08 December 2013

Aku mahu tidur.

Kelihatan impian itu semakin ke langit
Dan kaki semakin terpasung untuk berjingkit
Hanya bola mata percuma mengangkap momen ia terbang
Lama lama pudar jua bayang bayang hitam nan setia
Realiti tidak memihak lagi pada manusia malang
Tidak punya lorong mahupun lobang beri peluang
Akhir pilihan moga memberi cahaya
Layar dua dimensi gerbang fantasi
Tanpa akal tinggalkan hati
Kelibat impian melintas nadi
Serpihan asa yang tertinggal bagai sampah
Selamat tinggal nyata, bahgiaku tercuri oleh mimpi.

No comments:

Post a Comment