30 October 2013

Aneh yang biasa biasa.

Pelik tambah hairan
Kali jelik darab terkilan
Barang senang lihat
Kini jarang dibuat
Masing masing kosong
Hati malah rajin menabung
harta duniawi
Apalah sangat pada budi
Setiap masa kitalah petani
Menyemai bakti
Bukannya jual beli
Demi keselesaan hari mati
Kerna sayang tuhan
syurga menanti.

29 October 2013

Biarlah karma bertugas.

Kau masih berkeras
Sudahlah, terserah saja
Jangan bilang aku tidak membatas
Ego yang kau agungkan itu
kau biarkannya gila.

Tidak erti lagi kau pertontonkan
Manusia hanya lihat bilang2 setiap jemari
Niat sucimu meniup udara cinta semarakkan
Terhempas sia ke lantai dipijak pesakit
hati.

Jika kau masih tegar
Mari aku patahkan sayap itu
Akan ku jaja sekitar bandar
Pulangannya agak lumayan dan
tentu itu kau tahu,
bukan?

Kerana orang tuamu
Membesarkanmu
Dengan cinta gagal mereka
Dan kau adalah ciptaan mereka
Yang gagal.


28 October 2013

Perang perangan perang.

Berulang ulang
Melaku curang
Tidaklah kurang
Luasnya sayang

Berani pandang
Tak terus terang
Berulang ulang
Kembali curang

Teruskan sayang
Teruskan curang
Akan ada yang datang
Pergi jua takkan pulang

23 October 2013

Lagi mahu mereka.

Kini kesiangan
Hampir tidak terperasankan
Pasti malam tadi
kemabukan lagi
Celaka
Berkhayal dengan buih buih asmara
Rekaan mereka pelarian realita
Ia pasti tiruan walau
jiwa sudah sasau
Perihal dunia meninggal dunia
Tiada tempat dihati pecinta
Fikiran terhimpit
Kewarasan tersepit

19 October 2013

Telegram buat peminjam.

Saya tahu itu buku
Bukan letupan atau peluru
Saya pasti awak ingat
Manusia hidup punya adat
Datang dan pergi
Pergi mampir lagi
Selain mati

Suka saya ulang ulang
Biar ingat sampai ke tulang
Tahu pinjam tahu pulang
Kalau dalam tanah mahu senang.

16 October 2013

Sesuatu.

Hairan terus hairan akan realiti hidupan
Lantang seru lancang bambu lupa erti malu
Sampai terkulai
Ajal melambai
Melayu masih utuh cemburu
Titis putih dalam nila nan jernih
Menjadi cebis angan angan

15 October 2013

Pencuri sayap malaikat.

Sudah sudahlah
Aku tidak buta
Cukup sekali dipertonton
Bendera putih tanda mengalah
Kosong tinggal sisa
Topeng alat terus berlakon
Waktu tinggal sejarah
Kasih kasihan menjadi nanah
Modalkan kemanusiaan
Dan kau diangkat menjadi
tuhan.