanita bertaraf hotsetap menggelegak. Pemburu itu termasuk aku. Heh.

Pada mulanya memang macam, "Apa bangang perempuan tu. Buta ke apa ? Balak muka pecah, sial" ataupun, "Mat rempit tu pakai minyak pengasih la tu sampai awek tu sangkut kat dia". Yelah, kau bayangkan kalau dah macam langit dan bumi, mana lah orang tak fikir macam tu. Maklumlah, pemikiran kita ni masih di takuk lama. Ops, saja terlepas. Heh. Benda2 tahyul memang akan bersarang dalam otak masing2. Samada kau taksub atau tak, itu kau pilih.

Berbalik kepada topik. Fenomena ini memang tak di jangka. Aku pun tak tahu dari mana datangnya. Nak kata macam cendawan, cendawan sedap weh. Tapi itu la. Semuanya berasal dari siri masing2.

Beberapa langkah awal aku rancang agar aku tidak kecewa dan terus ditimpa kecewa. Pelbagai pendapat aku dapat. Pandangan dari pelbagai sudut. Dan akhirnya, aku tahu sebab apa. Yess.

*dah macam rumusan pulak aku rasa. -.-"

Mengikut telinga aku bedasarkan apa yang ia kerap dengar, perempuan ni suka dengan orang yang pandai jaga mereka. Mereka rasa selamat bila ada orang yang berdampingan dengannya. Lagi2 yang kelakar, penyayang dan semestinya itu lelaki.

Mungkin kerana mereka tak boleh lagi nak cari yang hensem, kaya, anak dato, sebab lelaki makin pupus. Jadi mereka membesarkan lagi ciri2 serta syarat2 suami yang mereka perlukan. Puncanya, kaum mereka semakin ramai dari cucu adam. Dan aku mewakili kaum lelaki berasa amat esotik.

Aku makin teruja sekarang. Sebab aku memang tak boleh nak jual rupa. Kalau perangai tu masih boleh di paparkan. Heh. Dahla. Nak cari orang perlukan jagaan ni.

Bye !

24 March 2012

Ehem2.

Sebenarnya aku saja je nak post pagi. Tak pernah lagi aku post pagi2 nih. Heh.

Buka2 fesbuk, kejap je laman web itu mengalun perasaanku. Gembira. Marah. Suka. Sedih.
Betul2 menguji.

Kadang2 aku tak reti beza yang mana suka, yang mana sedih. Sebab bibir aku sentiasa memberi senyuman walaupun berlainan perasaan.

Kepada yang menjadi punca kegembiraan aku, aku hargai sangat pemberian kau.

Kepada yang menghampakan aku, tolong jangan buat lagi atau aku akan lari dari kau.

Otak dah fikir roti tampal. Tangan nak pegang sudu. Aku takde idea lagi. Selamat pagi.

22 March 2012

Impian.

Masih terngiang2 dalam kepala aku tentang impian. Satu patah kata yang selalu jadi perbualan aku masa belum matang lagi. Dulu bila ditanya tentang impian, berebut2 nak jawab. Ada yang dah siap jawapan dari rumah semata2 nak cerita dengan kawan bila sekolah nanti.

Tapi sekarang benda tu dah tak penting sekarang. Entah lah. Apa yang aku rasa sekarang impian itu sesuatu yang membebankan. Dan mungkin kau akan rasa tertekan untuk mencapainya. Dan mungkin kau akan gila bila kau tak boleh nak realisasikan impian.

Hmm..
Penat aku fikir. Apa impian aku. Benda yang tak membuat aku tertekan mahupun gila. Biarlah impian itu mudah dicapai seperti di siling2 rumah. Biarlah impian itu mudah di kejar seperti kura2. Apa2 pun, usaha kau yang menentukannya.

Aku nak bahagiakan orang. Itu impian aku. Benda yang paling membahagiakan aku apabila aku dapat merealisasikan impian seseorang. Ya. Aku sudah ada impian. Ia kini bebas berlegar2 dalam kotak fikiran aku. Aku tak perlu lagi risau kerna aku sudah ada jawapan.

