28 September 2014

Untuk ke dua kali secara rasmi.

Untuk yang kesekian kali
Terbitnya sebuah buku mini
Dari tujuh orang budi berbaki
Yang terus mencari indentiti semulia nabi

Sebolehnya bukan cinta
Sebaiknya mahu bebas metafora
Sayangnya naluri manusia
Selamanya hidup mendamba syurga

Moga dipermudah
Moga susah bisa berpisah
Cuba lagak paranoid.





Agar tidak paranoid.

26 September 2014

Tepati terapi patri.

Mana mana atau apa apa perbuatan
Yang buat jiwa ini tenang aman
Dengan penuh ego diletakkan mereka mereka itu
Pada kumpulan terapi bisu

Tanpa bicara meninggalkan seribu satu
Tanda tanya dan tidak terhitung sudung pandang
Cuma perlu tampak normal bebas kaki
Bersama paras tenang bebas segala tegang

Hari seterusnya mungkin ada
Terapi bisu dalam siaga

23 September 2014

NN

Kekal dalam bentuk mu
Dari sini aku bebas memerhati
Tiada erti jemu
Tiap detik minit yang mengubah melodi
Moga tidak secebis raut senyum itu melayu
Rindu berbatu tak akan mati

18 September 2014

Moga dosa diampun.

Tubuh yang kurangnya utuh
Pada nikmat yang dipinjam ditarik satu persatu
Dipaksa juga walau rapuh
Saki baki kurniaan membantu maju
Buat angan angan yang siap dilakar
Aku masih peduli
Moga engkau terus mekar
Setiap masa disiram mimpi
Dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi menyayangi.

14 September 2014

Larutan bunga pahar.

Jawaban untuk soalan perihal pernikahan
Sudah dipaku kejap
Sudahnya dipalu saat dilontar soal nan berkaitan
Kali ini tidak lagi perlu alasan gagap
Bila tidak ambil peduli itu
Masih lagi dikira peduli
Kita tahu semua tahu
Perihal jodoh mati sudah siaga dirancang jitu

10 September 2014

Bakal bakal kawalan sistem.

Mereka tidak sedar yang pada tubuh mereka
Ada benang benang halus yang perkasa
Mengawal tindak kerja 
Melalaikan akal selaku raja

Pergerakkan mereka tiada yang beda
Sedih gembira seperti manusia normal
Tetapi saat jatuh satu satu bala
Benang benang halus memulakan ritual

Lagak seperti bebas cela
Tangkis dan tepis membabi buta
Kawan cuma istilah bila suka
Belakang badan pisau bersedia

Benang benang menyambung terus pada 
Sistem yang dicipta untuk membinasa
Sifat suci semulajadi manusia 
Hingga mereka sakit tanpa merana
Tenat tanpa tersiksa