10 May 2013

Mudah seperti bandul.

   Sudah lewat malam dan aku masih lagi di sini. Bertemankan gelap dan wangian yang kian punah selari dengan kelam yang menyelam. Dia lewat lagi malam ini. Kenapa aku perlu risaukan dia walhal tali yang menjerut leher ini sidah berkulat kondisinya. Ahh, persetankan. Aku melihat kakiku yang tidak menjejak lantai seramik berkilau lemah itu.
   Dua puluh minit kemudia dia tiba. Dengan sejambak bungak yang tertulis bait2 pujangga pada setiap kelopak bunga, dia lantas menyntuh dagu aku dan mengucup perlahan. Bunga itu di ikat pada tali yang menjerut leher aku dengan kemas. Sepelusuk ruang itu automatis dipenuhi bauan manis romantis. Aku menikmati masa2 terluang ini bersamanya dengan penuh emosi. Dia terus membelai aku secara nurani dengan jenaka dan madah indahnya membuatkan aku terlupa sekejap akan dua lubang yang melopong rakus menanti santapan iaitu aku.
   Hari ini dia tidak juga membawa gunting. Dan aku terus tergantung pada tali yang disembat pada atap halimunan di tengah2 lubang persahabatan dan percintaan. Hari ini dia tidak membawa gunting lagi. Bunga2 yang disulam pada tali yang menjerut aku gugur satu persatu kelopaknya. Aku dengar ada antara kelopak itu mentertawakan aku. Senyum. Aku pandang pada lubang2 itu dengan harapan aku bakal masuk dalam lubang percintaan.
   Dia patah balik. Telefonnya tertinggal di atas meja. Sebelum beredar, sempat dia menghayunkan aku seperti bandul ke kiri dan kanan dengan kelajuan yang minima. Aku tersenyum melihat tali yang sekian lama menjerut aku semakin lama semakin mereput. Aku bakal bebas. Aku pejamkan mata menanti saat2 aku terlepas dari tali gantung dan jatuh di mana2 lubang. Percintaan atau persahabatan. Pejam.

No comments:

Post a Comment