07 May 2012

"Awak, awakkan lelaki."

"Awak, tolong ambilkan pemadam tu."

Nampak biasa, kan ayat nih. Cuba bagi sesama lelaki yang cakap. Agak2 apa korang nak label dekat mereka ? Mesti orang cakap mereka ni kaum2 yang lembut dek terlebih softlan. Heh.

Macam ni lah mentaliti sekarang. Bila kita bahasakan 'awak saya' dengan kawan2 mesti orang pandang senget. Ini paling nampak jelas pada lelaki lah. Yang perempuan aku rasa takde masalah.

Bila lelaki cakap 'saya awak' dekat perempuan, maksudnya dia nak mengurat la tu.
Lagi2 perempuan tu dah lama dia kenal. Bagi yang baru kenal, itu salah satu seni komunikasi.

Bila lelaki cakap sama lelaki 'saya awak', lagilah macam2 gelaran keluar. Tak sanggup aku nak tulis.
Haha.

Zaman sekarang ni mungkin sudah ramai yang menaiktarafkan fikiran mereka. Mereka mula terima pakai sukukata yang tercipta sejak zaman tuk nenek itu lagi. Di sebabkan segelintir manusia yang sombong, ia agak tenggelam digunakan. Kasihan betul.

Tatabahasa serta tuturkata itu tak salah. Yang buat orang meluat bila intonasinya tidak sesuai dengan keadaan. Itu yang menambahkan bilangan golongan sejenis nih. Bila kau cakap macam tu, perbualan kau nampak lebih elok. Lagi2 bila mahu berurusan berbillion2 ringgit. Haa, nampak.. nampak.

Saya harap awak, awak dan awak yang mental sempit lagi tu, cepat2 lah terima balik apa yang meluatkan awak nih dulu. Saya tak kisah nak ber awak saya, asalkan awak tak gedik2 macam nak minta kaki.
Kalau awak comel macam sara ali takpe lah. Hewhew.



3 comments:

  1. Aku ada kawan yang guna saya awak yang lelaki. Dia straight lah. Tapi memang sopan bahasa dia. Aku suka.

    ReplyDelete
  2. Aku pun ada. Diaorang otai tempat kerja aku. Best je dengar.

    ReplyDelete
  3. Otai tempat kau lagi best. Haha. Mesti orang respek.

    ReplyDelete