Tak tinggi untuk dicapai, tak jauh untuk di genggam.



21 March 2012

Faham vs pujuk.

Pemikiran perempuan kadang kala merimaskan lelaki. Sebagai lelaki idaman malaya, aku nak nasihatkan para lelaki yang tak payahlah nak usaha memahami hati wanita. Kerana anda takkan pernah capai pun. Percayalah.

Dah ramai cakap pasal benda ni. Tapi aku nak tulis jugak. Pasal aku rasa pandangan aku sangat bernas dan memberangsankan setiap deria yang ada. Bagi aku, apa yang perlu ada dalam diri seorang lelaki adalah pandai memujuk. Bukan membodek ye. Bukan juga mengampu.

Yes. Itulah satu2 nya cara nak buat si bunga selesa dengan kita. Kalau mereka merungut kata kau tak memahami mereka, jawab sajalah yang kau memang tak boleh nak faham mereka. Semasa itu, alunkanlah bunga2 kata yang semerbak Desire Red yang bersulamkan madah2 cinta untuk melembutkan hati mereka. Jangan lah cakap tegak je. Memang lah dia tarik muka dengan kau 3 hari.

Aku tak tahu lah nak kasi contoh apa. Dah lama sangat tak bercinta. Haha. Tapi aku sarankan, masa dia tengah ok, kau simpan je puisi romantik tahap gaban kau tu. Bila darurat nanti senang. Takde lah kau nak terhegeh2 susun kata.

Ok lah. Idea dah habis. Aku nak tekankan lagi yang lelaki takkan boleh faham perempuan. Apa yang buat mereka bersama ialah cinta. dan cinta tak perlu apa2 sebab untuk bersatu.

<3

16 March 2012

Mereka.

Kadang2 bangang mereka tak ingat.
Dengan mereka aku tak segan nak ketawa macam orang hilang akal.
Selalu tolong aku walau aku tak minta.

Benda pahit tipulah kalau takde.
Dah lali aku tanamkan saja.
Benda gembira banyak lagi akan tiba.

Mereka yang terbaik.
Kerna kurangnya, aku dan mereka sempurna.
Aku harap ini kekal lama. Sampai bila2.

Terima kasih, kawan.

15 March 2012

Bila aku membebel lagi..

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak kasitahu benda paling penting yang patut ada antara majikan dengan orang bawahan. Ni kira antara yang terpenting lah.

Komunikasi berkesan.

Benda macam biasa je kita dengar. Cakap2. Kasi arahan. Marah sana sini. Itu semua komunikasi. Tapi berkesan ke ? Orang yang terima arahan tu rela ke ? Ikhlas ke nak dengar ?

Bagi aku, MEMANG TAK la kan. Benda mudah macam ni dah makin tenggelam dalam peribadi manusia sekarang ni. Yang majikannya asal kau dah kasi arahan, kau bajet anak buah kau faham. Yang penting kau nak kerja tu siap. Memang ramai majikan yang faking sekarang ni. Dekat tempat aku pun ada jugak. Heh.

Yang pekerja pula layankan aja. Kononya nak senang. Malas nak layan. Tapi kau kena fikir, benda tu bila masalah, kau yang kena balik. Sampai bila kau nak kelentong. Ok, bos. Baik, bos. Belakang bos, kau buat apa ? membebel2 bangkang dia. Tak ke bingai namanya tu.

Semua benda boleh dibincang. Cakap elok2. Yang bos tu, jangan la kau fikir kau je betul. Tanya lah pendapat anak2 buah kau jugak. Ingat mereka pergi kerja tinggal otak kat rumah ke ? Aku tahu, politik kat tempat kerja pun tak kurang hebatnya. Tapi kau kena ingat, kerja tu ibadah. Ikhlas. Bila ada benda yang boleh kotorkan ibadah kau tu, takkan nak biarkan je.

Lagi satu, rezeki tu dari ALLAH. Kau jangan takut bila kau betul. Kalau kau kena tendang pun, kau akan jumpa tempat lain untuk kau ibadah. Percayalah padaNYA.

