24 April 2017

Apa salah saya, perkataan?

Saya ada masalah pada perkataan,
Pada ayat ayat yang punya pengecualian
Yang suka hati mahu berdiri dalam suara
Atau pergi memberi saya celaka

Tiada 'tipu' dalam menipu tetapi tahu ianya menipu
Tiada 'janji' dalam janji makan ianya bukan janji
Tiada 'sayang' dalam puja tetap tahu ianya cinta

Sudahnya manusia mereka kuasa
Menghukum tanpa kata
Mengendah tanpa rasa
Peduli tidak kira masa
Semuanya babi belaka
Babi belaka.

27 March 2017

Bahagian mana yang saya suka sekarang?
Nampak sudah semakin mengecil  untuk riang

26 March 2017

Engkau bukan tidak cantik,
Engkau cuma comot menunggu molek,
Aku tetap suka ; pelik.

13 March 2017

Buai

Ia seperti berayun di dalam buaian
Sensasi kebergantungan yang tiada kesudahan
Walau kebocoran hubungan dua hala
Cuma kecil dan tidak mengubah rasa suka

11 March 2017

Saya pusingkan balik sahaja.

Aku buat engkau ketawa sebab mahu engkau jatuh cinta tetapi aku pula yang kena.

Rendah

Ia sebuah sensasi yang biasa
Cuma ia hadir sejak sekian lama
Gerhana menjelma
Semoga engkau tidak gopoh
Tidak terlihat gelojoh
Sebaiknya terus santai
Melihat ia dibawa angin pantai
Meninggalkan secebis ingatan
Agar ada harapan untuk berdepan
Pada masa depan