17 April 2022

Sebaik baik perempuan.

Aku rindu merindu

Munculnya dia sebagai tamu

Tamu yang menjentik kolah sendu

Kini aku kembali merindu

Seperti norma manusia 

Aku kembali normal dipeluk rasa

Rindu yang mengganggu jiwa

Dalam siksa bahagia bernyawa

31 December 2019

TNI

Semua syarat ada padanya
Sempurna menutup cela saya
Tidak saya luah segala perasa
Risiko yang takut untuk saya duga
Engkau sudah tahu
Engkau sudah
Tahu
Bagaimana corak fikir saya
Hanya dengan itu moga moga
Saya tidak menjadi peluka

Walaupun senyum itu
Tingkah itu
Ketawa itu
Suara itu
Persona itu
Yang saya inginkan hingga akhir waktu
Tidak sama sekali saya lupa
Keadaan diri diselimut celaka

Biarlah kekal begini
Engkau gerhana disadur pelangi
Paksi saya sampai mati.

10 September 2019

Menumpang rindu dalam kisah fiksyen sudah cukup untuk mewujudkan rama rama di dalam perut.

Untungnya cuma fiksyen.

08 September 2019

Semalam mahu ke Segamat.
Tak jadi.
Pergi selesaikan isu Celcom.
Sebab salah no IC.
Babi.
Buat pernohonan semula.
Tunggu.
Nak ajak Am keluar.
Tak jadi sebab tak tahu nak ke mana.
Sial.
Malam ok sikit.
Lepak dengan Apek.

Tadi.
Hampir 24 jam masih tak tukar rangkaian.
Rupanya kena mohon semula.
Sial.
Pergi KWSP buat langkah sebelah bebas PTPTN.
Tunggu.
Ingat dapat pergi Segamat hari ini.
Sial lagi.
Dua manusia hantar sial.
Balik tidur.
Pesanan masuk.
Tak boleh tukar rangkaian sebab ada bil tertunggak.
Sial.
Bayar.
Mohon semula
Tunggu.
Disuruh beli roti.
Nak beli, roti dah dibeli.
Babi.

Ini latihan ke neraka ke?