17 April 2014

Teruja diuji.

Mereka hembus udara
Makan mereka bukan bata
Terus mereka mencaci hina
Silapnya dimana?

Kita tidak apungan
Anggota tubuh masih berpasangan
Lantas terus dibaham kritikan
Kenapa tuhan?

Liku berlalu dipalu liku
Sabar menipis tabah membeku
Tali asa tidak seutuh dahulu
Bukanlah mudah mahu rebah 
Mohon ada sisa tabah
Ada yang indah
Janji Tuhan
Buat sang gagah.

No comments:

Post a Comment