20 May 2013

Apabila pistol dihalaljualbeli.

Hari itu adalah hari pertama selepas penubuhan kerajaan baru. Walaupun puak2 dari pihak pembangkang tidak jemu2 turun jalanraya luah rasa teraniaya, mereka masing2 punya satu corak seyuman dalam hati. Dalam manifesto sebelum hari mengundi, parti-yang-menang sekarang mengumumkan bahawa jika mereka kekal mentadbir negara, penjualan senjata akan dihalalkan berpautkan syarat2 yang ditetapkan. Ternyata syarat2 itu tidaklah menyakitkan hati rakyat yang berpusu pusu memenuhi kedai2 menjual senjata api. Pada peringkat permulaan ini, hanya pistol yang dijual tetapi kadang2 ia mengelirukan kerana penjualannya seperti pisang goreng panas tetapi ia sebenarnya pistol.

Aku antara orang yang terawal memiliki pistol. Disisip rapi pada pinggang sebelah kiri, aku tutup fizikalnya separuh lagi dengan mengenakan jaket jeans biru muda. Berjalan dengan penuh angkuh disekitar bandar. Hari isnin untuk orang bekerja tapi bukan aku, pengawal keselamatan yang diberi cuti sesuka hati oleh majikan yang tiada hati.

Sedang menikmati cendol di bawah teduh pohon kemboja, aku disapa seseorang. Bekas kekasihku, Kamisah. Dia sedang menangis sewaktu berkata 'Hai' padaku. Aku menjawab dengan penuh selamba. Kali ini aku tidak akan tertipu lagi, Kamisah. Kamisah merapati aku. Tidak. Dia melutut didepanku meminta tolong. Kanya dia di serang seseorang dari jarak dekat. Orang itu pakai pistol. Tapi nasib baik bagi Kamisah, orang itu tak tahu pakai pistol. Dia baling pistol itu terkena pada kepala Kamisah. Kamisah pening sekejap lalu mendapatkan pistol itu dan senyum sendiri. Kesan dari balingan tadi barangkali.

Aku diheret ke dalam cerita2 Kamisah yang entah betul atau tidak. Tiba2 datang seorang perempuan berbaju sukan lengkap berkasut seperti mahu berjoging. Dia berjalan pantas kepada kami lantas menarik rambut kerinting Kamisah sekuat hati. Kamisah terseret lima kaki sebelum dapat stabilkan diri untuk melawan balik. Celaka, itu Manisah. Apa yang dia buat dekat Kamisah. Aku tidak ada apa2 lagi dengan dua masalah hidup ini. Mereka terus bergaduh sambil mengeluarkan bunyi2 jeritan yang aneh.

Aku nampak Kamisah cuba mengeluarkan pistol yang disimpannya pada stokin sebelah kanan. Dicapai lantas kepala Manisah menjadi sasaran utama sebelum Kamisah melakukan serangan buta tuli. Main pakai pukul saja. Adengan yang sepatutnya memerlukan popkon dan kamera video aku gantikan dengan dua das tembakan. Satu untuk Kamisah. Satu untuk Manisah. Selagi mereka hidup, jika mereka bertemu, bila2 masa mereka akan terus bergaduh merebut aku. Sedangkan yang jadi mangsa adalah aku. Yang ditinggalkan adalah aku.

Pistol yang aku beli pagi tadi tidak sangkan aku rasmikan dengan menebuk dua2 kepala bekas kekasih aku. Cendol aku habiskan sebelum pergi. Terlihat seseorang melambai lambai dari arah seberang. Itu Gasidah. Untung aku cepat lenyapkan dua2 tadi. Kalau tidak, satu lagi peluru bakal aku bazirkan.

No comments:

Post a Comment