28 August 2014

Karat karat yang dibaik pulih.

Sudut pandang mula terhad
Lontar bicara mogok 
Kata kata penuh sirat dikepung lahad
Realiti mirip khayal yang menjolok

Mata buka tapi buta
Dengar dengar tuli melamar
Otak otak sempit dalam radius
Retak retak kecil mula membius

Keterlaluan megimbang keputusan
Keterdesakkan memberi nyawa tiruan
Hormat akan penikmat
Pancaroba serba likat


06 August 2014

Paksa rawanku berhenti.

Janji itu penyakit.

Rindu ; aku sudah lama mati.

Perginya pelangi dalam khabar.
Tapi engkau..

Buang masa mahu aku rungkaikan pengorbanan.
Sedangkan ini keinginan.
Pernah aku rasa menyesal.
Pernah nyawa ni bernafas bebal.

Aku bukan kebal.


30 July 2014

Nilai.

Selang senggat masa nan lepas
Ruang yang patutnya penuh
Kosong dihuni nafas

Perlakukan jalan cerita ini
Biar tidak tergelincir zalim
Kerana rawan itu anti mati

Selaput ego membentuk sarang
Duduknya jaka di dalam bersabung tangis
Bila saja ia akan retak diketuk bayang tersayang

23 July 2014

Diulang-ulang.

Tentang rencana
Tentang pelaksana
Tentang masa dan erti setia

Kadang aku lupa
Kadang alpa seorang hamba

Jalankan apa tugas untuk pencipta
Relakan raga dan jiwa diatur cerita
Kerana Dia pemilik cinta

22 July 2014

Menunggu D.

Menunggu bulan jatuh ke riba
Bergolek sama pelangi tujuh warna
Persetankan kiasan
Misi mudah tapi mustahil bagi tuhan
Tujukan pada kalian
Yang rata rata mencermat peluh
Manjakan tubuh
Siaga tenaga untuk bersetubuh
Tunggu sajalah
Dengar baik baik ini patah
Jika menunggu itu satu usaha
Para kapital yang dapat habuannya

Yang papa lingkup kedana
Selamanya

20 July 2014

Tiada tajuk.

Mengigil jemari kiri
Mahu merungkap susun kata
Sedangkan akal kaku tak sedar diri
Berhenti menjana maginasi

19 July 2014

Harta.

Sampai masa untuk aku
Jolok dalam dalam laju laju
Muntahkan apa yang terbuku
Apa yang lama layu dek lemaskan sendu

Bukanlah ini yang terbaik
Cuma daya pada tubuh sudah lama
tidak naik

Platfom ini anjung sutera
Wanginya melilit relung hati
Luah curah rojakkan rasa
Sampai masa
Persembahan jiwa
Buat aku hidup dalam hidupmu
Walau pada zahirnya
Ajalku diseru