18 September 2013

Paksaan perangsaka.

Mata kami tidak berkelip. Oh silap, hanya mata aku tidak berkelip. Bibir kami saling tersenyum. Maaf, hanya bibir aku yang menguntum senyum. Kami saling berpandang...atau mungkin aku sahaja yang melihatnya. Suasana sepi terus menenggelami gelap langit yang tidak menunjukkan tanda2 matahari mahu tiba. Perlahan lahan aku menghampirinya. Dia masih disitu dipukul angin lembut dan sedikit basah dek embun. Saat suria menyambut langit, aku tahu aku tidak akan punya kesempatan lagi saat itu. Sedikit terpaksa aku menggerakkan tangan kananku merangkul nota ringkas yang dari tadi terbiar. Jam dinding berbunyi menandakan pukul lima. Tidak boleh tidak aku mesti merakan liuk lentok askara2 yang tersusun di setiap helaian kertas sebagai persiapan awal dan akhir untuk siang nanti. Mata aku terus saja tidak berkelip.

No comments:

Post a Comment