12 September 2016

Saya merasakan saya terlalu obses.

Lama lama engkau muak berbicara
Dua puluh empat jam ghairah menyusun kata
Sama sekali tidak peduli akan perasaan
Yang engkau paksakan agar seiring dengan perkataan

Cuba lihat apa dalam akal fikirmu
Apa yang tinggal adalah sisa baki
Yang berulang kali dimainkan lidahmu
Yang sudah tiada tempat buat perasaan berbakti
Ulang
Ulang
Ulang lagi
Dan ulangi lagi
Sehingga kering tasik ilmu
Sehingga busuk akal fikirmu.

11 September 2016

Dia aku rapat, seperti manusia dan mayat.

Dan harta yang setara dengan isipadu bukit
Mahu di apakan  lagi jika tidak untuk menunjuk
Disemat segala sensasi dan ghairah  yang tidak pernah sedikit
Lalu berbahagialah berlatar belakangkan ego yang utuk membentuk

Walhal dari dalam yang dalam
Sebenarnya ia takut yang amat dasyat
Kerana sekiranya surut bukit permata nilam
Tiada apa lagi mahu ditunjuk buat umat sejagat

Aikon baru.

Berpada pada meluah rasa
Rasa suka boleh jadi bisa
Bisa saja hari hari bercinta
Bercinta bukan sekadar bahagia semata

08 September 2016

Bahu.

Sayang, aku jatuh cinta. Lagi.

Apa engkau tidak kasihani hatimu, sayang?

Aku baru sedar ianya sebuah kesilapan.

Sepatutnya engkau tidak membiarkan perasaan mu itu bertaburan pada laluan.

Aku tidak mahukannya. Ia bikin jiwaku parah. Boleh engkau hukum dia buatku?

Jika engkau tidak meminta, aku tetap akan menghukumnya tetapi pelakunya itu waktu. Sesuatu yang halimunan. Aku tidak mampu.

Tidak mengapalah. Selagi bahumu dan pelukan itu buatku, ia cukup buat aku rasa selamat.

Semuanya untuk kamu, sayang. Sudah, esok bantu aku pungut perasaan engkau ya. Biar aku cantumkan lalu bingkaikan dalam kamarku.

Baiklah. Malam ini aku bawakan bintang buatmu. Genggam tangan ini dan nikmati tidurmu, kasih.

06 September 2016

Dari jari tengah buat jari tengah.

Belindunglah wahai egoku
Disebalik pangkat dan kuasaku
Kerana dengan kuasaku
Aku bisa mencipta alasan
Yang menjadi kambing hitam
Menangkis pencemaran teguran
Agar aku dan engkau (egoku) terus meraja
Mentadbir cerdik pandai yang tidak ada nama

Masih ramai si bodoh yang bersama kita, kawan.

05 September 2016

Mengagumi adalah nikmat yang paling celaka.

Samada engkau jatuh atau kalah ketika bertaruh
Tidak ada sesiapa yang pedulikan
Lebih lebih lagi kejatuhan engkau tidak bikin uang mereka runtuh
Lagikan pada mereka mereka yang engkau pilih untuk mengasihan
Semuanya celaka yang menghias dunia
Membentuk bunga bunga seribu warna
Sedangkan pada keadaan nyata
Engkau meringkuk sendiri digomol masa
Menikmati bala sial penuh nikmat laknat
Mengagumi keadaan indah yang tidak pernah melekat

02 September 2016

Aku cuma tunggu panggilan itu.

Sosok gelap yang menolakku
Agar aku menceritakan keadaanku di sana
Tidak akan aku layan seperti sang kekasih
Itu bukan perihal yang menarik, ujarku
Dan tidak ada kena mengena dengan dia
Sosok gelap tidak peduli lalu aku terluah rindu pada kekasih
Dan apa yang berlaku selepas itu adalah
Malam malam tanpa elektrik yang panas dan berlengas
Tetapi aku masih dingin dan sepi berteman rasa bersalah
Dan rasa itu entah bila akan pergi membiarkanku bebas