13 March 2012

Eh, bakal menantu aku nak buat majlis dekat Uganda weh..

Dah lama aku tak menulis rasanya. Takde idea ataupun malas. Rasanya yang kedua tu lagi menyerlah. Hehe. Kali ni terasa terpanggil nak tulis pasal aku dah cukup tepu dengar soal perang hantaran sesama jiran.

Benda ni bukan besar mana pun. Tapi hasil bakar bakaran dari pihak tertentu yang buat benda ni mengelola hati nurani yang suci. Orang pelamin 2 tingkat, kau nak 5 tingkat. Kek kalau boleh kena panjat tangga baru sampai yang paling atas. Hantaran kalau boleh sampai nak korek habiskan simpanan bakal menantu.

Weh weh weh. Kau tak kasihan ke ? Yang jadi mangsa tu bakal menantu kau. Benda2 ni bukannya wajib weh. Buat la asal ada. Kita nak kasi orang makan. Bukan nak jual anak. Lagi2 yang paling populah sekarang ni, hantaran mengikut taraf pendidikan. Apa tu weh ? Dah menyimpang sangat lah tujuan kau tu.

Tak pernah pulak aku taraf2 isteri diukur mengikut SPM segala macam. Lagi2 anak kau tu anak pertama. Takpun anak akhir. Selalunya golongan2 ni kau memang nak buat majlis yang paling lejen lah. Kalau boleh, 7 keturunan kau bercerita tak habis. Itu lagi tak boleh pakai !

Ok. Mungkin kau dari golongan berada. Soal wang, ia tak membebankan kau. Tapi tolonglah fikir situasi bakal menantu kau. Dari mana asal usulnya. Apa pekerjaan dia. Aku rasa otak kau masih boleh fikir masa tu. Berbincanglah. Kita nak buat benda baik. Kau pun taknak anak korang sampau tua duduk kat tangga, kan kan kan.

Bagi aku lah. Soal hantaran ni yang lebih2 kau. Bukan anak kau. Asal anak kau setuju, aku rasa dah takde masalah. Oh, kau risau majlis kau tak sepopular Memey ? Sudah lah. Orang bakar2 kau, jirus je dengan air. Padam lah dia. Yang penting, bakal menantu kau tu ada simpanan yang cukup untuk menampung anak kau. Soal budi pekerti tu memang dititikberatkan lah, kan. Lebih baik ada simpanan yang berjuta2 daripada habiskan berjuta2 untuk majlis satu hari panas punggung atas pelamin, ye dak ?

Aku minta maaf kalau kau terasa. Aku agak pantang benda2 macam ni. Bukan berkira. Islam pun menggalakkan kesederhanaan, kan. Akhir sekali aku harap anak2 kau dapat berkahwin tanpa ada konflik pasal hantaran yang kau sibuk2 kan. Wang bukan memberi bahagia. Ia salah satu medium untuk mencapai apa yang di impikan.

Maaf ke korang semua. Kalau aku nak minang anak kau, kita kawtim tau tau. Kehkeh.

Selamat pengantin baru.



06 March 2012

@puashatiaku

Mereka tak pernah puas kutuk kau,
Mereka tak pernah puas caci kau,
Mereka tak pernah puas hina kau,

Sebab apa ?
Sabab mereka cemburu dengan apa yang kau miliki.

Selagi kau bersyukur dengan apa yang DIA kasi, kau tak perlu gundah.

Ucaplah Alhamdulillah setiap kali dilontarkan kata2 tidak puas dari mereka yang lemah.

Assalamualaikum.

01 March 2012

Tolong ingat, kawan.

Selepas asyik jatuh terbangun, jangan sesekali kau lupa dari mana asal kau. Hidup semakin kompleks dini hari. Dan fikiran kau masih belum mampu mentafsirkan semuanya.

Aku pun sama macam kau.

Selagi kau tahu dari mana asal kau, di mana kau akan kembali, kau jangan bimbang.
Orang yang tak lupa diri tu, tuhan sayang.

InsyaALLAH.